Wednesday, November 30, 2016

CATUR BISTARI


Assalammualaikum semua,
hello My Stalker and haters..ceh.hahaha
Ok hari nie eyra luangkan sedikit masa eyra memandangkan cuti pertengahan semester untuk UiTM
tengok tajuk mesti blegar-legar dalam otak kita permainan catur kn?
tapi ini bukan catur,hahahaha..mau tau apa itu CATUR BISTARI?baca sampai abis taw (mengada bah)
ok eyra pun mula-mula fikir permainan ni adalah permainan catur,untuk kali pertamanya dengar permainan ni menggunakan dadu..hah?catur guna dadu,ini agak mustahil nie,hahahaha
kenapa eyra mau sangat cerita benda nie di blog sebab mungkin nda semua orang tau kan mengenai permainan ni, Eyra pun dapat ilmu ni lepas sudi jadi volunteer untuk jadi BANKERS pertandingan catur bistari ni,wow,Bankers?apa pula lah kan kaitannya CATUR dn BANKERS..
nk tau?ok mcm nie

hasil pembacaan dan hasil daripada Briefing yang diberikan
CATUR BISTARI nie adalah berasal daripada perkataan PERCATURAN dan BISNES UNTUK BERDIKARI, maka terwujudlah CATUR BISTARI
permainan nie memang dan sememangnya ada kaitan dengan kehidupan kita yang sebenar


hasil google images
Ok nie adalah set Catur Bistari,Eyra pun sebenarnya nda tau mau beli dari mana sebab tak tau di mana ada jual.
apa yang bestnya permainan nie,permainan nie ada 3 laluan sama seperti kehidupan sebenar
pertama laluan makan gaji yang berwarna merah, kedua laluan tijarah berwarna kuning  dan laluan ketiga jihad bisnes berwana pink.

hasil gambar daripada google images
terdapat juga beberapa kad,kad yang berada di laluan makan gaji adalah kad pelaburan dan kad fitrah
manakala laluan tijarah pula ada kad operasi, prestasi dan kad pemilikan syarikat atau perniagaan.
pemain akan diberikan RM5000 setiap seorang oleh seorang bankers pada permulaan permainan
manakala gaji untuk laluan makan gaji adalah rm3000 dan harus mempunyai duit rm30 ribu dalam tangan untuk naik ke laluan tijarah, manakala gaji untuk laluan tijarah pula mengikut pulangan daripada syarikat atau perniagaan yang kita beli dan untuk naik ke laluan jihad bisnes haruslah mempunyai rm1 juta didalam tangan tanpa sebarang hutang dengan bank.
dan untuk pengetahuan korang permainan ni kita boleh hutang dengan bank 6x ganda sahaja
dan uniknya dadu dalam permainan ini adalah nilai dadu mempunyai nilai sehingga 12
hmmm..apalgi erk?ok setiap pemain mesti mengingat dan meminta gaji sendiri
permainan ini akan habis sehingga semua muflis dan hanya seorang sahaja pemenang..
dalam permainan ini unsur-unsur islam diterapkan seperti zakat dan fitrah

dadu permainan
mcm bestkn?memang best pun dan alhamdulilah dapat lagi satu ilmu baru
oklah tu jak yang dapat eyra share kan tentang permainan ni
klw kamu semua teringin mau main,kmu cari dan beli permainan ni dimana-mana kedai yang ada jual
dan sebelum mengarut lebih-lebih 
thanks so much untuk Johor Corporation menjemput kami sebagai AJK anda
thanks untuk semua rakan-rakan AJK dan Pensyarah yang jadi pengiring
thanks untuk smua staf yang baik-baik belaka..
thanks juga untuk bilik yang scntik Hotel dan makanan sesedap makanan hotel..hehehe..
ok dibawah nie eyra sertakan gambar kenangan dengan kwn-kwn baru..hehehe











Friday, November 11, 2016

Sudent Planner Life


Assalammualaikum 
lama suda eyra tak membebel kat blog kan?
hahahaha
seperti biasa bila semester baru bermula..
sibuk dengan belajar dan tiada idea mau membebel apa kat blog
Ok for today
Eyra cuma nak share mengenai pages CAKRAWALA STUDIO
Cakrawala Studio nie ditubuhkan oleh pelajar - pelajar semester 03
Bachelor of Town and Regional Planning (Hons), UiTM Puncak Alam Selangor.
Cakrawala studio nie ditubuhkan bertujuan untuk memberi pengetahuan serba sedikit mengenai cara pembelajaran kami sebagai student town planner
untuk pengetahuan
Kos ni adalah kos yang memerlukan anda yang berminat bertahan selama 4 tahun untuk pelajar STPM dan 2 tahun stgh untuk pelajar yang telah memiliki diploma of Town and Regional Planning 
CAKRAWALA STUDIO nie adalah nama studio semester 3
dan Coordinator studio adalah AFIQ daripada Selangor dan assistant Coordinator adalah ALYANI daripada Terengganu pada semester ini
kalau korang nak tau lebih lagi mengenai kos nie..jom like pages kami kat Facebook dan Instagram
manatau untuk adik-adik junior STPM ada yang berminat dengan kos TOWN PLANNING nie..
tak minat?
cuba pegi tengok-tengok dulu kalau still tak berminat Eyra tak paksa
yang paling penting apapun kos yang kita ambil kita jangan putus asa sebab Allah sentiasa ada untuk hambanya yang rajin usaha 
tapi jangan lupa taw..solat jangan lupa sebab tu adalah tiang agama kita ;)
dan bila kita sudah berada di titik permulaan pastikan kita habiskan sampai titik penamat even bukan juara atau Terbaik tapi berbanggalah kerana kita berusaha untuk jadi yang sangat-sangat terbaik tapi mungkin nasib belum berpihak pada kita kan..
mungkin bukan rezeki kita dapat terbaik mencecah 4.00  tu tapi kita tak tau mungkin Allah nak memberi kita rezeki pekerjaan..manatau kn? InshaAllah.. 
oklah maaf andai eyra ada tersilap cakap kh apa..
apapun ONE FOR ALL, ALL FOR ONE..

Friday, May 6, 2016

WELCOME ADULTS AGE EYRA


 SALAM!
"WELCOME TO ADULTS AGE EYRA"
pertama terima kasih kepada Allah SWT sebab eyra dipanjangkan umur oleh Allah
Alhamdulilah lah syukur nikmat
even sebenarnya sedih sikit sebab untuk pertama kalinya jauh daripada family eyra tapi sangat-sangat bersyukur sebab dapat kawan-kawan yang baik dan penyayang sangat dengan eyra.
apa yang menariknya ulang tahun kelahiran tahun nie??
yang menariknya adalah perancang surprise birthday eyra sebenarnya


 tengok gambar kat atas nie, nie lah dia perancang surprise untuk birthday eyra, gila-gila terharu lah sebab dia ambil masa 2 hari untuk rancang surprise ni 
Nor Fazliana Bt Radzali diberi nama dia adalah classmates,housemates smua jenis-jenis mates kot..hahahaha..
apa yang menariknya??
menariklah sebab dah 2 hari rancang so dalam masa 2 hari tu dia buat sesuatu yang menyakitkan hati eyra sebab tak bercakap tak melayan masa birthday sekalipun tak wish...
aaaaaa..stress sebab tak tau apa masalah dia sebenarnya..hahaha
eyra tahan hati tahan mulut nak buka sebab pelik tetiba dia tak nak cakap dah lah satu rumah
dan last sekali baru eyra tau dia lah perancang surprise ni dia buat semua tu sebab nak buat surprise ni dengan melibatkan kawan-kawan lain
thanks so much sebab memahami eyra yang sangat-sangat rindu ni sebenarnya dengan family kat Sabah.
housemates-housemates eyra lah yang tahan hati dengar eyra mengadu rindu nk balik sabah
for the first time cuti tak balik langsung sampai cuti semester tapi tiap kali cuti ada jer tu benda nak buat..
ok Anyway eyra juga nak ucapkan ribuan terima kasih dengan orang yang chat wish birthday eyra,
orang yang mentioned dan post kat moment wechat,orang yang wish kat facebook tu..
thanks so much semoga segala doa korang tu dimakbulkan oleh ALLAH AWT..
dan semoga Allah membalas semua kebaikan kamu dengan eyra ni..hehehhe
dan thanks juga yang buat surprise bagi hadiah 
room mates eyra yang sudi bagi surprise dalam bilik ni..
kawan yang bagi hadiah-hadiah comel-comel ni..thanks so much taw..
eyra sangat-sangat menghargai pemberian korang..




dorang nie lah yang bantu buat surprise masa birthday aku 
so sweet taw dorang ni..hehehehe

surprise dari room mates :)

hadiah dari kawan baik :)
paling best ucapan tu jugalah perkataan DEKAN tu
harap-harap dapat lah pegang walaupun sekali

hadiah daripada housemates merangkap classmates :)
tu jak lah rasanya eyra mau sharing, mau merepek, mau mengarut..
hahahahaha
thanks for visit and read my blog
kalau ada salah silap harap dimaafkan 
daaa...



BROGA HILL



ASSALAMMUALAIKUM SEMUA!
hari nie rasa rajin sangat pula nak update blog walaupun sebenarnya assignment masih b'lambak-lambak lagi,blog sejarah pun tak update lagi dan layout studio pun x siap..
tapi memandangkan ada mood nak update blog yang lama dah x update ni so update lah memandangkan rajin nak cerita pengalaman mengenai "BROGA HILL"
Gunung Kinabalu pun sbnrnya tak daki-daki nie ttiba teringin mau pergi daki bukit broga sebab tengok orang ramai suda naik teringin juga mau mendaki gunung ni
nak dijadikan cerita eyra ajak lah kawan-kawan kelas naik bukit broga ni even sebenarnya lokasi pun tak tau,hahahaa..tengok tu perangai paling bagus eyra buat,,ajak tapi sendiri pun tak tau jalan,
nasib baik on the way nak pergi broga hill kawan seorang ni waze dia okay..alhamdulilah jam 4 pagi dah sampai kat lokasi dalam 1 jam lbh juga lah nak naik dan paling tak sangka-sangka rupanya jam-jam mcm tu dah ramai sangat naik bukit broga ni,macam-macam perangai nampak,perjalanan nak naik bukit broga tu tak lah susah sangat cuma risau sebab masa tu masih gelap lagi tapi berbaloi lah dapat naik smpai kat atas even tak sampai puncak sangat pun..hehehehe
bila dah sampai tempat landai apa yang paling terbaik saya nampak masa tu adalah saya nampak orang solat subuh kat atas tu dan pemandangan dia buat nak cakap 
"SUBHANALLAH,CANTIKNYA"
dengan angin yang sejuk awal-awal pagi mcm tu best sangat santai-santai kat atas bukit broga ni dan sebab utama kami-kami nie naik seawal 4 pagi?
sebabnya nak tengok matahari terbit jak..
kat bawah nie eyra share sikit gambar-gambar selfie kami..hahahha...
In Shaa Allah klw ada lagi orang nak bwa naik sekali nak naik sampai puncak broga hill
klw nak buat pre wedding salah satu lokasi palaing cantik broga hill nie lah asal sanggup nak naik jer..kn?
nasib baik x mampu lagi miliki camera DSLR tu kalau tak nak duduk kat broga hill tu lama-lama dan ambil gambar puas-puas sebab cantik sangat tempat tu.. hehehe..








tak nampak sangat pemandangan yang cantik tu sebab lebih fokus kepada "SELFIE"..hahahahaha..
anyway pengalaman lah bila cerita dengan kawan dia cakap macam ni
"Tu lah pengalaman namanya,dulu tak nak belajar jauh,sekarang?best kan? tak lah macam katak bawah tempurung,tengok belajar negeri orang badan makin bulat,pipi makin pau suda bah"
hahahaha..jawapannya betul lah semua tu..biasanya kalau tak biasa belajar jauh dari family sekarang baru tau rasa berdikari,rindu,susah,
dan utama dulu orang cerita-cerita saja pasal kehidupan bila masuk Universiti sekarang dah rasa sendiri dan semakin faham apa yang di maksudkan oleh orang dan cikgu mengenai alam universiti, bukan belajar tapi pengalaman pun boleh dapat kalau kita belajar jauh ni..
ok dah selesai eyra mengarut merepek
kalau ada silap atau pun salah harap di maafkan
daa..









Thursday, February 18, 2016

BACHELOR OF TOWN PLANNING AND REGIONAL (HONS)



Assalammualaikum semua,
Hi Haters and Stalkers setia eyra :)
lama dah x update blog, tak tau nak update apa,
tapi alhamdulilah eyra lulus untuk semester satu, alhamdulilah syukur kepada Allah SWT
dan inshaAllah cuti pun akan berakhir tidak lama lagi
ok kenapa eyra letak tajuk 
"BACHELOR OF TOWN PLANNING AND REGIONAL (HONS)"
kali ni eyra nak cerita serba sedikit yang eyra tahu mengenai kos yang telah eyra ambil sekarang sebab ada juga kawan dan adik junior yang tanya tentang kos nie dengan eyra dan apa yang eyra cerita kan ni apa yang telah eyra fahami dan sekiranya terdapat salah faham atau apa-apa yang kurang senang boleh lah tegur secara berhemah sebab eyra pun masih dalam proses pembelajaran


ok ke tak kos nie,sejujurnya mula-mula eyra rasa tak ok,mcm eyra rasa nak putus asa saja dengan kos nie sebab kos nie banyak lukisan, so eyra rasa kos nie tak sesuai dengan diri eyra dengan alasan eyra TAK MINAT MELUKIS, lukis orang lidi pun buruk ini kan pula melukis pelan, melukis bangunan semua, nak lukis dalam 3D dan kena belajar shading pula, tapi apa yang menguatkan eyra tuk tetap teruskan kos ni apabila ada seseorang kata "KALAU DAH NI PUN PUTUS ASA APALAGI YANG LAIN " dan " KALAU TAK MINAT MELUKIS KENA JUGA MINAT"
so perlahan, setapak demi setapak eyra belajar lah juga melukis walaupun padam,koyak, buang tu dah banyak kali buat tapi apa yang lebih menguatkan eyra tuk berada dalam kos nie adalah semangat kawan - kawan kelas eyra yang banyak ajar eyra macam mana nak shading , macam mana nak lukis benda dalam 3D, ajar eyra mana shading akan gelap kalau matahari dari arah sini or sana and now eyra percaya yang minat tu tak semestinya kena ada yang penting kalau kita sungguh-sungguh dan belajar untuk menyukainya InshaAllah semua berjalan lancar memang lah susah mula-mula nak buat eyra suka melukis ni siap nangis, geram , marah semua perasaan ada termasuk hampir putus asa tapi bila eyra rasa nak putus asa eyra tau dimana eyra akan  mengadu pertama mestilah pencipta kita dan kedua my super duper one and only mumy tercinta dan dia selalu pesan "ra cuba dulu,perlahan-perlahan bah jgn cpt kan putus asa, marah segala tu"
well, she know me well as her daughter right?


Kos nie susah ke senang? kalau kita search kat internet kos ni adalah menduduki tempat pertama kos paling susah di Malaysia, tapi mana ada benda senang kat dunia ni kalau belajar betul x? kalau ada eyra pun nak, apa yang penting untuk menyenangkan kos ni adalah kena ada disiplin yang tinggi, bertanggungjawab , menerima pendapat atau teguran orang lain dan kena teliti. kenapa semua ni perlu ada? sebab kos ini adalah "Studio base" so masa tuk buat assignment tu kalau boleh kenalah berdisiplin supaya kita hantar assignment pada hari penghantaran assignment, bertanggungjawab pula kita kenalah bertanggungjawab dalam menyiapkan setiap assignment yang diberi sama ada individu ataupun grouping, menerima pendapat dan teguran orang lain tu penting sebab takkan kita tak nak orang perbetulkan kebiasaan kita kan? dan penting kena teliti..tiada yang susah kat dunia ni kata orang asal kita nie nak usaha capai apa yang kita nak tu, senang kata kos ni tak susah untuk orang yang nak berusaha, inshaAllah..


apa yang eyra pelajari dalam kos ni? macam-macam pengetahuan baru dalam kos ni boleh melibatkan subjek geografi,matematik,pengetahuan am kira kalau kita ambil STPM pengajian Am dipanggil, camtulah, dalam kos nie juga eyra belajar lah nak tengok pelan guna tanah mcm mana, akta dan undang-undang pun ada, kira kos nie memang best lah juga sebab eyra menambah pengetahuan yang sangat luas mengenai pembangunan :)
cabaran kos nie? yang mencabar buat eyra setakat ni apabila eyra masih nak amalkan cara pembelajaran STPM eyra,hahahaha
eyra jenis orang belajar last minute , nota last minute, kerja last minute..
nie lah tabiat yang eyra kena buang sebab semua last minute ni akan memporak perandakan semuanya, tapi tu cabaran tuk diri eyra bukan kos ni..hahaha
cabaran sebenar kos ni eyra rasa mungkinlah apa yang eyra alami lah
eyra kurang masa untuk tidur dan kadang-kadang hidup eyra ni terbalik sikit malam sampai esok pagi tak tidur  balik saja kelas memang akan tidurlah tu jawapnya..
tapi terkadang kalau fikir tu bukan cabaran tapi pengorbanan kita sebagai seorang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi
dan biasalah dari kita sekolah menengah dah biasa kot kalau hasil kerja kena reject dan disuruh perbaiki lagi, tulah cabaran dia sama dengan kos-kos lain juga yang penting hati kena kuat, dan sesuatu eyra belajar adalah Allah tak janji kita belajar sungguh-sungguh kita dapat A tapi eyra pasti kalau belajar sungguh-sungguh disertakan dengan pegangan agama yang kuat inshaAllah Allah beri sesuatu yang setimpal dengan usaha kita
tak guna usaha lalu tawakal kenalah ada usaha + doa barulah bertawakal


yang penting bagi eyra kalau kita nak Allah redha apa yang kita belajar,kita kena hormat pensyarah-pensyarah kita, kena ada hati yang sangat kuat dan dalam kos ni kita kena terima teguran dan pendapat sesiapa pun samaada kita rasa teguran itu membina atau tidak
kalau ada antara orang yang tegur lukisan kita negatif or positif jadikan itu satu teguran yang akan memperbaiki kesilapan kita
jadilah seorang kawan yang memberi semangat bukan kawan yang menjatuhkan kita.
dan apa yang lebih menguatkan eyra untuk 7 sem yang akan datang ini ialah 
"APABILA KITA BERADA DI GARISAN PERMULAAN PASTIKAN KITA AKAN HABISKAN SEHINGGA  DI GARISAN PENAMAT WALAU BUKAN JUARA"
sebab rezeki Allah berbeza-beza biar orang kata 
"ala stkt pointer kau nie,kau graduate belum tentu laku ijazah kau ni"
ALLAH TAK kata pun dia tak beri rezeki kepada tukang kebun, Allah tak kata pun dia akan beri rezeki cuma kepada orang lulusan ijazah,master
tapi Eyra percaya Allah beri rezeki kepada setiap hambanya yang membezakan ialah Bila rezeki itu diberi
sedangkan Perjalanan eyra nak ambil dan cpai segulung ijazah ini pun bila-bila masa Allah boleh tarik rezeki eyra dapat
jangan kata setakat lulusan SPM tak boleh  ada kerja bagus, kita tak tau rezeki dia letak kat mana..
jangan kata orang lulusan PHD or whatever lah kan yang tinggi-tinggi tu tak boleh jatuh bila-bila masa.
Qada' dan Qadar kita nie Allah dah susun sangat teliti dan indah kita sebagai manusia ni cuma "part time Planner" tapi "True Planner" adalah Allah SWT..
So dah tau serba sedikit kan tentang kos ni..
good luck hope membantu serba sedikit lah kepada yang ingin tahu..
kalau eyra ada silap dan salah harap dimaafkan dari hujung rambut ni hingga hujung kaki 
daa..



Friday, January 22, 2016

aku yang kau panggil "SAMPAH"



Assalammualaikum semua..
hari ni eyra nak tunaikan seperti apa yang eyra tulis kat pages fb eyra
Amaran Keras coretan ini sekadar untuk berkongsi pengalaman bukan untuk menyinggung mana-mana pihak sekalipun..FAHAM? :)
mungkin di antara kita terputusnya satu hubungan tapi ingat sebelum hubungan itu tercipta kita cipta satu yang mungkin dilupa iaitu "PERSAHABATAN KITA"
benda dah lama tu  sudahlah  lepaskan, boleh tak anggap benda tu dah betul-betul lepas
itu jak, hidup ini mesti diteruskan..move on orang inggeris cakap bah..
berfikirlah secara logik dan rasional
kita dah lepas..betul-betul dah lepas,betul-betul tiada apa-apa, kalau eyra nak balik semula dah lama balik,, kalau kata "sampah boleh dikitar semula"
ya, memang orang yang di panggil "SAMPAH" nie boleh dikitar semula tapi fikirlah juga sebagai perempuan yang tau apa itu erti malu eyra pun tak nak dijadikan recycle people oleh orang.
macam nampak tak bermaruah kan? menjadi orang "Recycle"
dan tak semua perempuan itu layak untuk dipanggil "SAMPAH"
hmm..Eyra pun perempuan,faham hati seorang perempuan tapi jangan di sebabkan hati orang
kita buat orang yang pernah dipanggil sahabat dulu kini hanya dipanggil orang asing
kita sesama manusia ni pun diciptakan Allah SWT dengan penuh kasih sayang, betul tak?
kenapa kita sebagai manusia nak cipta jurang dan kebencian or ketidak sukaan..eh jap..
ketidak sukaan??apa-apa jak lah..
berhati-hati tu bagus tapi berpada-pada jangan sampai menyakiti hati orang lain
kalau kenal betul-betul siapa eyra korang percayalah..korang akan kata
"DIA BUKAN SAINGAN AKU"
kenapa kita nak cipta sebuah jarak,memutuskan silaturrahim hanya disebabkan masa lalu sedangkan kita boleh cipta namanya persahabatan
sebelum bergelar "SAMPAH" ni.."SAMPAH" nie juga yang nak dikawan suatu ketika dulu..
masa lalu tu PENGALAMAN yang buat kita lebih dewasa
yang buat kita lebih memperbaiki dengan orang di masa hadapan
kenapa nak membenci?menidakkan kenangan sedangkan masa lalu tu lah yang banyak ajar kita untuk lebih dewasa.
apa yang buat kita ingat  masa lalu adalah kenangan bukan orang di masa lalu..
kita dah besar untuk apa saling block memblock di wechat, saling berunfollow di instagram, saling berunfriend and berblock-block di Facebook
DAH BESAR OK!! dah BESAR SANGAT, kalau kawin dah dapat anak dah
eyra ada orang yang eyra syg sendiri,korang rasa sanggup kah eyra nak tengok kemusnahan hubungan orang hanya gara-gara eyra,
weyh..eyra pun manusia ada hati,bukan tak pernah rasa sakit hati, bukan tak pernah rasa kecewa , bukan x pernah bersangka buruk
tapi semakin dewasa ni lah yang ajar kita untuk MEMATANGKAN lagi FIKIRAN
dan pujuk hati kita  untuk HUSNUZON (bersangka Baik) terhadap orang lain.
eyra pun besar ada otak juga,tahu yang "WHAT YOU DO YOU WILL GET BACK"
uish..bunyi macam tak puas hati ni..hahaha
bukan eyra berniat nak menyinggung hati sesiapa pun tapi cuma nak korang buka mata luas-luas dan jelas-jelas
digoda mana-mana perempuan sekalipun kalau dia dah memang serius dan sayang kau takkan dan tak mudah hati orang ni tetiba berpindah randah
sebab kalau TEPUK HANYA SEBELAH TANGAN TAKKAN BUNYI..
kalau sama-sama tak layan kegatalan takkan ada namanya TERJATUH CINTA LAGI..
eyra berani cakap sebab eyra sayangkan orang bukan first time bercinta, ada orang masa lalu juga,
mudah jak
ORANG MASA LALU tu adalah jodoh orang yang tak sengaja terpinjam dan terjaga..
eyra just tak nak korang yang lama kenal eyra , lama bersahabat dengan eyra tetiba jadi stranger berabis..tau tak eyra tetiba rasa macam
"aku jahat sangat kah sampai orang yang aku panggil sahabat jadi stranger aku yang paling stranger" 
oklah sampai disini jak coretan kali nie
maaf kalau eyra terkasar bahasa,,menyinggung perasaan orang atau menyakitkan hati..
yang baik tu tentang eyra tu semua datang dari Allah AWT
yang buruk tu datang dari dalam diri eyra sendiri..
jangan kata eyra tak bagi amaran keras di awal coretan k..
tolong jangan kecam saya..
daa..

Friday, January 15, 2016

Assalammualaikum 2016!



Assalammualaikum semua
hello juga stalker and hater
lama dah eyra tak update langsung blog,nie baru ada peluang nak update,mungkin agak terlambat tapi eyra tetap nak ucapkan selamat tahun baru 2016 semua!!
bermulanya fasa hidup yang baru di tahun yang baru, sempena tahun baru ni eyra dah tukar sikit blog eyra ni, tak lah bravo sangat, tapi seperti yang anda semua nampak eyra dah tukar gambar utama blog eyra. semangat tahun baru lah katakan..hehehehe
anywaay eyra cuma nak "THROWBACK" sikit saja tentang tahun 2015 yang dah berapa minggu telah berlalu tapi sebelum tuk eyra juga nak tengokkan korang new cover youtube eyra..alah sama saja dengan blog eyra cuma crop

first of all , eyra sangat - sangat nak berterima kasih dengan seseorang nie sebab selama beberapa bulan dia telah banyak ajar eyra tentang kehidupan , kematangan , dan kasih sayang.
bermulanya di suatu tempat yang eyra tidak menjangka keadaannya dan waktunya mengenali pemuda nie..(amboi bermadah segala)
kini eyra menarik nafas lega sebab alhamdulilah Allah SWT bukakan pintu hati dan mata eyra untuk lihat kebaikan dia berbanding keburukan dia , eyra berterima kasih walaupun sementara hadirnya dalam hidup telah sedikit sebanyak mewarnai hari eyra tetapi inshaAllah dia tetap akan jadi kawan eyra selamanya sebab orang kata seseorang yang menjadi seseorang yang pernah sayang kita tak boleh jadi kawan tapi dia selalu cakap kat eyra "yang penting kita tau nawaitu kita" "kita dah besar sama- sama boleh fikir semua tu" eyra dan dia boleh saja yang penting bagi eyra pada siapa hati kita berpegang dan takkan ada namanya "KEMBALI" kalau sama-sama mengerti apa erti "KEMATANGAN" .siapapun orangnya biarlah hanya gambar di bawah ini yang akan berbicara, anyway eyra akan selalu doakan kebahagiaan dia..

seterusnya , eyra menimba pengalaman sekali lagi untuk mencari rezeki pada kali ini dengan memohon perkerjaan sebagai sales , banyak dugaan , banyak cabarannya berkerja sebagai seorang salesgirl di salah sebuah supermarket. mungkin sebelum eyra kerja eyra menganggap kerja nie sangat mudah dan sangat senang tapi bila eyra sendiri yang rasa dan kerja eyra tau btapa susahnya nak menyusun barang-barang, nk cek stok , nk angkat barang baru sampai , nk bagi tanda harga
dan paling susah nak layan karenah pelanggan yang pelbagai ada yang lepas kita dah susun atur pelanggan tengok biar jak dalam keadaan terbongkar semula. ada pelanggan yang biadap , ada pelanggan yang peramah , ada pelanggan yang cerewet dan macam-macam perangai lagi lah.. syukur alhamdulilah eyra dapat satu kerja dengan kawan karib eyra..tika namanya..tapi kerja-kerja nie yang membuat eyra sedar apa sekalipun perkerjaan yang kita lakukan semuanya akan mudah bila kita "IKHLAS" kan hati kita..


 yang satu nie sangat-sangat banyak mewarnai hari - hari eyra iaitu kehidupan Pengakap eyra, yang banyak ajar eyra erti ketabahan , keramahan , kerjasama dalam kumpulan dan kemahiran
eyra sangat minat dengan pengakap sebab melalui semua ni eyra banyak belajar dan paling penting eyra mengenali banyak ragam manusia,
dan dari pengakap ni juga eyra mengenali kawan-kawan baru kalau nak sebut satu-satu rasanya agak panjang, apa yang eyra dapat kisahkan pengakap ni mmengeratkan lagi silaturahim antara eyra dan ramai orang daripada pendiam jadi manusia sangat kuat membebel 
dalam pengakap ni juga eyra dapat kawan yang betul - betul amazing semuanya..alhamdulilah..tapi agak sedih sedikit kerana eyra harus kurangkan aktiviti pengakap selepas nie memandangkan eyra ada satu tanggungjawab yang lebih penting untuk dilaksanakan, selain persahabatan eyra juga belajar mengenali hati orang..hati orang?? mungkin buat sementara..
ya sementara..
pengakap nie juga membuat permusuhan jadi bersaudara alhamdulilah syukur sangat-sangat
eyra pun sebenarnya tak sangka , eyra percaya Allah sentiasa bagi hikmah di setiap masalah , perbalahan dan permusuhan
terlalu banyak kenangan eyra dengan pengakap sampai kadang-kadang eyra rindu kalau dalam sebulan tu langsung tak berpengakap tapi apakan daya ada tanggungjawab yang lebih penting untuk dipikul..

once a scouts,always a scouts

kwn-kwn baru semasa kursus senaman 1M

my dear super duper besfren in scout

mengenali hati seseorang untuk sementara..hahahahaha

persaudaraan :)

 Seterusnya , hari yang sangat-sangat eyra nanti-nanti kan.. dan alhamdulilah eyra capai target tuk dapat 3.00 ke atas dan pakai jubah warna lain berbanding rakan-rakan lain
even 3.00 saja pencapaian eyra yang mampu eyra lakukan untuk STPM tapi eyra sangat bersyukur dan eyra nak berterima kasih pada bekas pensyarah PRAUNIVERSITI SMPO SIPITANG SABAH yang banyak bagi tunjuk ajar pada eyra even kadang-kadang eyra susah nak dengar, terima kasih sebab bebel eyra dan rakan-rakan bila buat salah, terima kasih juga eyra ucap untuk cikgu jamsari yang banyak push eyra , yang banyak bagi eyra kata-kata semangat dan eyra juga nak ucapkan terima kasih pada cikgu suana yang teriak dan denda eyra kalau eyra buat salah bab denda tu paling best, hahahahaa..eyra nak ucap thank juga dengan cikgu ramlah , cikgu willie , madam , cikgu bung, dan semualah..dan terima kasih juga kepada kawan-kawan eyra yang banyak bagi dorongan dan semangat buat eyra,eyra masih ingat lagi bila eyra jatuh tak juga teruk tapi teruk lah buat eyra, eyra menangis korang lah tukang-tukang pujuknya..sayang korang taw..
dan paling utama eyra nak berterima kasih pada keluarga eyra yang selalu support eyra, tegas dengan eyra dan push eyra tuk belajar, ma dan babah ni belum cukup lagi eyra masih mahu melihat mama dan babah tengok eyra pegang segulung ijazah lagi..impian eyra sejak dulu lagi
apapun buat adik-adik yang tengah meniti di titian STPM tu jangan takut mengghadapinya sebab anda semua telah berpijak sebelah kaki di Universiti dan usaha 3 sem itu akan mengerakkan sebelah kaki anda tuk menjadi @ bergelar seorang mahasiswa dan mahasiswi universiti inshaAllah..amin..
eyra kongskan kepada korang detik bahagia eyra semasa mini graduasi Prauniversiti..



 Setelah bertungkus lumus di STPM kini inilah yang akan mengubah dan menentukan masa depan eyra, inilah saat yang paling di idam-idamkan semua pelajar STPM
iaitu eyra telah melangkah kaki eyra kedua-duanya kedalam universiti
alhamdulilah ,.
walaupun agak sedikit kecewa sebab akan berada jauh dari keluarga dan kehidupan berpengakap
tapi ini adalah impian dan tanggungjawab eyra
eyra dapat masuk Universiti Teknologi Mara Shah Alam Selangor atau lebih dikenali sebagai UITM SALAM , di dalam kos atau bidang ijazah sarjana muda perancang bandar dan wilayah (kepujian)
nak tau apa kos tu? tunggu lah coretan blog eyra seterusnya nanti ok??
dan alhamdulilah kini eyra telah melepasi semester pertama (sebab tu ada masa nak b'blogger segala) hahahahaha
dan kini menunggu keputusan untuk meneruskan ke semester 2 
disini lah eyra belajar erti BERDIKARI
eyra belajar budaya orang, maklum orang yang tak pernah nak keluar dari tempat sendiri beginilah ini
mula-mula ya eyra akui agak sukar tapi alhamdulilah
sekarang ianya lebih baik dan baik, semoga berterusan hingga ke semester 8..amin
nak tanya best ke tak bergelar pelajar Universiti?
hanya pelajar-pelajar U sahaja yang tau jawapannya..hahahahaa..
so belajar rajin-rajin taw..

MDS hari last

with my first friend and my first roomate




My roomate, my sibling , my fren dan segala-galanya lah selama 4 bulan di kolej anggerik


last, my family selama 4 tahun di UITM
ok sampai di sini dulu coretan panjang eyra hanya untuk throwback sedikit mengenai 2015..
maaf anddai ada tersalah kata or menyinggung perasaan anda membaca coretan eyra
apa-apapun terima kasih banyak-banyak sudi membaca..
daa..