ASSALAMMUALAIKUM SEMUA
ok entry eyra yang nie eyra terilham selepas junior-junior eyra cerita pasal study sama eyra..
so eyra rasa nak share sama korang semua pembaca blog eyra tentang betapa syoknya belajar guna tips yang menarik..
nie yang eyra rasakan dapat membantu sedikit sebanyak dan nie yang kadang-kadang dan selalu eyra amalkanlah dan tips daripada pensyarah-pensyarah eyra :)
antara tipsnya :-
- Belajar atau ulangkaji pada masa yang sesuai.Apapun yang kita buat masa lah yang paling penting,kita belajar waktu haruslah pada waktu yang tepat dan sesuai agar apa yang kita pelajari masuk dalam otak nie..hehehehe..contohnya kalau eyra,eyra tak belajar dalam jam balik sekolah sampai jam 4.30..ertinya masa petang eyra cuma belajar 1 jam sahaja..4.30 hingga 5.30 :)
- Mencari bahan tambahan dalam semua mata pelajaran..sekarang nie kan maklumat di hujung jari,tak susah nak dapat maklumat.So,kita sebagai student gunalah benda yang moden tu untuk cari maklumat di hujung jari tu.kalau kita boleh menghadap laptop berjam-jam untuk laman sosial seperti facebook, twitter, wechat, whatsapp, youtube, blog dan apa-apa sajalah kenapa tak untuk belajar kan?.So tukar..kalau laman sosial 3 jam dan belajar 1 jam so kita kurangkan jam online dan tambahkan jam untuk belajar.Ok? :)
- Membuat "Study Group"..
Study group nie adalah antara tips berkesan sebab belajar ramai-ramai itu lebih baik daripada belajar seorang-seorang,sekurang-kurangnya boleh tukar-tukar idea dan pandangan.Pandangan dan idea setiap orang nie berlainan. - Membuat nota yang menarik..
nota-nota seperti peta minda dan nota yang berwarna-warna pasti menarik mata kita untuk membaca.Nota-nota yang berwarna-warni dan menarik nie juga membuat kita tidak bosan untuk membaca nota kita berulang-ulang.Oleh itu buatlah nota kita awal-awal jangan last minutes baru nak buat.. :)
\ - Memberi ganjaran pada diri selepas belajar..
nie part paling best kalau dalam belajar.contohnya kita seharian belajar sudah kita bagilah ganjaran pada diri kita seperti makan aiskrim,mandi kolam atau makan makanan kegemaran kita atau aktiviti yang kita selalu buat.Ertinyakita menghargai diri kita sendiri selepas kita dh belajar bberapa jam. :) - HIT DARI AWAL..ayat nie selalu berkumandang di telinga eyra semasa semester 1 di Prauniversiti.Hit dari awal. Nie salah satu tips yang bagus untuk pelajar-pelajar yang baru nak mula semester 1.jangan belajar last minutes.Belajar dan panaskan enjin bermula dari hari ini,detik ini dan saat ini. :)
Ok nie lah antara tipsnya..
sikit jak..apapun yang kita buat yang penting yang maha kuasa jangan Lupa..
ini sedikit tips jak yang mampu eyra share dengan korang..
semoga bermanfaat..amin..
daa..
No comments:
Post a Comment