Thursday, February 18, 2016

BACHELOR OF TOWN PLANNING AND REGIONAL (HONS)



Assalammualaikum semua,
Hi Haters and Stalkers setia eyra :)
lama dah x update blog, tak tau nak update apa,
tapi alhamdulilah eyra lulus untuk semester satu, alhamdulilah syukur kepada Allah SWT
dan inshaAllah cuti pun akan berakhir tidak lama lagi
ok kenapa eyra letak tajuk 
"BACHELOR OF TOWN PLANNING AND REGIONAL (HONS)"
kali ni eyra nak cerita serba sedikit yang eyra tahu mengenai kos yang telah eyra ambil sekarang sebab ada juga kawan dan adik junior yang tanya tentang kos nie dengan eyra dan apa yang eyra cerita kan ni apa yang telah eyra fahami dan sekiranya terdapat salah faham atau apa-apa yang kurang senang boleh lah tegur secara berhemah sebab eyra pun masih dalam proses pembelajaran


ok ke tak kos nie,sejujurnya mula-mula eyra rasa tak ok,mcm eyra rasa nak putus asa saja dengan kos nie sebab kos nie banyak lukisan, so eyra rasa kos nie tak sesuai dengan diri eyra dengan alasan eyra TAK MINAT MELUKIS, lukis orang lidi pun buruk ini kan pula melukis pelan, melukis bangunan semua, nak lukis dalam 3D dan kena belajar shading pula, tapi apa yang menguatkan eyra tuk tetap teruskan kos ni apabila ada seseorang kata "KALAU DAH NI PUN PUTUS ASA APALAGI YANG LAIN " dan " KALAU TAK MINAT MELUKIS KENA JUGA MINAT"
so perlahan, setapak demi setapak eyra belajar lah juga melukis walaupun padam,koyak, buang tu dah banyak kali buat tapi apa yang lebih menguatkan eyra tuk berada dalam kos nie adalah semangat kawan - kawan kelas eyra yang banyak ajar eyra macam mana nak shading , macam mana nak lukis benda dalam 3D, ajar eyra mana shading akan gelap kalau matahari dari arah sini or sana and now eyra percaya yang minat tu tak semestinya kena ada yang penting kalau kita sungguh-sungguh dan belajar untuk menyukainya InshaAllah semua berjalan lancar memang lah susah mula-mula nak buat eyra suka melukis ni siap nangis, geram , marah semua perasaan ada termasuk hampir putus asa tapi bila eyra rasa nak putus asa eyra tau dimana eyra akan  mengadu pertama mestilah pencipta kita dan kedua my super duper one and only mumy tercinta dan dia selalu pesan "ra cuba dulu,perlahan-perlahan bah jgn cpt kan putus asa, marah segala tu"
well, she know me well as her daughter right?


Kos nie susah ke senang? kalau kita search kat internet kos ni adalah menduduki tempat pertama kos paling susah di Malaysia, tapi mana ada benda senang kat dunia ni kalau belajar betul x? kalau ada eyra pun nak, apa yang penting untuk menyenangkan kos ni adalah kena ada disiplin yang tinggi, bertanggungjawab , menerima pendapat atau teguran orang lain dan kena teliti. kenapa semua ni perlu ada? sebab kos ini adalah "Studio base" so masa tuk buat assignment tu kalau boleh kenalah berdisiplin supaya kita hantar assignment pada hari penghantaran assignment, bertanggungjawab pula kita kenalah bertanggungjawab dalam menyiapkan setiap assignment yang diberi sama ada individu ataupun grouping, menerima pendapat dan teguran orang lain tu penting sebab takkan kita tak nak orang perbetulkan kebiasaan kita kan? dan penting kena teliti..tiada yang susah kat dunia ni kata orang asal kita nie nak usaha capai apa yang kita nak tu, senang kata kos ni tak susah untuk orang yang nak berusaha, inshaAllah..


apa yang eyra pelajari dalam kos ni? macam-macam pengetahuan baru dalam kos ni boleh melibatkan subjek geografi,matematik,pengetahuan am kira kalau kita ambil STPM pengajian Am dipanggil, camtulah, dalam kos nie juga eyra belajar lah nak tengok pelan guna tanah mcm mana, akta dan undang-undang pun ada, kira kos nie memang best lah juga sebab eyra menambah pengetahuan yang sangat luas mengenai pembangunan :)
cabaran kos nie? yang mencabar buat eyra setakat ni apabila eyra masih nak amalkan cara pembelajaran STPM eyra,hahahaha
eyra jenis orang belajar last minute , nota last minute, kerja last minute..
nie lah tabiat yang eyra kena buang sebab semua last minute ni akan memporak perandakan semuanya, tapi tu cabaran tuk diri eyra bukan kos ni..hahaha
cabaran sebenar kos ni eyra rasa mungkinlah apa yang eyra alami lah
eyra kurang masa untuk tidur dan kadang-kadang hidup eyra ni terbalik sikit malam sampai esok pagi tak tidur  balik saja kelas memang akan tidurlah tu jawapnya..
tapi terkadang kalau fikir tu bukan cabaran tapi pengorbanan kita sebagai seorang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi
dan biasalah dari kita sekolah menengah dah biasa kot kalau hasil kerja kena reject dan disuruh perbaiki lagi, tulah cabaran dia sama dengan kos-kos lain juga yang penting hati kena kuat, dan sesuatu eyra belajar adalah Allah tak janji kita belajar sungguh-sungguh kita dapat A tapi eyra pasti kalau belajar sungguh-sungguh disertakan dengan pegangan agama yang kuat inshaAllah Allah beri sesuatu yang setimpal dengan usaha kita
tak guna usaha lalu tawakal kenalah ada usaha + doa barulah bertawakal


yang penting bagi eyra kalau kita nak Allah redha apa yang kita belajar,kita kena hormat pensyarah-pensyarah kita, kena ada hati yang sangat kuat dan dalam kos ni kita kena terima teguran dan pendapat sesiapa pun samaada kita rasa teguran itu membina atau tidak
kalau ada antara orang yang tegur lukisan kita negatif or positif jadikan itu satu teguran yang akan memperbaiki kesilapan kita
jadilah seorang kawan yang memberi semangat bukan kawan yang menjatuhkan kita.
dan apa yang lebih menguatkan eyra untuk 7 sem yang akan datang ini ialah 
"APABILA KITA BERADA DI GARISAN PERMULAAN PASTIKAN KITA AKAN HABISKAN SEHINGGA  DI GARISAN PENAMAT WALAU BUKAN JUARA"
sebab rezeki Allah berbeza-beza biar orang kata 
"ala stkt pointer kau nie,kau graduate belum tentu laku ijazah kau ni"
ALLAH TAK kata pun dia tak beri rezeki kepada tukang kebun, Allah tak kata pun dia akan beri rezeki cuma kepada orang lulusan ijazah,master
tapi Eyra percaya Allah beri rezeki kepada setiap hambanya yang membezakan ialah Bila rezeki itu diberi
sedangkan Perjalanan eyra nak ambil dan cpai segulung ijazah ini pun bila-bila masa Allah boleh tarik rezeki eyra dapat
jangan kata setakat lulusan SPM tak boleh  ada kerja bagus, kita tak tau rezeki dia letak kat mana..
jangan kata orang lulusan PHD or whatever lah kan yang tinggi-tinggi tu tak boleh jatuh bila-bila masa.
Qada' dan Qadar kita nie Allah dah susun sangat teliti dan indah kita sebagai manusia ni cuma "part time Planner" tapi "True Planner" adalah Allah SWT..
So dah tau serba sedikit kan tentang kos ni..
good luck hope membantu serba sedikit lah kepada yang ingin tahu..
kalau eyra ada silap dan salah harap dimaafkan dari hujung rambut ni hingga hujung kaki 
daa..



No comments:

Post a Comment