Monday, December 22, 2014

KEBERANIAN & KEBAHAGIAAN



Assalammualaikum semua..
Hello Haters and sawadikap stalker..hahahaha
hari nie eyra just nk bcerita psl diri eyra dan pengalaman eyra..
sebab tu lh kunun-kunun eyra letak gambar eyra..hahahahaha
Alhamdulilah masih mampu eyra mencoret di blog ni
even penat juga lepas dari jalan pergi fun fair sama adk-adk and kazen@kwn eyra
sebenarnya nak baca novel "Blogger jadi Maid" tapi memandangkan tiada mood mau membaca so teringin pula eyra nak mencoret kat blog,entah benda apa lagi kali ni eyra nak mencarut..hahahaha
ok..back to the topic..hahahaha
eyra nak mencoret sedikit tentang KEBERANIAN dan KEBAHAGIAAN
kenapa 2 benda nie?kenapa bukan benda lain? kn?
hahhaha..eyra rasa 2 benda nie ada kaitan dengan diri eyra dan hati eyra..ceh,ada kaitan gitu ar..
ok first eyra cerita dulu pasal KEBERANIAN
keberanian yang membawa maksud kita dapat mengharungi apa-apa benda yang kita takuti
eyra takut apa?secara jujurnya eyra sangat takut akan ketinggian sangat takut dan eyra gemar aktiviti ekstrim tapi eyra tak ada KEBERANIAN tuk mencuba dan kelemahan eyra mengenai jambatan gantung,So korang kalau nak bawa eyra buat aktiviti pastikan tak banyak jambatan gantung ok?
kenapa jambatan gantung?dah namanya jambatan gantung kalau dh kita lalu sana orang berlari dan lompat-lompat memang tak tergerak langsung lah eyra jadinya..
semalam pun eyra belajar sesuatu even sebenarnya pergi sana berseronok tapi fikir balik-balik
itulah cara tuk kita kurangkan ketakutan iaitu cuba memberanikan diri,
Eyra berseronok kat mana?kn? eyra gi fun fair sama adk-beradik eyra
mula-mula naik tu permainan bernama "Perahu" memang eyra turun eyra tak nak naik lagi
terlalu tinggi eyra rasa,tapi untuk mengatasi ketakutan tu eyra cari keberanian tuk naik permainan tu buat kedua kali,alhamdulilah walaupun sukar nak buka mata sebab takut,perlahan-lahan akhirnya eyra berjaya juga lakukan,begitu juga aktiviti-aktiviti pengakap,contoh paling dekat kem KeKas baru-baru ni,memang sejujurnya eyra takut nak lakukan aktiviti rafting dan eyra tak suka panjat benda-benda berkaitan ketinggian tapi dengan sokongan dan keberanian eyra dapat lakukan
so secara kesimpulannya semua ketakutan itu boleh di atasi dengan mengambil risiko selangkah kearah keberanian,InshaAllah kita mampu,kalau orang lain boleh kita pun boleh...percayalah..hahahaha
Ok seterusnya,tentang kebahagiaan..
Kebahagiaan ni terbahagi kepada banyak benda sebenarnya tapi eyra nak cerita mengenai kebahagiaan apabila disygi dan menyayangi orang lain..hahahaha..jiwang lah bah juga...
alhamdulilah eyra hargai orang-orang yang menyayangi eyra
dan syg?cinta?suka?menurut eyrasesuatu yang lucu kerana terkadang tanpa kita sedari dan sangkakan dan saat nie eyra belajar bagaimana eyra mampu bahagiakan orang-orang yang bahagiakan eyra..
dan eyra sedar LDR (long distance relationship) tu bukan sesuatu yang senang dan pandang remeh sebab dari situ eyra belajar bagaimana untuk selalu berprasangka baik,berfikiran terbuka dan matang
bukan macam sebelum ni asyik nak marah tiba-tiba untuk hal kecil
apa tu dia cakap "teda main manas ar"hahahhahaha
apa yang eyra belajar lagi daripada LDR nie adalah apa-apa masalah sekalipun kita kena bincang sebaik-baiknya gunakan cara matang bukan nak sembur jak orang begitu, eyra juga belajar untuk memahami setiap keadaan orang yang eyra sayang sebab eyra tak nak perkara lalu berlaku lagi dan lagi..hmm..rasanya eyra dah mencoret terlalu panjang di awal-awal pagi buta nie..
oklah eyra rsa smpai disitu saja,maafkan eyra seandainya banyak salah ketika mencoret nie..
sebabnya eyra rasa macam mau modop sudah ini..hahahahahaha..
daa semua..

Saturday, December 13, 2014

KEKAS Pengakap 2014




Assalammualaikum Semua
Hello Haters, ciao Stalkers
lama dah eyra tak update blog nie,rindu sudah mau mencoret di blog nie..hehehehe
hari nie Eyra nak mencoret mengenai kenangan dengan My scouts tercinta..ceh..hahahha
Ok,cuba bah dulu kamu alih bah dulu mata kamu tengok gambar di atas
itulah lokasi tapak kem KEKAS kami..
oh ya, mesti orang tertanya-tanya KeKAS tu apa kn??
ok KEKAS tu nama penuhnya
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR PENGAKAP 2014
tidak lama blog nie dah macam buku Log kedua sudah..hehehehe
Ok nak mula dari mana sudah cerita eyra nie ar banyak sangat sudah dalam otak nie
Eyra mulakan dengan hari pertama iaitu pada 02 DEC 2014 (Selasa)
9.00 - 10.00 am 
pendaftaran peserta KeKAS di BP House Sembulan, Kota Kinabalu
10.30 - 11.30 am
Bertolak ke kiulu menaiki bas sambil mendengar sedikit taklimat daripada Skip Jissammy jimmy (JJ)
12.00 - 12.30 pm
sedikit taklimat mengenai Pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) dan makan tengah hari
2.00 - 3.30 pm
Hands-on pencemaran air bawah tanah & Tanah Runtuh oleh Jabatan Mineral & Geosains (JMG)
3.30 - 5.30 pm
aktiviti santai berkaraoke,taklimat keselamatan untuk aktiviti Rafting dan minum petang
6.00 - 8.00 pm
persiapan diri dan makan malam
8.00 - 9.30 pm
ceramah oleh Jabatan Alam Sekitar :)
9.30 - 11.00 pm
aktiviti santai di waktu malam (karaoke)  dan Modop ^_^

Selesai sudah hari Pertama

Hari seterusnya 03 DEC 2014 (Rabu)
6.00 - 7.30 am
Persiapan diri dan Sarapan
8.00 - 9.00 am
Program kitar semula EAC
cara membuat lilin kitar semula dan cara membuat sabun ;)
9.30 am - 4.30 pm
Aktiviti paling best
Rafting Time!! dan Team building :)
berserta dengan makan tengah hari
4.30 - 5.30 pm
Model ekosistem (ekosistem sungai oleh JPS)
kami pegi tengok tahap kualiti air sungai di kiulu tu sambil kami kenal pelbagai jenis serangga..hehehehe.. berserta minum petang
6.00 - 7.00 pm
Persiapan diri dan Makan malam
8.00 - 9.30 pm
Ceramah oleh pihak Shell
Best bah..untunglh siapa dapat jawab soalan penceramah siap kena bagi pen sama pendrive jenama shell  >_<
9.30 pm - 11.00 pm
aktiviti santai di waktu malam..hahahaha..
dan Waktu rehatkan diri :)

Selesai juga sudah hari kedua..

hari terakhir 04 DEC (Khamis)
6.00 - 7.30 am
Persiapan diri dan Sarapan
Hari last juga kami dua c lala (kelana B Beaufort) bersenam ulang alik gi tandas
pasal mau mandi saja..hahahaha
8.00 -9.30 am
Sedikit Ceramah mengenai JAS dengan PENGAKAP yang di sampaikan oleh Skip JJ :)
10.00 - 11.00 am
Majlis penutupan KEKAS 2014 dan sesi bergambar
11.00 - 12.30 Pm
sempat lagi dorg kelana Inanam menari tarian Jamilah..Sporting bh dorg..
dan makan tengah hari..
12.30 pm
Sayonara kem!! semoga jumpa lagi..
terima kasih Kepada semua yang terlibat :)

secara lebih ringkasnya kem nie sebenarnya menerapkan nilai-nilai cinta akan alam sekitar..
dan dalam kem nie juga menguji semangat berpasukan di antara peserta
banyak pengalaman baru yang eyra dapat belajar 
dan di sini eyra boleh nampak pelbagai ragam manusia
alhamdulilah 
dari kem nie juga eyra kenal banyak kawan-kawan pengakap kelana yang baru..
anyway thanks so much for Kem Kesedaran Alam Sekitar (KEKAS) pengakap sebab bagi eyra banyak kenangan termanis yang penting eyra senang dapat kenal dari Pengakap kelana lain yang sememangnya peramah, sporting dan happy go lucky..
di sni eyra serta kan sedikit gambar kenangan dan Video yang telah eyra edit sendiri khas untuk kem nie, klw korang ada akaun Youtube Jom Subscribe eyra katYoutube k?
ceh sempat lagi promote nie..
Last but not least..
Kalau ada sumur di ladang boleh lah eyra menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang jemputlh pengakap camping sama-sama lagi.. ;)
hehehhehe


Gelagat-gelagat pengakap perjalanan dari Bp house Sembulan KK sampai lah di tapak Camping


Pelbagai jenis warna baju
even kami dari kelana yang berbeza-beza dan baju yang berbeza-beza kami tetap satu..
iaitu kami pengakap semua BERSAUDARA



Gambar kenangan bersama datuk dan datin serta semua peserta Kekas
baju yang peserta dan urus setia guna adalah tajaan Shell
thanks SHELL dan Jabatan Alam Sekitar


Lala,kak pijan, kak amanda, kaka shil, dan kak pija
nie lah orang-orang yang dari mula camping sampai habis camping selalu ada buat aku..
rndu juga sekali balik dari cmping
rindu melatah dan ketawa lala
rindu ketawa dorg kakak2 dan rindu mau dgr dorg suruh makan tu ubat batuk..
hahahhaa.. Group Ladies..
thanks Crew Kelana Beaufort
yang lain bukan eyra tak nak kenal or bpuak kah apa..
maklum orang masih baru,masih malu lg..
lagipun kesihatan yang kurang mengizinkan untuk eyra bercakap banyak..
anyway kelana yang lain pun dorg best bah juga..
kan kita semua bersaudara..
Eyra senang dgn semua kelana time eyra camping..
dorg semua memang best, sporting dan peramah..alhamdulilah.. :)
dan di bawah nie adalah Video yang telah di edit oleh eyra sendiri
semoga terhibur dan abaikan saja kalau kamu tidak suka..
ok??
https://www.youtube.com/watch?v=G21lVgnk04k


Sekian..itu saja dari eyra..
semoga memberi sedikit manfaat dan faedah..
maaf andai selama eyra mencoret kisah ini ada yang terkasar or tersilap bahasa..
daa..


Wednesday, November 12, 2014

Our Prom Night Day



 Assalammualaikum Semua!!
xin chào haters and bonjour stalkers
lama dah eyra tak update makanya malam nie eyra terlebih rajin untuk mengupdate
dengan semangat baru tengok blog eyra, eyra dah perbaharui..hehehehehe
Ok,apa yang eyra nak ceritakan sama korang hari nie
seperti tengok tajuk entry lah " Our Prom Night Day"
nie semua tanya jak budak Prauniversiti hingga ke peringkat Universiti dorang tau semua tentang nie,
cuba alihkan pandangan anda sekejap kat gambar kat atas..
jeling jak pun takpe,maklum lh diri nie kurang menyerlah pada malam itu..hahahahaha..
gambar kat atas tu adalah tempat di mana kami menjalankan majlis or aktiviti terakhir kami bersama-sama, alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan menyeronokkan..
nie lah kenangan terakhir eyra sama kawan-kawan seperjuagan eyra kat prauniversiti SMK Pengiran Omar Sipitang,kenangan yang termanis dan inshaAllah takkan terlupakan..
terima kasih PRAUNIVERSITI SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG SABAH
sebab telah mencorak hari-hari Eyra di Prauniversiti,akhirnya Eyra berjaya menamatkan pengajian Eyra di PraU, InshaAllah kalau di izinkan dan panjang umur eyra akan menyambung ke peringkat Ijazah pula dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, 
inshaAllah semoga impian Eyra menjadi kenyataan,Amin..
Terima kasih juga kepada Senior eyra 2012/2013 sebab mencorak hari-hari eyra di Sem 1 dengan pelbagai gelagat-gelagat abang-abang dan kakak-kakak
Terima kasih juga kepada Junior Eyra 2014/2015 sebab mewarnai hari-hari eyra di sem 3 dengan gelagat manja,lucu,penyeluru,pembuli dan keramahan adik-adik sekalian.
dan Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan eyra 2013/2014 sebab telah menjadi kawan-kawan eyra yang sangat-sangat memberi pengajaran
dalam kenakalan ada pengajarannya juga, dalam berkarenah ada kebaikannya juga.. 
dan ucapan terima kasih sangat-sangat kepada semua pensyarah yang banyak memberi semangat dan mendoakan kejayaan anak-anak didiknya nie..
hanya Allah dapat membalasnya..
agak sedikit emosi kerana eyra mulai merindui suasana PraU even di paper ulangan masih bleh jumpa sesetengah dari dorang..
lepas nie susah sudah boleh dengar "Katak" sama "biawak" eyra Bgaduh
lepas nie jarang sudah dengar suara speaker si sandung..
lepas nie susah nak dengar ketawa lalan yang kadang-kadang bikin senyum sendiri eyra mendengar..
lepas nie susah juga nak  bmanja-manja sama si pipiy
susah nak dengar sudah si hafiz ma fatin gaduh di kelas
susah nak dengar gelak ketawa kelas eyra lepas nie..
banyak lagi sebenarnya tapi kalau eyra sebut satu-satu bosan korang membaca pula nanti
kesimpulannya..
ARGH!!weh..i Already miss all about them..
ok..ok...
apa yang best di prom night nie selain bersama kawan-kawan dan junior-junior
"PRINCE AND PRINCESS PROM"
nie lah paling di nanti apabila diumumkan dan perbincangan jamuan akhir thn PraU..
semua sibuk nak menyerlah pada malam tu..
semua sibuk nak belanjakan beratus-ratus ringgit demi cantik dan menyerlah pada malam tu..
semua sibuk cari tema,semua sibuk nak kasi matching baju ma shawl/pashmina or kasut
nie lah menjadi finalis pun sangat buat rasa beruntung..
tapi pada malam tu jujur eyra katakan adui..sangat susah..terlampau ramai yang cantik dan menyerlah..
nie eyra serta kan gambar-gambar our prom night day..




 nie lah gelagat eyra sama kawan-kawan eyra sepanjang prom night day kami..
tak terlepas tu selfie tu..wajib..ahhahahaha..
nie semua adalah kawan-kawan seperjuangan eyra dan hanya ada satu gambar eyra bersama junior eyra,gara-gara eyra suka kacau tu paci,sangat bikin geram kadang-kadang taw..



 nie jak yang aku sempat bgambar,nie lah antara pensyarah-pensyarah yang sentiasa mendoakan kejayaan kmi semua anak didiknya di Prauniversiti SMK Pengiran Omar Sipitang..
ada banyak lagi sebenarnya tapi tak sempat ambil gambar mana yang mampu jak lah.. :)


hah....cantik kn?handsome kn? nie lah prince and princess prom night pada malam tu..
Tahniah korang..



dan nie lah Family aku kat Prauniversiti SMPO, our classmate Sej/Geo 2013/2014
yang 1 tahun 6 bulan kena tahan dengan karenah aku yang macam-macam nie
yang tahan sama kekasaran aku nie,yang akan bertahan dengan penangis aku nie,
dan mereka-mereka nie aku share benda yang aku minat iaitu photography, tempat aku minta-minta wayang, tempat aku bermanja, tempat aku luahkan perasaan, yang selalu sdia bahu untuk aku
yang always bagi kata-kata semangat bila aku jatuh..
i will miss so much about this class, di sini lah aku belajar dari banyak pengalaman..
alhamdulilah pengalaman ini akan lebih mematang aku pada masa akan datang
InshaAllah..amin.. :)


dan apa yang lebih membuatkan aku senyum lebar, aku dapat koleksi teddy bear lagi,
even aku tak suka nak peluk tapi aku sangat suka mengumpul sebab sangat comel
sekarang tengah mencari patung panda pula,hahahahaha
nie teddy berijazah nie aku dapat dari promnight
bukan nie saja sebenarnya aku juga dapat rama-rama dan buku nota..
alhamdulilah 
Ok,eyra pun dah penat menaip nie,korang pun mesti penat membaca kan?
so eyra akhiri dengan lagu nie
cari kat sendiri kat youtube ok??hehehehe..just taip jak
"pertemuan perpisahan adat manusia biasa,hilang dimata tapi dihati jangan lupa,berdoalah kita agar aman dan sentosa, semoga panjang umur kita akan jumpa lagi,jika salah dan silap harap dimaafkan,smoga berkat aman dapat diabadikan,segala kenangan tidak akan dilupakan,tersimpul erat dalam ingatan berkekalan"
Maaf kalau eyra ada silap dan salah sepanjang mencoret pada blog eyra nie
daa..
muaahhh..muaaahhhh

Saturday, October 11, 2014

Kerana dirimu begitu Berharga


 Assalammualaikum semua..
...Hello you,bonjour stalker and hola haters..
lama dah tak update blog kn?
so hari nie eyra nak jadi promoter kejap,hehehehe >_<
tengok tajuk entry eyra mcm iklan TV kn?kerana dirimu begitu berharga :)
Hari nie eyra nak share ngan korang semua mengenai barang-barang yang eyra guna tuk penjagaan diri eyra,maklumlah wanita/perempuan..bukan wanita/perempuan jak lelaki pun sama juga
semuanya pasti ada rahsia macam mana nak jaga muka dan whatever lah..hehehe
first eyra nak share dengan korang produk yang eyra guna dalam penjagaan muka eyra
even taklah biasa-biasa jak tapi alhamdulilah ciptaan Allah kan?



 Ok?nie namanya pencuci muka ANUGERAH,boleh dapatkan secara online or beli kat mana kedai-kedai yang jual produk-produk kecantikan.eyra dah guna pencuci muka nie dh dekat 1 tahun dah,alhamdulilah muka eyra bersih juga dari sebelumnya,kebaikan pencuci muka nie 
  • Menyerikan Wajah
  • Muka nampak sihat,bertenaga dan ceria.
  • muka menampakkan keyakinan setiap masa
  • orang lain mudah berurusan dengan kita.
nie lah antara kebaikannya,pencuci muka nie terbahagi kepada tiga jenis iaitu :-
  • Kulit kering (warna kuning)
  • kulit biasa (warna pink)
  • kulit bermasalah (warna hijau)
macam eyra,eyra gunakan hijau sebab eyra bermasalah dengan yang namanya JERAWAT,
terkadang jerawat nie membuatkan eyra kurang keyakinan untuk tampil di hadapan khalayak ramai.
syukur lah sepanjang eyra menggunakan pencuci muka nie jerawat eyra mula kering dan kecut kemudiaan perlahan-lahan hilang sedikit demi sedikit.tapi kenalah rajin guna,pakai dua kali sehari,
kandungan pencuci muka nie


  • Air nyah Ion
  • glyserin
  • ekstrak buah pinang
  • ekstrak sireh
  • ekstrak inai
  • ekstrak avokado
  • vitamin E
  • terdapatnya doa-doa dan selawat serta ayat- ayat al-quran 30 juzuk dibacakan semasa pembuatan pencuci muka ini.
Cara penggunaannya senang jak tuangkan pencuci muka anugerah kat tapak tangan,kemudian sapukan keseluruh wajah sambil membaca Al-Fatihah.Biarkan selama 2-3 minit kemudian basuh muka sambil membaca selawat sebanyak 3 kali. :)

macam eyra, area daerah Sipitang nie eyra akan beli kat kedai ubat siddiq dengan harga Rm20.00.
kalau sekiranya eyra ada ke kota kinabalu eyra akan beli kat sana jak sebab lebih murah
dalam harga rm18.00 begitu,biasanya eyra beli area karamunsing.

ok,yang seterusnya eyra gunakan untuk penjagaan muka juga tapi tak selalu pakai kadang-kadang sahaja eyra akan pakai sebelum masuk tidur atau pun sebelah pagi lepas bangun tidur :)


Pasti dah ramai tahu kn? ini dia thanaka,dulu benda nie sangat popular.
sekarang tak tau lagi,tapi eyra still pakai :)
Thanaka nie seperti yang anda tahu pelbagai warna,wangian dan pelbagai khasiat untuk setiap Thanaka tu..
tapi Eyra lebih selesa guna yang hijau nie sebab mengandungi dan wangian limau
sangat selesa pakai,ianya mengecutkan jerawat eyra
eyra pun lupa dah harganya mula-mula eyra beli eyra beli darpada jiran eyra
yang kali kedua eyra beli eyra beli daripada kawan kepada mama eyra..
maklum lah dah lama x pakai sebab jarang guna so susah nak habis :)

Seterusnya pula penjagaan badan eyra pula,produk nie baru eyra guna tapi eyra gemar pada wangiannya


Fruitale nama sabun nie,memang agak kurang famous tapi eyra sangat suka wangiaan dan kandungan sabun mandian nie sebab sangat manis dan kadungannya kebanyakannya berasaskan bahan-bahan organik,sabun nie ada berbagai wangian,ada strawberi,anggur dan epal hijau
sabun mandian nie kebaikannya adalah melindungi kulit kita dan melembapkan kulit :)
harganya dalam rm7 lebih tuk satu botol, itu sbb lah ada tulisan kat botol mandian nie smart saver
tak semstinya harga murah tiada kualiti kn??

Barang seterusnya nie eyra gunakan untuk penjagaan badan juga


Semua orang pun pasti akan menggunakannya kan??
nie pkara paling penting sama ada lelaki atau wanita..
bnda nie mengelakkan dari bau badan
kalau bau badan mesti orang pun tak selesa dekat dengan kita kan??
untuk wangian badan eyra,eyra gunakan jenama enchanteur
ada pelbagai sebenarnya ada warna merah,warna pink
setiap warna pelbagai wangian tapi eyra gunakan warna ungu sebab eyra suka bauan nya
bagi eyra penggunaan enchanteur deadorant nie jimat sebab nie adalah dalam bentuk stick
satu bulan pun boleh tahan pakai
ada juga dalam bentuk spray tapi eyra tak nak gunalah tak selesa 
kebaikannya wangiannya tahan lebih lama dan buat kita lebih yakin
harganya dalam RM4 lbh gitu lah..Murah tapi berkualiti..
itu lebih baik :)

Seterusnya,ini amat penting buat kaum-kaum hawa,
penjagaannya haruslah rapi.


why bnda nie amat penting untuk wanita,
sebab produk nie mnjaga keintiman kaum wanita.
eyra memilih nie sebab rasa sangat segar bila menggunakannya.
produk nie boleh di dapati di cosway
produk nie membersihkan,menyegarkan dan melindungi kawasan intim
ianya sesuai digunakan lelaki atau perempuan
harganya eyra dah lupa lah tapi kalau nak tau berkunjung lah di cawangan cosway berdekatan anda! ok?

Tu jak lah entry eyra hari nie secara kesimpulannya apapun barang yang kita guna dalam kehidupan seharian, penjagaan rohani dan dalaman juga perlu dijaga
jangan kita cantik di luar tapi di dalam indah kabar dari rupa
korang faham kan maksud eyra? biarlah kita bersederhana dan biarlah seimbang.
dalam penggunaan apa-apa produk pun kita perlu berpada-pada ikut kemampuan
apatah lagi kalau sebagai student,masih guna duit mak bapa so kena fikir-fikir lah
eyra faham kita nak tampil cantik,kemas dan bergaya
tapi lebih bangga kan kalau barang-barang yang kita beli adalah hasil daripada titik peluh kita bekerja sendiri.tak gitu?
so Hargai diri anda jangan bandingkan anda dengan orang lain kerana masing-masing ada kekurangan dan keistimewaan
hargai kecantikan anda yang ada sekarang kerana dirimu begitu berharga
jadilah seorang wanita yang cantik akhlaknya dan fizikalnya ;)
semoga entry ini memberi sedikit manfaat kepada anda..
Maaf andai ada kekurangan pada diri eyra sepanjang eyra berceloteh ini..
daa


Saturday, October 4, 2014

Pengajian Am Sem 1



Tips Bahagian Karangan PEngajian AM

  • Pendahuluan jangan terlalu panjang.
  • Pendahuluan boleh di ambil daripada soalan.
  • Terus kepada topik utama karangan.
  • Elakkan penggunaan perkataan "ANTARA"
  • Setiap isi masukkan penanda wacana
  • setiap karangan berikan empat isi
  • isi Mengandungi
     Idea ➟ Huraian Idea ➟ contoh ➟ Ulasan
  • menghurai mengikut cara yang betul
  • Esei bergantung kepada pengetahuan Am
  • Penutup bagi sesebuah esei sebaiknya menggunakan perkataan :KESIMPULANNYA"
  • Esei yang baik adalah esei yang matang.

TOPIK 1 : MALAYSIA KEKAL BERDAULAT

1.1 Konsep dan ciri Negara Berdaulat.

Negara
ღ   Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sesebuah kerajaan
ღ   Didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan.
ღ   Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap.
ღ   Diperintah oleh sebuah kerajaan.

Negara berdaulat
❀  Mempunyai penduduk mendiami  satu wilayah secara tetap.
❀  sempadan wilayah.
❀  mempunyai kerajaan memerintah.
❀  hubungan luar (hubungan diplomatik).

1.1.2 Sistem Kerajaan

Kerajaan 
♛  Badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah Negara.
♛  Merangkumi semua badan yang membuat, mentafsir, dan melaksana dasar negara tersebut.

Peranan kerajaan 


  
1.1.3 Sistem kerajaan

Kesatuan 
   Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
✎  Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.
✎  Contoh negara - negara yang mengamalkan Kerajaan Kesatuan ialah Britain, New Zealand,
 Perancis, Denmark dan Indonesia.

Persekutuan
✰  Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
✰  Kuasa pentadbirannya dan perundangan dikongsi kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
✰  Contoh Negara-Negara  yang mengamalkan Kerajaan Persekutuan ialah Malaysia, Amerika Syarikat, Brazil, Australia, dan India.

1.2 Pembentukan Malaysia

 Kemerdekaan Tanah Melayu
☂  Tunku Abdul Rahman telah membentuk Parti Perikatan.Ini telah membuka mata British untuk
membenarkan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
☂   Perpaduan antara 3 kaum iaitu Melayu,Cina dan India telah menghasilkan  Perjanjian London
yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.


Sebab Pembentukan Malaysia 



Friday, October 3, 2014

Syoknya Belajar dengan Tips yang Betul :)

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA
ok entry eyra yang nie eyra terilham selepas junior-junior eyra cerita pasal study sama eyra..
so eyra rasa nak share sama korang semua pembaca blog eyra tentang betapa syoknya belajar guna tips yang menarik..
nie yang eyra rasakan dapat membantu sedikit sebanyak dan nie yang kadang-kadang dan selalu eyra amalkanlah dan tips daripada pensyarah-pensyarah eyra :)
antara tipsnya :-

  • Belajar atau ulangkaji pada masa yang sesuai.
    Apapun yang kita buat masa lah yang paling penting,kita belajar waktu haruslah pada waktu yang tepat dan sesuai agar apa yang kita pelajari masuk dalam otak nie..hehehehe..contohnya kalau eyra,eyra tak belajar dalam jam balik sekolah sampai jam 4.30..ertinya masa petang eyra cuma belajar 1 jam sahaja..4.30 hingga 5.30 :)

  • Mencari bahan tambahan dalam semua mata pelajaran..
    sekarang nie kan maklumat di hujung jari,tak susah nak dapat maklumat.So,kita sebagai student gunalah benda yang moden tu untuk cari maklumat di hujung jari tu.kalau kita boleh menghadap laptop berjam-jam untuk laman sosial seperti facebook, twitter, wechat, whatsapp, youtube, blog dan apa-apa sajalah kenapa tak untuk belajar kan?.So tukar..kalau laman sosial 3 jam dan belajar 1 jam so kita kurangkan jam online dan tambahkan jam untuk belajar.Ok? :)

  • Membuat "Study Group"..
    Study group nie adalah antara tips berkesan sebab belajar ramai-ramai itu lebih baik daripada belajar seorang-seorang,sekurang-kurangnya boleh tukar-tukar idea dan pandangan.Pandangan dan idea setiap orang nie berlainan.

  • Membuat nota yang menarik..
    nota-nota seperti peta minda dan nota yang berwarna-warna pasti menarik mata kita untuk membaca.Nota-nota yang berwarna-warni dan menarik nie juga membuat kita tidak bosan untuk membaca nota kita berulang-ulang.Oleh itu buatlah nota kita awal-awal jangan last minutes baru nak buat.. :)

    \
  • Memberi ganjaran pada diri selepas belajar..
    nie part paling best kalau dalam belajar.contohnya kita seharian belajar sudah kita bagilah ganjaran pada diri kita seperti makan aiskrim,mandi kolam atau makan makanan kegemaran kita atau aktiviti yang kita selalu buat.Ertinyakita menghargai diri kita sendiri selepas kita dh belajar bberapa jam. :)

  • HIT DARI AWAL..ayat nie selalu berkumandang di telinga eyra semasa semester 1 di Prauniversiti.Hit dari awal. Nie salah satu tips yang bagus untuk pelajar-pelajar yang baru nak mula semester 1.jangan belajar last minutes.Belajar dan panaskan enjin bermula dari hari ini,detik ini dan saat ini. :)

Ok nie lah antara tipsnya..
sikit jak..apapun yang kita buat yang penting yang maha kuasa jangan Lupa..
ini sedikit tips jak yang mampu eyra share dengan korang..
semoga bermanfaat..amin..
daa..



COKLAT? FAT VS IMPROVES OUR MEMORY :)

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA..

hello haters and stalkers juga..
Ok hari nie eyra nak share sesuatu selepas menggeledah blog orang
akhirnya eyra menemui sesuatu yang menarik minat eyra nak share
eyra suka sangat baca blog akak nie..

sangat menarik  dia banyak memberikan tips dan tutorial mengenai blog
Ok kita kembali kepada tajuk entry eyra semula.


nampak sedap kan coklat nie?
kepada penggemar coklat nie berita baik untuk anda
coklat nie dapat meningkatkan memori dan Hafalan
nie pun eyra baca kat entry kak lyssa
Kelebihan Coklat nie..


  1. Dapat membantu meningkatkan memori dan hafalan.
  2. Dapat membantu menajamkan mata dan minda.
  3. Dapat membantu memulihkan keletihan saraf.
  4. Dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
  5. Dapat meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.

Wah..wah..wah..
untunglah orang yang suka makan coklat kan..
dapat banyak kebaikan..coklat tu menggemukkan?
ooo..tidak semestinya,
coklat nie sangat baik kalau kita nak belajar
coklat nie juga pensyarah eyra kata memberikan tenaga,contohnya,tau tak coklat cloud 9..
suka makan?
tu adalah antara coklat yang memberikan tenaga
memang akan laku dikalangan kawan - kawan eyra apabila exam tiba
sebab eanya mudah diurai dan membuatkan kita tidak lapar sepanjang menjawab kertas exam
dan kurang berasa letih..
sebab ketika itu pelbagai tenaga kita nak gunakan
mana nak guna untuk menguraikan makanan menjadi tenaga dan memerah otak menjawab kertas exam
So tuk korang yang tengah belajar or bergelar Pelajar
dan amat sesuai untuk orang yang ambil subjek Sejarah..
JOM kita ramai - ramai pajak coklat kat kedai.. >_<
Tapi INGAT!!
jangan makan lebih-lebih 
nantu penyakit lain tetiba datang :)
tu jak yang dapat eyra share..
Terima kasih for kak lyssa untuk info yang sangat berguna
maaf sekiranya ada salah dan kekurangan
daa korang
Terima kasih dah sudi luangkan masa baca entry eyra :)

Sunday, September 21, 2014

Datang cuma satu tujuan,Balik dengan Seribu Pengalaman




 Assalammualaikum Semua..
Hai!! my haters,my stalkers and Pembaca semua
hari nie dengan entry bertajuk 
"datang cuma satu tujuan,Balik dengan seribu Pengalaman"
 why?
selama 3 hari 2 malam eyra telah mengikuti program Perkampungan Kecemerlangan STPM yang di anjurkan oleh pihak sekolah
so hari nie eyra akan share pengalaman eyra sepanjang eyra mengikuti aktiviti ini
apa yang eyra pelajari daripada perkampungan ini ialah
  1. .bagaimana kita menguruskan masa dengan baik
  2. .bagaimana kita menguruskan stress dengan baik
  3. cara melakukan study group
  4. pentingnya untuk senyum
  5. persahabatan
  6. pemakaian menghadiri temuduga & membuat resume


pengurusan masa yang baik sangat diperlukan dalam kehidupan kita,tanpa pengurusan yang baik takkan ada kejayaan dalam hidup kerana kita tdk akn dpt melakukan sesuatu perkara tanpa ada pengurusan masa yang baik.Seterusnya pengurusan stress,semua orang menghadapi stress tetapi kita kenalah tau cara bagaimana mengurus stress dengan baik. 
semasa eyra melakukan riadah eyra di ajar betapa pentingnya untuk senyum kepada orang,
tidak kiralah orang tu nak senyum semula atau tidak asalkan kita ikhlas untuk senyum dengan orang,kan senyum tu satu sedekah.
Eyra juga mendapat ilmu mengenai cara membuat resume dan pemakaian semasa menghadiri temuduga,
resume haruslah tepat,ringkas dan padat,pemakaian temuduga haruslah kemas
tidak digalakkan menggunakan terlalu pelbagai warna
lelaki digalakkan memakai baju kemeja & necktie yang berbeza wrna
(contoh baju kemeja biru laut,necktie haruslah yg berwarna biru terang)
melalui perkampungan ini juga eyra belajar mengenai Study Group..
ceh..sebab selama nie eyra blum pernah ikut study group,
jarang mengikuti study group sebab tyme sekolah menengah eyra lebih gemar belajar sendiri tak faham eyra akan cuba tanya abg eyra dulu,
study group nie penting untuk kita saling bertukar-tukar pendapat
dan last sekali dari perkampungan ini eyra belajar menghargai persahabatan 
kerana dalam persahabatan kita saling memerlukan antara satu sama lain
inshaAllah sahabat seperjuangan eyra nie..semuanya akan sama2 melangkah satu kaki lagi ke UNIVERSITI..amin..
nie lah serba sedikit mengenai perkampungan STPM ini..
inilah yang eyra kata kan
datang cuma satu tujuan,balik dengan seribu pengalaman
eyra datang cuma untuk memenuhi tugas sebagai pelajar iaitu menghadiri diri ke program nie
tetapi setelah pulang eyra mendapat banyak pengalaman..
alhamdulilah
terima kasih semua sebab selalu ada untuk eyra dan menjadi pemangkin semangat eyra untuk berjuang dalam pertempuran STPM ini..
dan selain tu, eyra nak ucapkan terima kasih dengan kawan-kawan sebilik eyra yang memang terbaik..
dorm kmi C05 tu jugalah paling bising
ahli-ahli dorm eyra terdiri daripada kawan seperjuangan eyra iaitu PIPIY,SITI,NISAH
dan junior eyra yang sangat sporting dan terbaik iaitu MYMET,NIRA,ALONG,MIMI
dan dengan itu eyra selitkan sedikit gambar kenangan semasa mengikuti perkampungan ini.



Selama 3 hari kami berkampung ini lah gambar2 kenangan yang mampu kami rakamkan..
selfie terus..hahahahaha.. dari pagi hari jumaat pakai baju koprat sampai habis sesi perbincangan subjek bahasa melayu pada hari sabtu  pakai baju batik.



Antara Rakan2 seperjuangan aku(sebenarnya byk lagi cuma teda dlm gambar)  dalam sem akhir STPM yang bakal kmi hadapi 1 bulan saja lagi
doakan kmi agar mendapat keptusan sem akhir yang baik..AMIN..


Ok yang nie MOHD HARYDAN ..nie dia orang kuat kami..PHOTOGRAPHER terbaik kmi merangkap classmate eyra
klw psl gambar2 minta jak dia jd photographer korang inshaAllah dia bleh buat anda tersenyum melihat hasil kerjanya..


Yang nie pula, nie lah dia kawan-kawan eyra b'gila sepanjang perkampungan kecemerlangan STPM..
kwn-kawan sekelas & baik eyra merangkap kwn sebelah dorm eyra juga dari hujung sebelah kiri MIMI,NORA,JUSTINA,
SITI,PIPIY  mereka adalah kawan dorm eyra dan kwn sekelas & baik eyra juga..
dan junior eyra dari yang pakai tudung merah iaitu ALONG,MYMET dan NIRA..
nie lah junior 1 dorm eyra,hppy 
sebenarnya ada 2 lagi x termasuk dalam gambar iaitu NISAH dan NUR SHAMIMI..
dorg nie mmg sporting habis..bergurau pun gila-gila dengan dorg nie..
terima kasih untuk layanan yang begitu terbaik sepanjang perkampungan ini..
terima kasih juga kepada semua yang turut terlibat dalam menjayakan program ini
iaitu pensyarah-pensyarah yang bertungkus lumus untuk kami semua..
dan semua peserta PRAUNIVERSITI TAHUN 1 & 2 SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG
dengan itu eyra akhiri dengan serangkap pantun
klw ada sumur di ladang,
bolehlah eyra menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
buatlah perkampungan nie tahun depan lagi..
hahahahaha...
Assalammualaikum..
thankz luangkan masa membaca entry eyra hari nie..
maaf klw ada yang terkasar bahasa atau menyinggung perasaan tanpa disedari..

Saturday, September 6, 2014

Pengalaman


Assalammualaikum
huh! lama dh eyra x update blog..
hari nie baru dpt nk update tu pun bzy nk bljr sbb tnggal bbrapa bulan jak nk exam Sem akhir STPM,
nervousnya,sbb tkt kptsn x baik dr sem lps,
ok berbalik kpd tajuk asl,
knpa eyra mmberi tajuk post eyra hari nie "Pengalaman"
nmpk x gmbr kat atas..
mereka lah pengalaman eyra
knapa mereka?
dr majlis perkahwinan mereka lah eyra belajar benda baru, eyra belajar mengenai adat mereka iaitu adat bugis, sesuatu yang sangat unik sbb sekarang adalah zaman moden semua orang nk kawin ikut fesyen terkini dan moden, apa yg unik tentang adat perkahwinan bugis?
nie lah keunikannya
yang pertama keunikan bajunya yang sgt unik,seterusnya adalah cara persandingan mereka,
sepanjang eyra menghadiri majlis kawin nie lah majlis kawin unik malam berinai mereka ada adat berzanji,
gambar kat bawah ni suasana adat berzanji


selepas adat berzanji eyra di hidangkan dengan makanan dan masakan yang sgt2 sedap..
but lupa btl2 apa dorg panggil..
yang tau nasi pulut jak klw nda silap,nie lah masalah pelupa nie kan..ahhahaha
dan eyra belajar satu perkataan baru iaitu "mandrea" ngam kh jua ejaannya tu..hahahahaha..
yang membawa maksud makan

yang kedua keunikkn adat ini adalah selepas berzanji mereka akn bermain permainan ganda
nda tau dorg sebut permainan ni permainan apa lupa sdh..hehehe
so melayunya jak eyra tau cmni lah suasana dan permainan ganda,diterangkan oleh tuan rumah pun msh nda fhm2..hahahaha

seterusnya,apa yang unik mengenai adat bugis nie, pengapit mereka terdiri daripada kanak-kanak.
so cute right??
nie lah pengalamn eyra tyme menghadiri perkahwinan kawan eyra even baru kenal dan x rpt sgt tapi mereka berdua dh eyra anggap cm abg dan kakak sdh,mereka memberi layanan yang sangat baik dengan eyra,terima kasih sangat2 untuk segala2nya
dan thankz juga untuk family kakak anie sbb melayan eyra dengan baik dah nk blk baru lh banyak bckp sikit dan bcrita2 dgn family kak anie,berbeza eyra yang orang kenal kat mana2 laman sosial sma yang real org jumpa..hehehhe..
thankz for adk2 yang sgt cute dn sweet nie,semuanya sporting2..
klw teda urusan mmg blk awl lh nie..tp nda apalh mgkin bukan rezeki, sementara tunggu nk blk kmi selfie dlu..hehehehehe...

dari pengalaman nie eyra menimbulkan satu pertanyaan dlm diri eyra sendiri..
nk tau apa?nk tau npa eyra dtg dr sipitang ke beaufort untuk wedding kwn eyra nie
sbb dorg offer eyra jd fotografer wedding dorg,nie lh buat first tymenya eyra knapa offer bnda gitu..alhamdulilah..sbb ada org yang nampak minat eyra dalam bidang fotografi nie,
ada org yg yakin ma eyra dlm fotografi nie,inshaAllah eyra hrp satu hari nnty minat eyra nie bleh jd bisnes buat eyra ada juga tambahan duit kn?hahahaha..minat sgt2 tp memiliki kameranya yang seutuhnya blum termampu lg eyra,inshaAllah satu hari nnty..amin..
anyway for my friend
Ariy aryanshah dan Rianie
selamat menjalani hidup baru dan semoga bahagia till jannah
dan semoga cepat2 menimang ank..hahahaha..
nnty aku kawin kamu wajib tu dtg..
hahahahaha

terima kasih sudi meluangkan masa anda membaca blog eyra..
ginilah post eyra klw dh lama x update nie..byk sgt gambar..hehehehe
mula bzy sdh dgn study,mula mengalami debaran dan demam exam sem 3 sdh..eyra nk kptsn last eyra dpt 3.0 ke atas..doakan eyra k?hehehehe..
akhir kata dr eyra 
jangan pernah menyesali pada apa pun yang Anda lakukan. Jika ternyata baik, bagus sekali. Jika ternyata buruk, itu pengalaman.
eyy..teda kena mengena pun bh kata2 kat ats nie..hahaahahha..
Assalammualaikum W.B.T

Sunday, August 24, 2014

nota Sejarah STPM sem 1 & sem 2

SOALAN :
Bincangkan Kesan akibat Perang dingin antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union.

PENDAHULUAN
        Perang dingin ialah ialah istilah yang menggambarkan konflik antara blok kapitalis yang diterajui Amerika Syarikat dan blok komunis yang dipimpin Soviet Union sejak berakhirnya Perang Dunia  kedua, iaitu pada tahun 1945. Perang dingin ini merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Perang dingin ini berlaku tanpa sebarang pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa-kuasa besar. Perang dingin yang melibatkan Amerika Syarikat dan Soviet Union berlanjutan hingga akhir tahun 1980-an.

KESAN-KESAN AKIBAT PERANG DINGIN
MUNCUL PERIKATAN TENTERA
         Selepas Perang Dunia Kedua tamat,Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling kuat di benua Eropah.Soviet Union Berjaya menguasai kawasan seluas 180 000 batu persegi dengan penduduk berjumlah tiga million di bawah pengaruhnya.Kebangkitan Soviet Union dalam bidang ketenteraan telah mengancam keselamatan Negara-negara di Eropah Barat.Sebagai tindak balas kepada perkembangan ini,usaha telah dimulakan untuk menubuhkan perikatan tentera dalam kalangan Negara-negara di Eropah Barat.

PERSETIAAN DUNKIRK
          Pada bulan Mac 1947,Britain dan Perancis telah menubuhkan satu perikatan tentera yang dikenali sebagai persetiaan Dunkirk.Antara objektif utama persetiaan ini ialah menghadapi serangan daripada Jerman,menjalankan kerjasama bagi menghadapi ancaman Soviet Union dan Mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi.

PERJANJIAN BRUSELLS
         Peristiwa rampasan kuasa di Prague pada Februari 1948 menambahkan kebimbangan dalam kalangan  Negara-negara  Eropah  Barat  terhadap ancaman Rusia.Perkembangan ini mendorong Menteri Luar Britain,Bevin mendesak agar kerjasama dalam bidang ketenteraan dan ekonomi dalam kalangan Negara-negara Eropah Barat ditingkatkan.Ekoran perkembangan ini,perjanjian Brussels ditandatangani oleh Negara Britain,Perancis,Belgium,Belanda dan Luxembourg.

PENUBUHAN PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO)
        Selepas peristiwa pengepungan Berlin,negara-negara Eropah Barat mencurigai tindak-tanduk Soviet Union di benua Eropah.Amerika Syarikat mahu rakan sekutunya di Eropah bertindak menyekat perkembangan ideologi komunis.Pada 4hb April 1949,12 buah Negara telah menandatangani Perjanjian Atlantik Utara di Washington.Perjanjian ini menyebabkan semua Negara di Eropah Barat bersatu di bawah kepimpinan Amerika Syarikat untuk membendung ancaman komunis.Antara kepentingan NATO ialah NATO merupakan satu usaha untuk menjalankan kerjasama dalam kalangan Negara-negara Eropah Barat,Pertubuhan ini memainkan peranan dalam mempertahankan anggotanya daripada ancaman komunis,selepas penubuhan NATO,penyebaran pengaruh komunis di Eropah Berjaya disekat,Amerika Syarikat menempatkan tenteranya di Eropah Barat mulai tahun 1949,sebagai tindak balas terhadap NATO,Soviet Union menubuhkan pakatanWARSAW.

PAKATAN WARSAW
          Penubuhan NATO dan diikuti oleh perkembangan anti komunis telah menimbulkan kebimbangan Soviet Union. Sebagai tindak balas, Soviet Union telah mengadakan satu pakatan ketenteraan dengan negara-negara satelitnya yang dikenali sebagai Pakatan WARSAW. Pakatan ini  melibatkan negara-negara di Eropah timur termasuk Soviet Rusia, Albania, Bulgaria, Hungary, Polandi, Romania, Czechoslovakia dan Jerman Timur. Pakatan ini menjamin bantuan segera kepada negara-negara anggota termasuk bantuan ketenteraan. Pasukan tentera yang dianggotai oleh tentera daripada negara-negara Pakatan WARSAW telah ditubuhkan dibawah kepimpinan komander tertinggi tentera Rusia dan sebuah jawatankuasa rundingan telah ditubuhkan dibawah persefahaman dalam hal politik dalam kalangan anggota PakatanWARSAW. Kesan penubuhan pakatan ini ialah, Rusia telah mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur dengan menempatkan tenteranya di negara-negara Eropah Timur. Rusia juga mengawal negara-negara satelit dan mematahkan pemberontakan yang tercetus.

PEMBENTUKAN BLOK DUNIA
       Kesan Perang dingin yang paling penting ialah kemunculan blok dunia. Blok Dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang berusaha dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli. Blok ini muncul dalam pelbagai bentuk berdasarkan aspek ekonomi, politik atau geografi. Berdasarkan perbezaan idealogi, muncul dua blok yang utama iaitu Blok Kapitalis dan Blok Komunis. Dari aspek politik, blok kapitalis mengamalkan pemerintahan demokrasi, dan blok komunis mengamalkan pemerintahan komunis. Aspek  ekonomi, blok kapitalis mengamalkan  sistem ekonomi bebas dan blok komunis tidak menggalakkan perdagangan antarabangsa. Dari segi aspek sosial, blok kapitalis memberikan kebebasan kepada individu untuk berhimpun, bercakap dan menyuarakan pendapat. Blok komunis pula, kebebasan individu adalah dikawal.

KEMUNCULAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI
          Perang dingin menyebabkan Negara-negara dunia ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union.Blok kapitalis dan blok komunis berusaha mempengaruhi negara-negara dunia ketiga dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada Negara-negara daripada blok komunis  ataupun daripada blok kapitalis.Negara dunia ketiga lebih mengamalkan sikap berkecuali.perkembangan  ini menyebabkan pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan pada bulan September 1961.Pergerakan ini di anggotai oleh Negara-negara membangun di Asia Afrika dan Amerika Selatan.Matlamat utama penubuhan NAM adalah mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong Blok Barat ataupun Blok komunis.Antara prinsip perjuangan NAM ialah mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara,menghormati kedaulatan sesebuah Negara,menyelesaikan pertelingkahan antara Negara melalui perundingan,menghormati hak asasi manusia.


PENUBUHAN PERTUBUHAN PERJANJIAN ASIA TENGGARA (SEATO)
           SEATO merupakan pertubuhan keselamatan yang pertama ditubuhkan antara kuasa-kuasa Barat dan Asia bagi menjaga keselamatan bersama.Pakatan tentera ini ditubuhkan pada tahun 1954 untuk membendung kemaraan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara.SEATO memberi tumpuan bagi menyekat peluasan pengaruh China komunis ke Asia Tenggara dan mententeramkan pemberontakan komunis di Asia Tenggara.

PERLUMBAAN SENJATA
             Perang dingin juga mencetuskan perlumbaan senjata antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union.Perlumbaan ini menyebabkan kedua-dua Kuasa besar menghasilkan pelbagai jenis peralatan perang.Perkembangan ini menyebabkan berlaku persaingan dalam bidang teknologi dan ketenteraan.Antara senjata yang dihasilkan oleh kuasa-kuasa besar ini termasuklah kereta perisai,artileri,kapal selam,grenad roket,meriam anti pesawat,pesawat pengebom,pesawat pengintip dan peluru berpandu balistik.Dalam pada itu,penemuan roket menyebabkan kuasa-kuasa besar itu terlibat secara langsung dalam perlumbaan angkasa lepas.

PENUTUP
          Kesimpulannya,perang dingin ini telah menyebabkan muncul blok dunia dan pakatan ketenteraan seperti NATO,SEATO dan pakatan warsaw.Perang dingin ini juga menyebabkan kedua-dua kuasa besar berlumba-lumba untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera dan menjelang perang dingin juga menyaksikan kemunculan Negara-negara yang mengamalkan dasar berkecuali menerusi penubuhan NAM.


Tajuk : Huraikan konsep ekonomi dan ciri – ciri ekonomi masyarakat islam di Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Pengenalan
Ekonomi islam  menekankan Allah S.W.T sebagai penguasa yang mencipta alam ini. Asas ekonomi islam dikaitkan dengan empat konsep iaitu konsep rububiyah (ketuhanan) , konsep tazkiyah (kesucian jiwa), konsep ubudiyah (kehambaan) dan persaudaraan dan pengorbanan sesama manusia. Barat pula menganggap ekonomi sebagai ilmu kekayaan yang memperlihatkan manusia mempunyai kemahuaan dan hasil yang diperolehi adalah untuk manusia semata – mata. Matlamat mencari kekayaan adalah untuk memuaskan nafsu, memenuhi arahan pemerintah dan mendapatkan ganjaran kehidupan semata – mata. Secara ringkasnya, ekonomi barat lebih memperlihatkan perolehan atau tingkah laku manusia untuk mendapatkan kepuasan fizikal dan melupakan aspek rohani dan moral.
Konsep Ekonomi
        Ekonomi islam didefinisikan sebagai kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia dan masyarakat berasaskan panduan sistem islam. Sarjana ekonomi, L.Robbins dalam karyanya An Essay on the nature and significance of economic sciences mentakrifkan ekonomi sebagai sains yang mengkaji tentang perangai manusia sebagai hubungan antara matlamat akhir dan barangan terhad yang mempunyai kegunaan alternetif. Adam smith menyatakan bahawa ekonomi ialah suatu disiplin ilmu yang mengkaji kekayaan bangsa – bangsa dengan memusatkan perhatian secara khusus tentang sebab – sebab kebendaan daripada kemakmuran, seperti hasil industry, pertanian atau seumpamanya. Ekonomi menurut pandangan islam pula ialah mengkaji aktiviti manusia selaras dengan tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat, dan Negara bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah telah mengubah sistem ekonomi yang dijalankan di Madinah.  Sebelum hijrah,  aktiviti ekonomi di Madinah dimonopoli oleh kaum Yahudi.
Ciri – ciri Ekonomi Islam
           Ciri ekonomi islam yang pertama ialah aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Dalam sistem Islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan, pelaburan, perusahaan dan seumpamanya adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Dalam konteks ini, tiada sebarang aktiviti ekonomi boleh dilaksanakan selain dasar ini. Oleh itu, aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah, bertanggungjawab dan tidak mengenepikan aspek nilai dan kebajikan masyarakat.
           Ciri ekonomi seterusnya, matlamat jangka panjang diutamakan. Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada masyarakat. Bagi individu yang mengusahakan perniagaan, matlamat jangka panjang dalam aktiviti yang diletakkan adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di akhirat.
                 Selain itu,memberi kemakmuran kepada masyarakat. Tujuan aktiviti perniagaan dan ekonomi adalah untuk kemakmuran dan kesejahteraan kepada masyarakat. Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan nilai dan tahap hidup masyarakat. Perkhidmatan seperti pelacuran,perjudian, dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam senarai aktiviti ekonomi islam kerana ianya membawa kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat.
                Keuntungan dunia dan akhirat. Perniagaan dan aktiviti ekonomi ini untuk mendapat keuntungan material dan pahala daripada aktiviti yang dilakukan. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa, “Peniaga yang amanah berada di bawah naungan Arash pada hari pengadilan”. di dalam hadis ini menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan perniagaan dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke dalam golongan yang diberi keistimewaan. Aktiviti ekonomi juga akan mengutamakan sifat bantu – membantu, jujur, dan mengutamakan golongan yang lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat pahala dan ganjaran Allah s.w.t.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pembangunan ekonomi Islam adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup Islam merangkumi aspek kebajikan individu, masyarakat dan negara, serta tidak terpisah daripada aspek akidah, syariah dan akhlak. Malahan, Nabi Muhammad SAW telah menjadikan Madinah sebagai pusat kegiatan ekonomi yang penting berlandaskan ekonomi islam.

*soalan2 nie adalah pembentangan yang eyra buat kat kelas cuma nk share jak ilmu nie semoga berguna untuk semua,amin..assalammualaikum