Saturday, September 9, 2017

BUKAN JODOH? ADA HIKMAH



Assalammualaikum, mau habis cuti baru eyra dapat update blog, okay untuk hari ni  tajuk entry eyra tersasar sikit dari entry sebelum ni. Apa yang eyra akan kongsi ni bukan niat aibkan sesiapa sebab eyra tak mention pun nama sesiapa kecuali ada orang terasa hati. Tipulah kalua tidak terkesan didalam hati ni. Okay eyra pun tak nak membebel panjang. Ringkaskan dan padat kan.  Kisah ni baru berlaku pada diri eyra dan yang mana buruk jadikan sebagai pengajaran dan yang baik ambil jadikan teladan. Eyra mengenali seorang lelaki, entah kenapa bila semakin rapat dan rapat eyra rasa bagaikan “kenapa Allah kirim dia untuk aku”.First jumpa eyra masih ingat lagi dia ajak eyra makan sate minang dan makin lama makin lama kami menjadi semakin rapat. Dia orangnya sangat baik. Dia banyak tolong eyra dalam urusan assignment eyra dan eyra menganggap mungkin dialah Allah beri sebagai pelindung dan penolong.

Tapi selepas 3 bulan, kisah yang eyra tidak sangka pun akan terjadi. Bermula semasa mau balik raya, untuk pengetahuan korang dia jugalah hantar eyra ke airport walaupun dia sebenarnya tak tau pun jalan sangat ke KLIA2. Dia bawa bersama dua orang anak buah dia yang sangat comel dan eyra sangat suka Cuma eyra memang kekadang jenis susah ma uterus rapat dengan orang ambil masa. EYra hargai juga sebab dia banyak bantu eyra sepanjang semester 4 sampailah habis semester tapi mana nak sangka hujan di tengah-tengah hari kan? Aku di kabarkan dengan satu berita yang kurang menyenangkan hati. Masa tu aku kata dalam hati adakah ni dugaan aku dengan dia atau Allah nak hadirkan sesuatu pengajaran dalam hidup aku. Okay apa beritanya kn? Dia akan di kahwinkan dengan seorang wanita pilihan ibu dan ayah dia. Apa korang rasa kalau orang yang gila-gila rapat dan sangka orang yang akan sayang korang sangat-sangat serta pcayalah mungkin dia jodoh korang tetiba nak kawin dengan orang lain. Susah nak diterima hati. Balik semula ke U, eyra pun jumpa cuba nak dapatkan jalan penyelesaian tapi eyra Cuma jumpa jalan buntu dan jalan yang tidak akan diterima sesiapa. Dengan pasrah hana relakan dia bertunang waktu tu masuk suda cuti semester baru dua minggu. Tapi dia still contact eyra. Eyra still contact tapi entahlah semakin hari eyra Nampak sesuatu yang banyak buka mata eyra.bukan dia tiada minta maaf ya dia minta maaf dan eyra maafkan dia.Cuma makin hari eyra terlalu banyak persoalan yang bermain di minda. Dan eyra akan selalu ingat kata-kata dia “AWAK PEREMPUAN BAIK-BAIK DAN SAYA ADALAH ORANG PALING RUGI TIDAK MEMILIKI AWAK”. Tapi bukan soal kata-kata ni tapi..

Antara persoalan hati eyra, dia anak lelaki dia yang tentukan pilihan dia, sebab dia anak lelaki. Ya eyra pun tidak nafikan juga cakap mak ayah dia tu dia patut dengar sebab dorg yang jadikan dia manusia berguna sekarang ni. Tapi soal orang yang dia nak hidup  seumur hidup dia kenapa dia tidak berhak untuk memilih pun.kenapa? dan adakah kalau kita memilih dengan siapa kita mahu kawin tu tandanya kita anak derhaka?niat kita kah mau lawan cakap mak ayah sedangkan bila kita dah dewasa terpulang kepada kita untuk memilih agama apa, mungkin kita dilahirkan sebagai non muslim dan bila dewasa kita nak jadi seorang muslim, salah kah? Tidakkn so kenapa kawin tu mnjadi sesuatu yang harus dipilihkan sedangkn kita mampu memilih dan percayalah mak-mak ayah-ayah di luar sana tiada niat seorang anak pun untuk derhaka pada kamu Cuma berikan lah dia ruang untuk memilih dengan siapa dia nak hidup.

Yang kedua, eyra ada cakap cuba bawa bincang dengan mak ayah baik-baik. Katanya dia tak sampai hati sebab ayah dia ada sakit jantung dan dia tak nak bila bantah cakap ayah dia nanti ayah dia sakit takut ayah dia..sendiri lah mau faham orang tu masih hidup so eyra pun tak nak cakap sebab kata-kata tu satu doa kan? Eyra bukan doctor bukan juga Nurse tapi ayah dia akan terus pengsan or apa-apa sjalh kalau kita sebagai anak datang dengan ayah kita cakap baik-baik.bukan kita tengking. Bukan kita jerit-jerit kan?kenapa? Cuma kita tak boleh paksa tapi ayah mana sanggup tengok anak dia tak bahagia?tiada..

Yang ketiga, dia kata dengan eyra yang dia betul-betul tak nak dengan perempuan tu pun. Tapi kenapa bersetuju? Kenapa tak cakap fikir dulu, kenal dulu, sebab datang dari keluarga yang kuat agama? Bagi pendapat eyra tiada isitilah dijodohkan kalau sendiri pun mau sebenarnya. Cuma perlu jujur jak..jujur, susah sangat untuk jujur? Kalau dia tak mampu tunggu 2 tahun lagi jujur eyra pun takkan paksa dan eyra pun sendiri takkan berharap apapun.

Okay ni semua pertanyaan, eyra pun tak kisah lah dia ada baca kh, family dia kh, isteri dia kh or kawan-kawan dia sekalipun baca eyra tak kisah. Kalau eyra bukan di pihak yang benar pihak sebelah sana boleh PM private pada eyra untuk bagitau kisah sebenar. Eyra menulis ni Cuma untuk dijadikan pengajaran buat orang lain bukan niat buka aib sesiapa sebab eyra pun sepanjang mengenali dia eyra tau eyra pun bukan seorang yang baik, alim dan memberi layanan yang perfect. Eyra ada kekurangan eyra dan mungkin kekurangan itu yang membuat dia tak sanggup kot nak terima eyra dan memilih yang lebih baik dari eyra. Dan eyra pun tak salahkan dia sebab terlalu banyak KEBAIKAN yang dia beri tuk eyra. Banyak bantuan dia pada eyra. Eyra akan ingat kebaikan tu sampai bila-bila.

Mesti hari ni semua tertanya-tanya kenapa eyra tulis kisah ni di Blog, tak nak move on kh? Siapa tak nak lupakan kenangan paling pahit berlaku dalam hidup semua orang nak lupakan tapi napa terkadang kita masih ingat sebab Allah nak kita lihat di sebalik dugaan perlahan-lahan Allah nampakkn ada sebab dia jauhkan diri kita daripada hidup seseorang dan percaya Allah gantikan semuanya dengan sesuatu yang tidak terduga dan untuk pengakhiran kisah eyra, ya eyra yang block dia. Block whatsapp dan facebook dia di kedua-dua akaun facebook eyra. Perempuan tu? Yang akaun facebook pertama eyra, eyra block dia juga tetapi akaun facebook kedua dia dah block awal waktu eyra add as friends. Sebab? Tanyalah dia.sebab eyra tiada langsung jawapan untuk tu. Ya tidak nafikan bila dijodohkan inshaAllah akan kekal sampai bila-bila. Memang redha Mak ayah ada. Redha Allah ada. Tapi pertanyaannya patutkah menyakitkan orang lain? Dan 01 september 2017 mereka sah diijab Kabul kan di kediaman perempuan tu dengan sekali lafaz. Alhamdulilah..semoga bahagia. Korang takkan tau sakit aku rasa sampai korang sendiri atau orang terdekat korang or anak korang sendiri kena benda yang sama. Pecayalah pada aku kifarah tu ada dan hidup kita takkan semestinya bahagia ada dugaan.dan hari ini Allah uji aku dengan beberapa bulan kehadiran engkau sebagai ujian. Aku terima ni semoga Allah beri kebahagiaan untuk ak tepat masanya. Mungkin aku tak mampu bhagiakan mak ayah aku dengan sebuah perkahwinan tapi inshaAllah aku akan hadiahkan mak ayah aku dengan segulung ijazah. Pengorbanan  25 tahun dorang untuk aku. Aku bukan seorang yang baik tapi semoga Allah jauhkan aku dari sifat MEMBERI HARAPAN PADA ORANG dan BERBAHAGIA ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN. Sesungguhnya aku percaya dendam terbaik adalah MEMAAFKAN dan cuba BERSANGKA BAIK. Mungkin Allah Tarik semua ni sebab sikap aku juga so redha dan pasrah.
So pengajaran yang dapat di ambil dari kisah eyra nie. Kita boleh percaya lelaki dan jangan serik untuk kenal Cuma ambil masa jangan cepat percaya sebab tak nak pisang berbuah dua kali orang kata dan bila dia jadi Tunang orang apa yang perlu kita buat? Tolong lah berpaling dan langkah lah dengan bergaya tiada apa yang boleh ditunggu lagi. Anggap jak apa yang dia cakap tu semua Cuma sebab “MULUT MANIS” kalau sekarang dia tak mampu pertahankan diri kau, kau fikir lah kemudian hari nanti apa jadi dengan hubungan kau, hubungan kau dengan mertua kau, takkan kemana juga. Pertahankan sesuatu yang takkan beri manfaat tu adalah sesuatu perbuatan sia-sia macamlah tunggu kapal terbang tapi tiada beli tiket..hahahhaha…
Nie nasihat eyra buat sesiapa yang tengah angau dengan “ORANG PUNYA” tu.. or lebih details dia, “BOYFRIEND/GIRLFRIEND, TUNANG, SUAMI/ISTERI ORANG” ni ada beberapa perkara eyra nak korang fikir dan korang hadam elok-elok taw.

  1. 1.       SET DIMINDA DIA MILIK ORANG

Okay cuba bayangkan diri kamu di situasi pasangan kepada “ORANG PUNYA” tu, apa perasaan kita bila orang yang sangat kita sayang, tempat kita bergantung harapan, orang yang bakal jadi ayah or ibu kepada anak kita dirampas orang? Takkan korang nak jawab kat eyra “EYRA SAYA HAPPY KALAU ORANG YANG SAYA SYG DIRAMPAS”. Tiada siapa akan jawab mcm tu kecuali orang yang betul-betul tidak sayang.

  1. 2.       FIZIKAL DAN DALAMAN DIA DISEBABKAN PASANGAN DIA

Okay apa yang eyra cuba maksudkan ni, korang tau tak kenapa suami orang tu penyayang? Bukan sebab dia memang natural macam tu, tapi isteri dia yang menjadikan dia seorang penyayang. Kenapa suami orang tu hebat berkerjaya? Kerana dia ada seorang wanita yang dipanggil isteri di belakang yang selalu mendukung dia sampai dia Berjaya. Kau? Ya Cuma menumpang kekayaan dia. Dia pandai bergaya dan smart? Sebab ada seorang wanita yang dipanggil isteri yang sanggup berdiri di belakang dia yang berkorban kecantikan dirinya, masanya untuk suaminya. Alih-alih suaminya gunakan semuanya untuk secara tidak sengaja or sengaja buat kau terpesona. Tau tak kenapa isteri orang pandai serba serbi? Tu kadang-kadang bukan sifat semulajadi tetapi semuanya kerana bimbingan seorang suami. Dorongan seorang suami sebagai contoh yang eyra boleh bagi korang tak tau sebelum ni perempuan tu boleh tak masak.korang tau tak betapa suaminya menahan tekak makan masakan isteri sampai isterinya pandai masak?..sebab tu lah katakan tidak pada TUNANG,SUAMI/ISTERI orang.

  1. 3.       BAYANGKAN BENDA TU JADI KAT MAK AYAH KITA

Kenapa mak ayah, sebab dorang adalah manusia pertama kita sayang waktu buka mata dan lahir kedunia. Bayangkan saja kalau ayah kita tu dirampas oleh seorang perempuan yang kita tak nak pun dia wujud.apa perasaan kita masa tu? Happy dapat mama baru? Tidak kita sendiri pun akan sakit hati jadi kenapa kita nak merampas ayah or bakal ayah seseorang.
Begitu juga dengan sebaliknya.

  1. 4.       KITA BUKAN SESIAPA PUN

Letakkan dalam diri kita. Kita bukan sesiapa pun sebab dia boleh jak tinggalkan kita sama macam dia buat pada suami/isteri dia.dia boleh manipulasi kita sampai kita percaya dia jodoh. Syg berkahwin dengan suami orang kita boleh elak.terpulang kepada kita. Jangan percaya pun kalau kita ni Berjaya jadi isteri kedua.jangan lupa syg dia ada 2 ruang lagi untuk di isi oleh madumu..dan waktu bercinta kau akan pandang semua manis selepas berkahwin kau akan tau nilai perkahwinan tu bukan hanya soal cinta tapi tanggungjawab dan keadilan serta hak kau.

Kalau dia tunang orang? Kau jangan berharap dia akan jadi milik kau. Sebab kalau dia betul sayang kau dia takkan bertunang pun. Dan kau pun kena fikir kalau seorang lelaki tidak mulakan sesuatu langkah ke hubungan lebih serius semua tidak akan terjadi dan lelaki tu yang tidak belajar tundukkn pandangan ni lah orang istilah kan waktu tunang kita akan Nampak banyak orang lebih baik dari tunang kita.begitulah sebaliknya dengan perempuan. Kalau boyfriend orang pula? Tidak payah lah kacau sebab kalau dia suka kau dia tidak akan jadi boyfriend orang tu dan begitu juga buat girlfriend orang.Kebaikan akan dibalas kebaikan. Kejahatan kita dibalas juga dengan kejahatan sebab roda hidup berputar hari ni kita buat orang jatuh sejatuh-jatuhnya esok lusa kalau tak jadi pada kita akan jadi pada keturunan kita.mana tau kan. Kita bukan tuhan. Kita Cuma rancang Allah tentukan semuanya. PErcayalah Allah kenalkan seseorang kepada kita ada sebab semuanya dan jangan kata ALLAH tu Kejam..jangan pernah kata sekalipun.sebab Allah lebih tau yang terbaik untuk kita.dan korang kena tau juga hubungan dengan “ORANG PUNYA” takkan kemana kekadang. Bukan kata tidak Berjaya. Berjaya tapi mampu kah kau tahan betapa peritnya berkongsi? Kalau baju korang pun korang susah nak share dengan orang apalagi suami..so berfikirlah dengan waras.

So kepada sesiapa yang tidak berkenan  pada entry ni anda boleh PM saya di FB, IG, WECHAT or direct komen di bawah. Saya menerima segala apa nasihat yang anda beri. Anda bagi tapi ingat jangan sampai menghina orang sebab kita manusia pendosa tanpa noktah. Akhir kata, yang baik tu semuanya datang dari Allah, yang buruk tu semuanya datang dari diri saya sendiri dan mohon doanya semoga Allah berikan kebaikan disebalik dugaan yang jadi pada diri eyra.amin..

Sekian. Asssalammualaikum

Tuesday, August 22, 2017

SITE VISIT SINGAPORE

Assalammualaikum Semua, lama suda Eyra tidak update ni blog, so hari ni eyra mau share sama kamu mengenai site visit CAKARAWALA STUDIO ke SINGAPORE. Sebenarnya site visit dah lama buat Cuma belum ada masa terluang eyra untuk update dekat blog. Apa yang SYOK sangat dengan Singapore. Untuk pandangan peribadi Eyra Singapore mempunyai sistem LRT yang sangat mudah difahami perjalanannya. So jangan risau pada mulanya mungkin akan tersesat tapi dalam masa sehari sahaja banyak kita boleh faham sistem Laluan LRT ni. Selain itu, Eyra sangat meminati senibina yang ada di Singapore. Sangat unik dan cantik kalau korang datang Singapore Korang sendiri akan rasa “Wah..”. Singapore ni juga yang bestnya untuk sesiapa yang mengamalkan gaya hidup sihat. Boleh lah duduk Singapore. Kenapa? Sbb selama kami berada di Singapore kami jarang guna kenderaan kecuali LRT dan bas,kami hanya berjalan kaki. Best kn? Bagi pendapat eyra Singapore adalah salah satu contoh bandar sihat dan Malaysia boleh contohi negara Singapore dalam sistem pejalan kaki.

Sepanjang 4 hari 3 malam berada di Singapore banyak pembangunan yang dapat dilihat. Yalah, dah belajarnya perancang bandar kan? Kami bertolak pada waktu tengah hari ke Singapore, sampai di Singapore kami menaiki LRT dr airport ke Bugis street untuk check in Hostel. Alhamdulilah Hostel memuaskan hati. Kami menginap di shophouse Hostel. Apa yang best tentang hostel nie? Yang pertama sebab dikelilingi dengan kedai-kedai jadi boleh lah shopping untuk dijadikan cenderahati balik Malaysia. Kedua, sebab lepas kita makan kat restoran ataupun kedai kat luar balik hostel kita boleh bakar kalori sebab hostel kami hanya menggunakan tangga jadi sesiapa yang dapat tingkat atas tu banyak lah kalori kena bakar kan? (termasuk eyra yang kena duduk tingkat atas tu). Ketiga, sebab ada wifi, so buat sesiapa yang tak nak beli simkad Singapore atau gunakan data roaming boleh lah balik hostel guna wifi tuk update whatsapp, wechat, Instagram, facebook, bigolive, twitter dan semualah..hahahaha.. Keempat, best sebab hostel ni ada Rooftop so boleh lah santai-santai, relaks-relaks sambal tengok pemandangan yang cntik waktu malam dan pagi sekitar kawasan hostel ini terletak. Kelima, best sebab dia sediakan sudu,pinggan, gula, heater, disediakan sarapan pagi dan jajan. Banyak kan bestnya SHOPHOUSE HOSTEL nie.




HOSTE; KAMI 4 HARI 3 MLM

Seterusnya, malam tu kami ke MARINA BAY SINGAPORE. Apa bestnya kat tempat ni. Mesti ramai dah tau kan? Tempat ni terletaknya satu bangunan yang mempunyai senibina arkiteknya sangat unik iaitu bangunan yang kat atas sekalinya terdapat bangunan berbentuk kapal.sangat cantik dan berhadapan dengan kita boleh tengok satu kawasan taman yang sangat cantik iaitu garden by the bay. Apa yang cantik tentang garden by the bay. Bukan sahaja taman biasa tetapi taman yang sangat besar, berwarna – warni dan futuristik.kami juga boleh menyusuri sepanjang sungai dengan berjalan kaki. Apa yang bestnya tempat ni juga adalah pejalan kakinya saling berhubung dan mempunyai perkhidmatan basikal juga tau. Selepas itu kami bertolak balik ke hostel dan berehat setelah satu hari yang memenatkan.
SENIBINA ARKITEK YG UNIK


GARDEN BY THE BAY


Hari seterusnya pula, kami ke URA pada sebelah pagi, apa itu URA? URA tu singkatan untuk URBAN DEVELOPMENT AUTHORITY (URA). Tujuan kami ke URA ni adalah untuk melihat bagaimana pembangunan yang akan dilaksanakan di Singapore. Banyak ilmu yang dapat. Tentang concept plan, master plan, teknologi Singapore, idea-idea pembangunan Singapore. Macam begini lah bila kita jadi student Perancang bandar, untuk majukan sesuatu bandar kita kena tengok negara yang lebih maju sebagai contoh. Okay,  lagi satu apa yang URA ni eyra sangat tertarik dengan satu lukisan yang dihasilkan oleh seseorang.lukisan yang sangat menarik. Lepas tu dalam hati eyra cakap, “Eh, bila lah aku sendiri nak pandai lukis macam ni” dia Cuma mengambil masa yang singkat untuk menghafal negara Singapore dan melukisnya dan apa yang lebih uniknya sebab Lelaki ini istimewa berbanding orang lain. Selepas ke URA kami bertolak ke destinasi paling best. Orang kata shopping best.hahaha.. destinasi seterusnya adalah China Town. Lebih kepada adat2 cina. Kat sni kita boleh lah nak beli ole-ole untuk keluarga tu. Semua ada kat sini. Baju, keychain, magnet.Habis dah Shopping kami ke lokasi seterusnya iaitu Clarke Quay.kami juga sempat solat di Masjid Omar Kampong Melaka. Tengok dari senibinanya masjid ini seperti rumah biasa dan bestnya masjid ni dia menyediakan mesin air yang tak perlu dibayar dan hanya perlu bersedekah sahaja seikhlas kita. Selepas solat kami berjalan-jalan sekitar Clarke Quay. Tempat yang sangat cantik. Clarke Quay ni adalah kawasan shopping mall da bestnya Clarke Quay ni kita boleh menaiki river cruise. Sepanjang sungai juga dibangunkan kawasan komersial. Menarik kan? Okay selepas tu kami balik semula ke bugis street dan berjalan sekitar haji lanes. Haji lanes ni adalah dimana kita boleh Nampak salah satu masjid dimana masjid ni setahu saya adalah salah satu masjid yang dibenarkan untuk melaungkan azan dana pa bestnya masjid ni? Lepas kita tunaikan kewajipan kita dengan Allah kita boleh pergi shopping cari cenderahati untuk dibawa balik.makan di kawasan haji lanes dan haji lanes juga mempunyai pasar malam.sama macam Malaysia. Dan benda yang lain dapat dilihat masjid di kawasan haji lanes ini tidak terdapatnya tempat letak kereta jadi kesesakan lalu lintas tidak berlaku.hmm.lepas tu eyra terfikir nak buat Masjid kat tempat eyra (SIPITANG) buat macam Singapore..hehehe..Okay selepas tu kami balik ke hostel dan berehat untuk destinasi seterusnya keesokkan harinya.

LUKISAN DI URA

MASJID

SALAH SATU VIEW DI CLARKE QUAY

MASJID OMAR KAMPONG MELAKA

Hari ketiga, awal pagi dah kami bergerak untuk Piknik di Botanic garden. Kawasan yang sangat luas. Cuma tidak sanggup nak jelajah lebih..hahaha..di Botanic garden ni kita boleh lihat ramai orang meluangkan masa untuk beriadah, bersantai sambil bermain gitar dan pelbagai aktiviti fizikal lagi. Seterusnya, kmi meneruskan perjalanan ke vivo Mall dan berjalan kaki untuk ke Sentosa Island.Selain berjalan kaki kita juga boleh menaiki cable car. Tapi biasalah student kami memilih untuk berjalan kaki beberapa kilometre untuk sampai ke Sentosa Island. OK apa yang bestnya kat Sentosa Island ni? Kat Sentosa Island nilah terletaknya Universel Studio, pelbagai senibina kita boleh lihat kat Sentosa Island ni. Dan pelbagai galeri di sediakan di Sentosa Island.Untuk Budak-budak atau dewasa yang meminati Coklat dan gula-gula di Sentosa Island juga terdapat kedai Coklat dan gula-gula. Destinasi seterusnya adalah Orchard road.Orchard road apa yang bestnya adalah kita boleh mengunakan pejalan kaki yang terdapat di sepanjang jalan ataupun pejalan kaki yang terdapat di bawah dan melalui kedai-kedai.Selain itu,Sepajang kawasan pejalan kaki di Orchard road. Terdapat beberapa peniaga yang menjual aiskrim tetapi bukan guna kon tu erk..guna roti atau pun wafer. Destinasi terakhir kami pada malam terakhir di Singapore adalah Landmark Negara Singapore iaitu Merlion park. Apa yang menarik mengenai Merlion Park? Kita boleh tengok bangunan tinggi- tinggi area merlion park ni dan sudah semestinya Landmark negara Singapore itu sendiri harus dan wajib ambil gambar kenang – kenangan. Di Merlion park ni juga kita boleh bersantai bersama keluarga dan bukan itu sahaja bas dan LRT juga mudah didapati taw..so jangan risau mengenai kenderaan.

VIEW BOTANIC GARDEN

OECHARD ROAD

SENTOSA ISLAND

VIEW OF MERLION PARK
LANDMARK OF MERLION PARK

Hari Terakhir Berada di SINGAPURA, kami memulakan langkah kaki kami menuju ke Malay Heritage Centre. Di sini boleh kita belajar banyak mengenai sejarah Melayu. Dan kami Berangkat balik ke Puncak alam dengan menaiki LRT dan kemudian menaiki Bas untuk ke Imigresen Singapore dan Malaysia dan Menaiki Bas yang di tempah khas dari Johor ke Puncak Alam Selangor. So Secara kesimpulan kesemuanya, Singapura adalah salah satu destinasi Menarik untuk korang semua travel dan bercuti. Maaf hana mencoret lebih pula pada hari ini.apapun jika ada salah dari pihak eyra harap di maafkan sesungguhnya yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari diri eyra sendiri. Sekian Assalammualaikum..

PHOTOGRAPHER BY : ZAINUL 

Friday, May 5, 2017

Nature is the ART of ALLAH SWT



Assalammualaikum semua!
lama suda eyra tiada update blog..
so hari nie eyra mau update sbb benda yang eyra mau share dengan korang ni benda dah lama sebenarnya tapi tertangguh di sebabkan beberapa perkara so hari ni baru dapat update, dan seperti yang korang tengok tajuk entry eyra kali nie ada "NATURE IS THE ART OF ALLAH SWT" aktiviti ni sebenarnya dah dua semester eyra ikut tp kali ni mencabar sedikit laluannya apa yang bestnya sangat ikut program ni? bestnya sebab kita akan belajar banyak benda mengenai alam sekitar yalah belajar planner nie bukan bangunan jak kita mau fikir fikir juga manusia, flora dan fauna OH ya..sebelum eyra merepek lebih-lebih program ni dinama SAVE OUR RAIN FOREST (SORR), program ni di anjurkan setahun sekali ataupun 2 sem sekali (ngam kh tu juga)..hahahaha.. kali ni program nie diadakan di TAMAN NEGARA PULAU PINANG..yups mmg tempat yang sangat cantik, pantai yang sangat cantik dan berpeluang tengok penyu..best alhamdulilah..

tau tak apa lg best iaitu mengeratkan silaturahim antara kita dengan orang lain dan memupuk sifat kerjasama sesama pasukan atau pasangan. jangan kata lah kalau tak sakit kaki, bukan saja kaki yang sakit, macam-macam sakit dan berangan lah eyra ni berat turun 2kg kah 4kg kh tengok2 tetap naik 4 kg lg..OMG!! tapi tak apa lh pengalaman tu penting kan. lepas tu nak tau apa lg best? Pelajar TOWN PLANNING dapat ikut program ni secara percuma, alhamdulilah..rezeki jadi student planner. lps tu tak cukup dengan itu kami dapat baju, beg dan botol air lg..best kn?

SO kesimpulannya, kita memang sebagai seorg pelajar amat penting buat kita pembelajaran dalam bilik darjah tetapi kekadang pembelajaran luar bilik darjah itu pun best juga taw, jangan jadi pasif kena aktif.sebab kat luar banyak benda lagi kita belum tengok. Bagi eyra benda mcm ni bukan buang masa tp pengalaman kan so banyak benda kita boleh buat banyak benda kita boleh belajar daripada aktiviti luar bilik kuliah kita.sampai bila cuma pandang shopping mall kn? okaylah rasanya cukup sampai di sini eyra punya bebelan, saja nak share dengan korang. kat bawah ni seperti biasa lah eyra sertakan gambar-gambar wefie.hehehe..akhir kata kalau hana ada buat silap dan salah harap maafkan sebab yang baik tu semuanya datang dari ALLAH SWT..yang buruk tu datang dari diri hana sendiri..
Assalammualaikum..

MY PARTNER SORR

PLANNER STUDENT AND LECTURE

WEFIE DULU BAGI PANAS2 NIE BADAN

HAKAK2 DAH TANAM POKOK AWK2 BILA LG? 

MY CLASSMATES, PROUD WITH THEM


Tuesday, January 17, 2017

Air terjun Hutan Lipur Kanching Rawang




Assalammualaikum semua
nie dikira throwback suda sebenarnya even new year 2k17 sudakan
tapi eyra tetap juga mau cerita
sesiapa area selangor yang mau pergi mandi air terjun tapi tidak terfikir mau pergi air terjun mana
nie eyra cadangkan dengan korang satu tempat bolehlah tempat santai-santai orang bilang..
"AIR TERJUN HUTAN LIPUR KANCHING"
tunggng tblk juga ayat sbnrnya nie..hahaha..nda taulah apa nama sebenarnya tapi jangan risau kalau nda tau tempat nie boleh waze sebab masa eyra pegi pun waze saja mampu..hahaha
even sesat jugalah tapi berbaloi sebab sampai juga hajat mau mandi air terjun kn?
air terjun nie best juga tapi eyra dan kwn-kwn nda lah pergi tinggi sangat
kalau mau pergi air terjun ni kita mesti hiking sikit dulu baru jumpa air terjun so kesimpulannya dimana ada kemahuan di situ ada jalan.kn?hahahaha
ni sebenarnya last minute punya rancangan sebab mula-mula mau ke air terjun chilling tapi memandangkan rasa agak jauh dan hiking pun jauh mana sempat mau mandi air terjun kan?
so pergi lah yang dekat sikit dengan kawasan puncak alam jumpa air terjun ni
okay eyra pun nda tau mau cerita apa lagi tapi kalau mau tau best kh nda kena pergi sendiri taw..hahaha
okaylah seperti biasa eyra akan share gambar tapi nda banyak dan eyra juga akan share video sedikit suasana air terjun ni..
okaylah sampai sini saja bebelan eyra hari ni..
maaf jika ada silap dan salah
semoga memberi sedikit informasi untuk semua..
bai..Assalammualaikum
My girls :)

semangat suda nie mau mandi air terjun



Saturday, January 14, 2017

BANGI WONDERLAND



Assalammualaikum
lama suda Eyra nda update blog ni disebabkan dua perkara, yang pertama malas dan yang kedua belum ada masa berserta idea nak share apa dekat blog
hari ni pula tetiba rajin nak share, Eyra nak share sikit mengenai taman tema
sebenarnya bukan selalu pun pergi taman tema air ni sebab di Sabah pun memang jarang-jarang pergi
tetapi sesiapa yang berminat dan suka pergi taman tema air boleh lah ke BANGI WONDERLAND
sebab apa Bangi Wonderland?
salah satu sebabnya adalah eyra dh merasai sendiri keseronokan taman tema ni
okay sebelum bercerita lebih lanjut lagi mengenai taman tema ni kita kenali dulu latar belakangnya
eyra pun searching dulu sebelum share dekat blog sendiri..hahaha

"Bangi Wonderland Theme Park & Resort telah dibuka kepada orang ramai pada 27 Ogos 2016 dan dibina di kawasan berkeluasan 12 ekarberdekatan Bandar Seri Putra, Bangi. Taman tema ini menawarkan sejumlah 16 jenis permainan berasaskan air kepada pengunjung"
Waktu Operasi

Taman Tema Bangi Wonderland akan beroperasi seperti berikut :- 
  1. Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
  2. Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah Dan Cuti Umum : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
  3. TUTUP pada setiap hari SELASA kecuali semasa cuti sekolah, cuti umum dan cuti sekolah Singapura

      Harga Tiket Masuk
      1. Dewasa : RM58
      2. Kanak-Kanak berketinggian di bawah 130 sentimeter : RM48
      3. Kanak-kanak berketinggian di bawah 90 sentimeter : PERCUMA
      4. Golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas : Diskaun sebanyak 50 peratus

      okay,yang kat atas ni serba sedikit tentang bangi wonderland lah kalau nak tau lebih lanjut lagi boleh lah searching facebook Bangi Wonderland sendiri di
      https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
      dan untuk pengetahuan kalau pergi bangi wonderland nie tak perlu bawa makanan sebab tidak dibenarkan dibawa masuk simpan jer makanan tu dalam kereta erk..hehehe..
      jangan risau taman tema ni menyediakan pelbagai kemudahan untuk kita sebagai pengunjung.
      apa lagi nak share dengan korang erk?
      okay taman tema ni memang menyediakan permainan yang extreme, eyra memang suka even sebenarnya penakut juga tapi atas dasar ingin mencuba kalau nda cuba sampai bila-bila lah kita tengok jak kn? betul nda?
      eyra cuba jak even sebenarnya dalam hati tu Tuhan jak yang tau macam mna takutnya
      siap tutup mata lagi..hahahaha
      memang pengalaman manis eyra dapat alhamdulilah dan hana sangat berterima kasih dengan abg-abg dan kakak yang sudi bawa dan sudi luangkan masa dengan eyra
      kat bawah nie eyra share sikit gambar-gambar kenangan dan video yang eyra edit..

      dengan kakak sebilik (kak hanis)

      Arif,Adie,Faiz
      salah satu gelagat eyra dan diorang..hehehe

      maklum eyra bukan ada Go Pro,mana ada camera kalis air so tak dapat nak rakam sangat suasana best tu macm mna so doa-doakan saya dapat rezeki yang melimpah ruah erk..hehehe.. tapi kalau nak tau best atau tidak korang kena datang sendiri ke bangi wonderland ni..okay?
      sekian coretan daripada budak kuat bebel nie harap entri ni memberi sedikit maklumat untuk korang dan da manfaat..Insha Allah..

      memory with them :)
      nice to know you all :)

      Kalau ada sumur di ladang,
      bolehlah saya menumpang mandi,
      kalau ada umur dan rezeki yang panjang,
      bolehlah kita jelajah mana-mana tempat menarik lagi,
      sekian
      assalammualaikum semua
      yang baik tu dtg dari Allah yang buruk tu dtg dari diri saya sendiri

      video Bangi WOnderland