Assalammualaikum Semua..
Hai!! my haters,my stalkers and Pembaca semua
hari nie dengan entry bertajuk
"datang cuma satu tujuan,Balik dengan seribu Pengalaman"
why?
selama 3 hari 2 malam eyra telah mengikuti program Perkampungan Kecemerlangan STPM yang di anjurkan oleh pihak sekolah
so hari nie eyra akan share pengalaman eyra sepanjang eyra mengikuti aktiviti ini
apa yang eyra pelajari daripada perkampungan ini ialah
- .bagaimana kita menguruskan masa dengan baik
- .bagaimana kita menguruskan stress dengan baik
- cara melakukan study group
- pentingnya untuk senyum
- persahabatan
- pemakaian menghadiri temuduga & membuat resume
pengurusan masa yang baik sangat diperlukan dalam kehidupan kita,tanpa pengurusan yang baik takkan ada kejayaan dalam hidup kerana kita tdk akn dpt melakukan sesuatu perkara tanpa ada pengurusan masa yang baik.Seterusnya pengurusan stress,semua orang menghadapi stress tetapi kita kenalah tau cara bagaimana mengurus stress dengan baik.
semasa eyra melakukan riadah eyra di ajar betapa pentingnya untuk senyum kepada orang,
tidak kiralah orang tu nak senyum semula atau tidak asalkan kita ikhlas untuk senyum dengan orang,kan senyum tu satu sedekah.
Eyra juga mendapat ilmu mengenai cara membuat resume dan pemakaian semasa menghadiri temuduga,
resume haruslah tepat,ringkas dan padat,pemakaian temuduga haruslah kemas
tidak digalakkan menggunakan terlalu pelbagai warna
lelaki digalakkan memakai baju kemeja & necktie yang berbeza wrna
(contoh baju kemeja biru laut,necktie haruslah yg berwarna biru terang)
melalui perkampungan ini juga eyra belajar mengenai Study Group..
ceh..sebab selama nie eyra blum pernah ikut study group,
jarang mengikuti study group sebab tyme sekolah menengah eyra lebih gemar belajar sendiri tak faham eyra akan cuba tanya abg eyra dulu,
study group nie penting untuk kita saling bertukar-tukar pendapat
dan last sekali dari perkampungan ini eyra belajar menghargai persahabatan
kerana dalam persahabatan kita saling memerlukan antara satu sama lain
inshaAllah sahabat seperjuangan eyra nie..semuanya akan sama2 melangkah satu kaki lagi ke UNIVERSITI..amin..
nie lah serba sedikit mengenai perkampungan STPM ini..
inilah yang eyra kata kan
datang cuma satu tujuan,balik dengan seribu pengalaman
eyra datang cuma untuk memenuhi tugas sebagai pelajar iaitu menghadiri diri ke program nie
tetapi setelah pulang eyra mendapat banyak pengalaman..
alhamdulilah
terima kasih semua sebab selalu ada untuk eyra dan menjadi pemangkin semangat eyra untuk berjuang dalam pertempuran STPM ini..
dan selain tu, eyra nak ucapkan terima kasih dengan kawan-kawan sebilik eyra yang memang terbaik..
dorm kmi C05 tu jugalah paling bising
ahli-ahli dorm eyra terdiri daripada kawan seperjuangan eyra iaitu PIPIY,SITI,NISAH
dan junior eyra yang sangat sporting dan terbaik iaitu MYMET,NIRA,ALONG,MIMI
dan dengan itu eyra selitkan sedikit gambar kenangan semasa mengikuti perkampungan ini.
Selama 3 hari kami berkampung ini lah gambar2 kenangan yang mampu kami rakamkan..
selfie terus..hahahahaha.. dari pagi hari jumaat pakai baju koprat sampai habis sesi perbincangan subjek bahasa melayu pada hari sabtu pakai baju batik.
Antara Rakan2 seperjuangan aku(sebenarnya byk lagi cuma teda dlm gambar) dalam sem akhir STPM yang bakal kmi hadapi 1 bulan saja lagi
doakan kmi agar mendapat keptusan sem akhir yang baik..AMIN..
Ok yang nie MOHD HARYDAN ..nie dia orang kuat kami..PHOTOGRAPHER terbaik kmi merangkap classmate eyra
klw psl gambar2 minta jak dia jd photographer korang inshaAllah dia bleh buat anda tersenyum melihat hasil kerjanya..
Yang nie pula, nie lah dia kawan-kawan eyra b'gila sepanjang perkampungan kecemerlangan STPM..
kwn-kawan sekelas & baik eyra merangkap kwn sebelah dorm eyra juga dari hujung sebelah kiri MIMI,NORA,JUSTINA,
SITI,PIPIY mereka adalah kawan dorm eyra dan kwn sekelas & baik eyra juga..
dan junior eyra dari yang pakai tudung merah iaitu ALONG,MYMET dan NIRA..
nie lah junior 1 dorm eyra,hppy
sebenarnya ada 2 lagi x termasuk dalam gambar iaitu NISAH dan NUR SHAMIMI..
dorg nie mmg sporting habis..bergurau pun gila-gila dengan dorg nie..
terima kasih untuk layanan yang begitu terbaik sepanjang perkampungan ini..
terima kasih juga kepada semua yang turut terlibat dalam menjayakan program ini
iaitu pensyarah-pensyarah yang bertungkus lumus untuk kami semua..
dan semua peserta PRAUNIVERSITI TAHUN 1 & 2 SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG
terima kasih juga kepada semua yang turut terlibat dalam menjayakan program ini
iaitu pensyarah-pensyarah yang bertungkus lumus untuk kami semua..
dan semua peserta PRAUNIVERSITI TAHUN 1 & 2 SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG
dengan itu eyra akhiri dengan serangkap pantun
klw ada sumur di ladang,
bolehlah eyra menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
buatlah perkampungan nie tahun depan lagi..
hahahahaha...
Assalammualaikum..
thankz luangkan masa membaca entry eyra hari nie..
maaf klw ada yang terkasar bahasa atau menyinggung perasaan tanpa disedari..
Best Casinos near Harrah's Casino and Racetrack in Maricopa - Mapy
ReplyDeleteHotels 구리 출장안마 1 - 12 of 65 군포 출장마사지 — Looking for Casinos near Harrah's 이천 출장마사지 Casino and 제천 출장샵 Racetrack 영주 출장마사지 in Maricopa? Choose from a host of Hotels, Resorts & more.