Friday, January 15, 2016

Assalammualaikum 2016!



Assalammualaikum semua
hello juga stalker and hater
lama dah eyra tak update langsung blog,nie baru ada peluang nak update,mungkin agak terlambat tapi eyra tetap nak ucapkan selamat tahun baru 2016 semua!!
bermulanya fasa hidup yang baru di tahun yang baru, sempena tahun baru ni eyra dah tukar sikit blog eyra ni, tak lah bravo sangat, tapi seperti yang anda semua nampak eyra dah tukar gambar utama blog eyra. semangat tahun baru lah katakan..hehehehe
anywaay eyra cuma nak "THROWBACK" sikit saja tentang tahun 2015 yang dah berapa minggu telah berlalu tapi sebelum tuk eyra juga nak tengokkan korang new cover youtube eyra..alah sama saja dengan blog eyra cuma crop

first of all , eyra sangat - sangat nak berterima kasih dengan seseorang nie sebab selama beberapa bulan dia telah banyak ajar eyra tentang kehidupan , kematangan , dan kasih sayang.
bermulanya di suatu tempat yang eyra tidak menjangka keadaannya dan waktunya mengenali pemuda nie..(amboi bermadah segala)
kini eyra menarik nafas lega sebab alhamdulilah Allah SWT bukakan pintu hati dan mata eyra untuk lihat kebaikan dia berbanding keburukan dia , eyra berterima kasih walaupun sementara hadirnya dalam hidup telah sedikit sebanyak mewarnai hari eyra tetapi inshaAllah dia tetap akan jadi kawan eyra selamanya sebab orang kata seseorang yang menjadi seseorang yang pernah sayang kita tak boleh jadi kawan tapi dia selalu cakap kat eyra "yang penting kita tau nawaitu kita" "kita dah besar sama- sama boleh fikir semua tu" eyra dan dia boleh saja yang penting bagi eyra pada siapa hati kita berpegang dan takkan ada namanya "KEMBALI" kalau sama-sama mengerti apa erti "KEMATANGAN" .siapapun orangnya biarlah hanya gambar di bawah ini yang akan berbicara, anyway eyra akan selalu doakan kebahagiaan dia..

seterusnya , eyra menimba pengalaman sekali lagi untuk mencari rezeki pada kali ini dengan memohon perkerjaan sebagai sales , banyak dugaan , banyak cabarannya berkerja sebagai seorang salesgirl di salah sebuah supermarket. mungkin sebelum eyra kerja eyra menganggap kerja nie sangat mudah dan sangat senang tapi bila eyra sendiri yang rasa dan kerja eyra tau btapa susahnya nak menyusun barang-barang, nk cek stok , nk angkat barang baru sampai , nk bagi tanda harga
dan paling susah nak layan karenah pelanggan yang pelbagai ada yang lepas kita dah susun atur pelanggan tengok biar jak dalam keadaan terbongkar semula. ada pelanggan yang biadap , ada pelanggan yang peramah , ada pelanggan yang cerewet dan macam-macam perangai lagi lah.. syukur alhamdulilah eyra dapat satu kerja dengan kawan karib eyra..tika namanya..tapi kerja-kerja nie yang membuat eyra sedar apa sekalipun perkerjaan yang kita lakukan semuanya akan mudah bila kita "IKHLAS" kan hati kita..


 yang satu nie sangat-sangat banyak mewarnai hari - hari eyra iaitu kehidupan Pengakap eyra, yang banyak ajar eyra erti ketabahan , keramahan , kerjasama dalam kumpulan dan kemahiran
eyra sangat minat dengan pengakap sebab melalui semua ni eyra banyak belajar dan paling penting eyra mengenali banyak ragam manusia,
dan dari pengakap ni juga eyra mengenali kawan-kawan baru kalau nak sebut satu-satu rasanya agak panjang, apa yang eyra dapat kisahkan pengakap ni mmengeratkan lagi silaturahim antara eyra dan ramai orang daripada pendiam jadi manusia sangat kuat membebel 
dalam pengakap ni juga eyra dapat kawan yang betul - betul amazing semuanya..alhamdulilah..tapi agak sedih sedikit kerana eyra harus kurangkan aktiviti pengakap selepas nie memandangkan eyra ada satu tanggungjawab yang lebih penting untuk dilaksanakan, selain persahabatan eyra juga belajar mengenali hati orang..hati orang?? mungkin buat sementara..
ya sementara..
pengakap nie juga membuat permusuhan jadi bersaudara alhamdulilah syukur sangat-sangat
eyra pun sebenarnya tak sangka , eyra percaya Allah sentiasa bagi hikmah di setiap masalah , perbalahan dan permusuhan
terlalu banyak kenangan eyra dengan pengakap sampai kadang-kadang eyra rindu kalau dalam sebulan tu langsung tak berpengakap tapi apakan daya ada tanggungjawab yang lebih penting untuk dipikul..

once a scouts,always a scouts

kwn-kwn baru semasa kursus senaman 1M

my dear super duper besfren in scout

mengenali hati seseorang untuk sementara..hahahahaha

persaudaraan :)

 Seterusnya , hari yang sangat-sangat eyra nanti-nanti kan.. dan alhamdulilah eyra capai target tuk dapat 3.00 ke atas dan pakai jubah warna lain berbanding rakan-rakan lain
even 3.00 saja pencapaian eyra yang mampu eyra lakukan untuk STPM tapi eyra sangat bersyukur dan eyra nak berterima kasih pada bekas pensyarah PRAUNIVERSITI SMPO SIPITANG SABAH yang banyak bagi tunjuk ajar pada eyra even kadang-kadang eyra susah nak dengar, terima kasih sebab bebel eyra dan rakan-rakan bila buat salah, terima kasih juga eyra ucap untuk cikgu jamsari yang banyak push eyra , yang banyak bagi eyra kata-kata semangat dan eyra juga nak ucapkan terima kasih pada cikgu suana yang teriak dan denda eyra kalau eyra buat salah bab denda tu paling best, hahahahaa..eyra nak ucap thank juga dengan cikgu ramlah , cikgu willie , madam , cikgu bung, dan semualah..dan terima kasih juga kepada kawan-kawan eyra yang banyak bagi dorongan dan semangat buat eyra,eyra masih ingat lagi bila eyra jatuh tak juga teruk tapi teruk lah buat eyra, eyra menangis korang lah tukang-tukang pujuknya..sayang korang taw..
dan paling utama eyra nak berterima kasih pada keluarga eyra yang selalu support eyra, tegas dengan eyra dan push eyra tuk belajar, ma dan babah ni belum cukup lagi eyra masih mahu melihat mama dan babah tengok eyra pegang segulung ijazah lagi..impian eyra sejak dulu lagi
apapun buat adik-adik yang tengah meniti di titian STPM tu jangan takut mengghadapinya sebab anda semua telah berpijak sebelah kaki di Universiti dan usaha 3 sem itu akan mengerakkan sebelah kaki anda tuk menjadi @ bergelar seorang mahasiswa dan mahasiswi universiti inshaAllah..amin..
eyra kongskan kepada korang detik bahagia eyra semasa mini graduasi Prauniversiti..



 Setelah bertungkus lumus di STPM kini inilah yang akan mengubah dan menentukan masa depan eyra, inilah saat yang paling di idam-idamkan semua pelajar STPM
iaitu eyra telah melangkah kaki eyra kedua-duanya kedalam universiti
alhamdulilah ,.
walaupun agak sedikit kecewa sebab akan berada jauh dari keluarga dan kehidupan berpengakap
tapi ini adalah impian dan tanggungjawab eyra
eyra dapat masuk Universiti Teknologi Mara Shah Alam Selangor atau lebih dikenali sebagai UITM SALAM , di dalam kos atau bidang ijazah sarjana muda perancang bandar dan wilayah (kepujian)
nak tau apa kos tu? tunggu lah coretan blog eyra seterusnya nanti ok??
dan alhamdulilah kini eyra telah melepasi semester pertama (sebab tu ada masa nak b'blogger segala) hahahahaha
dan kini menunggu keputusan untuk meneruskan ke semester 2 
disini lah eyra belajar erti BERDIKARI
eyra belajar budaya orang, maklum orang yang tak pernah nak keluar dari tempat sendiri beginilah ini
mula-mula ya eyra akui agak sukar tapi alhamdulilah
sekarang ianya lebih baik dan baik, semoga berterusan hingga ke semester 8..amin
nak tanya best ke tak bergelar pelajar Universiti?
hanya pelajar-pelajar U sahaja yang tau jawapannya..hahahahaa..
so belajar rajin-rajin taw..

MDS hari last

with my first friend and my first roomate




My roomate, my sibling , my fren dan segala-galanya lah selama 4 bulan di kolej anggerik


last, my family selama 4 tahun di UITM
ok sampai di sini dulu coretan panjang eyra hanya untuk throwback sedikit mengenai 2015..
maaf anddai ada tersalah kata or menyinggung perasaan anda membaca coretan eyra
apa-apapun terima kasih banyak-banyak sudi membaca..
daa..

No comments:

Post a Comment