SOALAN :
Bincangkan Kesan akibat Perang dingin antara Amerika
Syarikat dengan Soviet Union.
PENDAHULUAN
Perang
dingin ialah ialah istilah yang menggambarkan konflik antara blok kapitalis
yang diterajui Amerika Syarikat dan blok komunis yang dipimpin Soviet Union
sejak berakhirnya Perang Dunia kedua, iaitu
pada tahun 1945. Perang dingin ini merujuk kepada keadaan tegang yang wujud
antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Perang dingin ini berlaku tanpa
sebarang pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa-kuasa besar. Perang
dingin yang melibatkan Amerika Syarikat dan Soviet Union berlanjutan hingga
akhir tahun 1980-an.
KESAN-KESAN AKIBAT PERANG DINGIN
MUNCUL PERIKATAN
TENTERA
Selepas
Perang Dunia Kedua tamat,Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling kuat di benua
Eropah.Soviet Union Berjaya menguasai kawasan seluas 180 000 batu persegi
dengan penduduk berjumlah tiga million di bawah pengaruhnya.Kebangkitan Soviet
Union dalam bidang ketenteraan telah mengancam keselamatan Negara-negara di
Eropah Barat.Sebagai tindak balas kepada perkembangan ini,usaha telah dimulakan
untuk menubuhkan perikatan tentera dalam kalangan Negara-negara di Eropah
Barat.
PERSETIAAN DUNKIRK
Pada
bulan Mac 1947,Britain dan Perancis telah menubuhkan satu perikatan tentera
yang dikenali sebagai persetiaan Dunkirk.Antara objektif
utama persetiaan ini ialah menghadapi serangan daripada Jerman,menjalankan
kerjasama bagi menghadapi ancaman Soviet Union dan Mewujudkan kerjasama dalam
bidang ekonomi.
PERJANJIAN BRUSELLS
Peristiwa
rampasan kuasa di Prague pada Februari 1948 menambahkan kebimbangan dalam
kalangan Negara-negara Eropah
Barat terhadap ancaman
Rusia.Perkembangan ini mendorong Menteri Luar Britain,Bevin mendesak agar kerjasama
dalam bidang ketenteraan dan ekonomi dalam kalangan Negara-negara
Eropah Barat ditingkatkan.Ekoran perkembangan ini,perjanjian Brussels
ditandatangani oleh Negara Britain,Perancis,Belgium,Belanda dan
Luxembourg.
PENUBUHAN PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA
(NATO)
Selepas peristiwa pengepungan Berlin,negara-negara
Eropah Barat mencurigai tindak-tanduk Soviet Union di benua Eropah.Amerika
Syarikat mahu rakan sekutunya di Eropah bertindak menyekat perkembangan
ideologi komunis.Pada 4hb April 1949,12 buah Negara telah menandatangani Perjanjian
Atlantik Utara di Washington.Perjanjian ini menyebabkan semua Negara di
Eropah Barat bersatu di bawah kepimpinan Amerika Syarikat untuk membendung
ancaman komunis.Antara kepentingan NATO ialah NATO merupakan satu usaha untuk menjalankan
kerjasama dalam kalangan Negara-negara Eropah Barat,Pertubuhan ini
memainkan peranan dalam mempertahankan anggotanya daripada ancaman komunis,selepas
penubuhan NATO,penyebaran pengaruh komunis di Eropah Berjaya disekat,Amerika
Syarikat menempatkan tenteranya di Eropah Barat mulai tahun 1949,sebagai tindak
balas terhadap NATO,Soviet Union menubuhkan pakatanWARSAW.
PAKATAN WARSAW
Penubuhan NATO
dan diikuti oleh perkembangan anti komunis telah menimbulkan kebimbangan Soviet
Union. Sebagai tindak balas, Soviet Union telah mengadakan satu pakatan ketenteraan
dengan negara-negara satelitnya yang dikenali sebagai Pakatan WARSAW. Pakatan
ini melibatkan negara-negara di Eropah timur
termasuk Soviet Rusia, Albania, Bulgaria, Hungary, Polandi, Romania,
Czechoslovakia dan Jerman Timur. Pakatan ini menjamin bantuan segera
kepada negara-negara anggota termasuk bantuan ketenteraan. Pasukan tentera
yang dianggotai oleh tentera daripada negara-negara Pakatan WARSAW telah
ditubuhkan dibawah kepimpinan komander tertinggi tentera Rusia dan sebuah jawatankuasa
rundingan telah ditubuhkan dibawah persefahaman dalam hal politik dalam
kalangan anggota PakatanWARSAW. Kesan penubuhan pakatan ini ialah, Rusia telah
mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur dengan menempatkan tenteranya di
negara-negara Eropah Timur. Rusia juga mengawal negara-negara satelit dan
mematahkan pemberontakan yang tercetus.
PEMBENTUKAN BLOK DUNIA
Kesan Perang dingin yang paling penting ialah kemunculan
blok dunia. Blok Dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan yang
berusaha dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.
Blok ini muncul dalam pelbagai bentuk berdasarkan aspek ekonomi, politik atau
geografi. Berdasarkan perbezaan idealogi, muncul dua blok yang utama
iaitu Blok Kapitalis dan Blok Komunis. Dari aspek politik, blok kapitalis
mengamalkan pemerintahan demokrasi, dan blok komunis mengamalkan pemerintahan
komunis. Aspek ekonomi, blok kapitalis
mengamalkan sistem ekonomi bebas dan
blok komunis tidak menggalakkan perdagangan antarabangsa. Dari segi aspek
sosial, blok kapitalis memberikan kebebasan kepada individu untuk berhimpun,
bercakap dan menyuarakan pendapat. Blok komunis pula, kebebasan individu adalah
dikawal.
KEMUNCULAN NEGARA-NEGARA
BERKECUALI
Perang dingin menyebabkan
Negara-negara dunia ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa besar iaitu Amerika
Syarikat dan Soviet Union.Blok kapitalis dan blok komunis berusaha mempengaruhi
negara-negara dunia ketiga dengan menawarkan bantuan pertahanan dan
ekonomi.Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada Negara-negara
daripada blok komunis ataupun daripada
blok kapitalis.Negara dunia ketiga lebih mengamalkan sikap berkecuali.perkembangan ini menyebabkan pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM) ditubuhkan pada bulan September 1961.Pergerakan ini di
anggotai oleh Negara-negara membangun di Asia Afrika dan Amerika
Selatan.Matlamat utama penubuhan NAM adalah mengekalkan keamanan dunia tanpa
menyokong Blok Barat ataupun Blok komunis.Antara prinsip perjuangan NAM
ialah mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah
Negara,menghormati kedaulatan sesebuah Negara,menyelesaikan pertelingkahan
antara Negara melalui perundingan,menghormati hak asasi manusia.
PENUBUHAN PERTUBUHAN
PERJANJIAN ASIA TENGGARA (SEATO)
SEATO merupakan pertubuhan keselamatan yang
pertama ditubuhkan antara kuasa-kuasa Barat dan Asia bagi menjaga
keselamatan bersama.Pakatan tentera ini ditubuhkan pada tahun
1954 untuk membendung kemaraan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik
Barat dan Asia Tenggara.SEATO memberi tumpuan bagi menyekat peluasan pengaruh China komunis
ke Asia Tenggara dan mententeramkan pemberontakan komunis di Asia Tenggara.
PERLUMBAAN SENJATA
Perang dingin juga mencetuskan perlumbaan senjata antara Amerika Syarikat dengan
Soviet Union.Perlumbaan ini menyebabkan kedua-dua Kuasa besar menghasilkan pelbagai jenis peralatan
perang.Perkembangan ini menyebabkan berlaku persaingan dalam bidang teknologi
dan ketenteraan.Antara senjata yang dihasilkan oleh kuasa-kuasa besar ini
termasuklah kereta
perisai,artileri,kapal selam,grenad roket,meriam anti pesawat,pesawat
pengebom,pesawat pengintip dan peluru berpandu balistik.Dalam pada
itu,penemuan roket menyebabkan kuasa-kuasa besar itu terlibat secara langsung
dalam perlumbaan angkasa lepas.
PENUTUP
Kesimpulannya,perang dingin ini telah
menyebabkan muncul blok dunia dan pakatan ketenteraan seperti NATO,SEATO dan
pakatan warsaw.Perang dingin ini juga menyebabkan kedua-dua kuasa besar
berlumba-lumba untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera dan menjelang
perang dingin juga menyaksikan kemunculan Negara-negara yang mengamalkan dasar
berkecuali menerusi penubuhan NAM.
Tajuk : Huraikan konsep
ekonomi dan ciri – ciri ekonomi masyarakat islam di Madinah pada zaman Nabi
Muhammad SAW.
Pengenalan
Ekonomi
islam menekankan Allah S.W.T sebagai
penguasa yang mencipta alam ini. Asas ekonomi islam dikaitkan dengan empat
konsep iaitu konsep rububiyah (ketuhanan) , konsep tazkiyah (kesucian jiwa),
konsep ubudiyah (kehambaan) dan persaudaraan dan pengorbanan sesama manusia.
Barat pula menganggap ekonomi sebagai ilmu kekayaan yang memperlihatkan manusia
mempunyai kemahuaan dan hasil yang diperolehi adalah untuk manusia semata –
mata. Matlamat mencari kekayaan adalah untuk memuaskan nafsu, memenuhi arahan
pemerintah dan mendapatkan ganjaran kehidupan semata – mata. Secara ringkasnya,
ekonomi barat lebih memperlihatkan perolehan atau tingkah laku manusia untuk
mendapatkan kepuasan fizikal dan melupakan aspek rohani dan moral.
Konsep Ekonomi
Ekonomi islam didefinisikan sebagai
kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia dan
masyarakat berasaskan panduan sistem islam. Sarjana ekonomi, L.Robbins dalam
karyanya An Essay on the nature and significance of economic sciences
mentakrifkan ekonomi sebagai sains yang mengkaji tentang perangai manusia
sebagai hubungan antara matlamat akhir dan barangan terhad yang mempunyai
kegunaan alternetif. Adam smith menyatakan bahawa ekonomi ialah suatu disiplin
ilmu yang mengkaji kekayaan bangsa – bangsa dengan memusatkan perhatian secara
khusus tentang sebab – sebab kebendaan daripada kemakmuran, seperti hasil
industry, pertanian atau seumpamanya. Ekonomi menurut pandangan islam pula
ialah mengkaji aktiviti manusia selaras dengan tuntutan syariah dari segi
perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat, dan
Negara bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW
ke Madinah telah mengubah sistem ekonomi yang dijalankan di Madinah.
Sebelum hijrah, aktiviti ekonomi di Madinah dimonopoli oleh kaum Yahudi.
Ciri – ciri Ekonomi
Islam
Ciri ekonomi islam yang pertama
ialah aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Dalam
sistem Islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan, pelaburan, perusahaan
dan seumpamanya adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Dalam konteks ini,
tiada sebarang aktiviti ekonomi boleh dilaksanakan selain dasar ini. Oleh itu,
aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah, bertanggungjawab dan tidak
mengenepikan aspek nilai dan kebajikan masyarakat.
Ciri ekonomi seterusnya, matlamat
jangka panjang diutamakan. Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi
kemakmuran dan kesejahteraan kepada masyarakat. Bagi individu yang mengusahakan
perniagaan, matlamat jangka panjang dalam aktiviti yang diletakkan adalah untuk
mencapai kesejahteraan hidup di akhirat.
Selain itu,memberi kemakmuran kepada
masyarakat. Tujuan aktiviti perniagaan dan ekonomi adalah untuk kemakmuran dan
kesejahteraan kepada masyarakat. Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan
adalah untuk meningkatkan nilai dan tahap hidup masyarakat. Perkhidmatan
seperti pelacuran,perjudian, dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam
senarai aktiviti ekonomi islam kerana ianya membawa kerosakan dan kesengsaraan
kepada kehidupan masyarakat.
Keuntungan dunia dan akhirat.
Perniagaan dan aktiviti ekonomi ini untuk mendapat keuntungan material dan
pahala daripada aktiviti yang dilakukan. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa,
“Peniaga yang amanah berada di bawah naungan Arash pada hari pengadilan”. di
dalam hadis ini menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan perniagaan
dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke dalam
golongan yang diberi keistimewaan. Aktiviti ekonomi juga akan mengutamakan
sifat bantu – membantu, jujur, dan mengutamakan golongan yang lemah kerana
matlamatnya adalah untuk mendapat pahala dan ganjaran Allah s.w.t.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
pembangunan ekonomi Islam adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup
Islam merangkumi aspek kebajikan individu, masyarakat dan negara, serta tidak terpisah
daripada aspek akidah, syariah dan akhlak. Malahan, Nabi Muhammad SAW telah
menjadikan Madinah sebagai pusat kegiatan ekonomi yang penting berlandaskan
ekonomi islam.
*soalan2 nie adalah pembentangan yang eyra buat kat kelas cuma nk share jak ilmu nie semoga berguna untuk semua,amin..assalammualaikum
Tq
ReplyDelete