ASSALAMMUALAIKUM SEMUA!
hari nie rasa rajin sangat pula nak update blog walaupun sebenarnya assignment masih b'lambak-lambak lagi,blog sejarah pun tak update lagi dan layout studio pun x siap..
tapi memandangkan ada mood nak update blog yang lama dah x update ni so update lah memandangkan rajin nak cerita pengalaman mengenai "BROGA HILL"
Gunung Kinabalu pun sbnrnya tak daki-daki nie ttiba teringin mau pergi daki bukit broga sebab tengok orang ramai suda naik teringin juga mau mendaki gunung ni
nak dijadikan cerita eyra ajak lah kawan-kawan kelas naik bukit broga ni even sebenarnya lokasi pun tak tau,hahahaa..tengok tu perangai paling bagus eyra buat,,ajak tapi sendiri pun tak tau jalan,
nasib baik on the way nak pergi broga hill kawan seorang ni waze dia okay..alhamdulilah jam 4 pagi dah sampai kat lokasi dalam 1 jam lbh juga lah nak naik dan paling tak sangka-sangka rupanya jam-jam mcm tu dah ramai sangat naik bukit broga ni,macam-macam perangai nampak,perjalanan nak naik bukit broga tu tak lah susah sangat cuma risau sebab masa tu masih gelap lagi tapi berbaloi lah dapat naik smpai kat atas even tak sampai puncak sangat pun..hehehehe
bila dah sampai tempat landai apa yang paling terbaik saya nampak masa tu adalah saya nampak orang solat subuh kat atas tu dan pemandangan dia buat nak cakap
"SUBHANALLAH,CANTIKNYA"
dengan angin yang sejuk awal-awal pagi mcm tu best sangat santai-santai kat atas bukit broga ni dan sebab utama kami-kami nie naik seawal 4 pagi?
sebabnya nak tengok matahari terbit jak..
kat bawah nie eyra share sikit gambar-gambar selfie kami..hahahha...
In Shaa Allah klw ada lagi orang nak bwa naik sekali nak naik sampai puncak broga hill
klw nak buat pre wedding salah satu lokasi palaing cantik broga hill nie lah asal sanggup nak naik jer..kn?
nasib baik x mampu lagi miliki camera DSLR tu kalau tak nak duduk kat broga hill tu lama-lama dan ambil gambar puas-puas sebab cantik sangat tempat tu.. hehehe..
tak nampak sangat pemandangan yang cantik tu sebab lebih fokus kepada "SELFIE"..hahahahaha..
anyway pengalaman lah bila cerita dengan kawan dia cakap macam ni
"Tu lah pengalaman namanya,dulu tak nak belajar jauh,sekarang?best kan? tak lah macam katak bawah tempurung,tengok belajar negeri orang badan makin bulat,pipi makin pau suda bah"
hahahaha..jawapannya betul lah semua tu..biasanya kalau tak biasa belajar jauh dari family sekarang baru tau rasa berdikari,rindu,susah,
dan utama dulu orang cerita-cerita saja pasal kehidupan bila masuk Universiti sekarang dah rasa sendiri dan semakin faham apa yang di maksudkan oleh orang dan cikgu mengenai alam universiti, bukan belajar tapi pengalaman pun boleh dapat kalau kita belajar jauh ni..
ok dah selesai eyra mengarut merepek
kalau ada silap atau pun salah harap di maafkan
daa..
No comments:
Post a Comment