Saturday, September 9, 2017

BUKAN JODOH? ADA HIKMAH



Assalammualaikum, mau habis cuti baru eyra dapat update blog, okay untuk hari ni  tajuk entry eyra tersasar sikit dari entry sebelum ni. Apa yang eyra akan kongsi ni bukan niat aibkan sesiapa sebab eyra tak mention pun nama sesiapa kecuali ada orang terasa hati. Tipulah kalua tidak terkesan didalam hati ni. Okay eyra pun tak nak membebel panjang. Ringkaskan dan padat kan.  Kisah ni baru berlaku pada diri eyra dan yang mana buruk jadikan sebagai pengajaran dan yang baik ambil jadikan teladan. Eyra mengenali seorang lelaki, entah kenapa bila semakin rapat dan rapat eyra rasa bagaikan “kenapa Allah kirim dia untuk aku”.First jumpa eyra masih ingat lagi dia ajak eyra makan sate minang dan makin lama makin lama kami menjadi semakin rapat. Dia orangnya sangat baik. Dia banyak tolong eyra dalam urusan assignment eyra dan eyra menganggap mungkin dialah Allah beri sebagai pelindung dan penolong.

Tapi selepas 3 bulan, kisah yang eyra tidak sangka pun akan terjadi. Bermula semasa mau balik raya, untuk pengetahuan korang dia jugalah hantar eyra ke airport walaupun dia sebenarnya tak tau pun jalan sangat ke KLIA2. Dia bawa bersama dua orang anak buah dia yang sangat comel dan eyra sangat suka Cuma eyra memang kekadang jenis susah ma uterus rapat dengan orang ambil masa. EYra hargai juga sebab dia banyak bantu eyra sepanjang semester 4 sampailah habis semester tapi mana nak sangka hujan di tengah-tengah hari kan? Aku di kabarkan dengan satu berita yang kurang menyenangkan hati. Masa tu aku kata dalam hati adakah ni dugaan aku dengan dia atau Allah nak hadirkan sesuatu pengajaran dalam hidup aku. Okay apa beritanya kn? Dia akan di kahwinkan dengan seorang wanita pilihan ibu dan ayah dia. Apa korang rasa kalau orang yang gila-gila rapat dan sangka orang yang akan sayang korang sangat-sangat serta pcayalah mungkin dia jodoh korang tetiba nak kawin dengan orang lain. Susah nak diterima hati. Balik semula ke U, eyra pun jumpa cuba nak dapatkan jalan penyelesaian tapi eyra Cuma jumpa jalan buntu dan jalan yang tidak akan diterima sesiapa. Dengan pasrah hana relakan dia bertunang waktu tu masuk suda cuti semester baru dua minggu. Tapi dia still contact eyra. Eyra still contact tapi entahlah semakin hari eyra Nampak sesuatu yang banyak buka mata eyra.bukan dia tiada minta maaf ya dia minta maaf dan eyra maafkan dia.Cuma makin hari eyra terlalu banyak persoalan yang bermain di minda. Dan eyra akan selalu ingat kata-kata dia “AWAK PEREMPUAN BAIK-BAIK DAN SAYA ADALAH ORANG PALING RUGI TIDAK MEMILIKI AWAK”. Tapi bukan soal kata-kata ni tapi..

Antara persoalan hati eyra, dia anak lelaki dia yang tentukan pilihan dia, sebab dia anak lelaki. Ya eyra pun tidak nafikan juga cakap mak ayah dia tu dia patut dengar sebab dorg yang jadikan dia manusia berguna sekarang ni. Tapi soal orang yang dia nak hidup  seumur hidup dia kenapa dia tidak berhak untuk memilih pun.kenapa? dan adakah kalau kita memilih dengan siapa kita mahu kawin tu tandanya kita anak derhaka?niat kita kah mau lawan cakap mak ayah sedangkan bila kita dah dewasa terpulang kepada kita untuk memilih agama apa, mungkin kita dilahirkan sebagai non muslim dan bila dewasa kita nak jadi seorang muslim, salah kah? Tidakkn so kenapa kawin tu mnjadi sesuatu yang harus dipilihkan sedangkn kita mampu memilih dan percayalah mak-mak ayah-ayah di luar sana tiada niat seorang anak pun untuk derhaka pada kamu Cuma berikan lah dia ruang untuk memilih dengan siapa dia nak hidup.

Yang kedua, eyra ada cakap cuba bawa bincang dengan mak ayah baik-baik. Katanya dia tak sampai hati sebab ayah dia ada sakit jantung dan dia tak nak bila bantah cakap ayah dia nanti ayah dia sakit takut ayah dia..sendiri lah mau faham orang tu masih hidup so eyra pun tak nak cakap sebab kata-kata tu satu doa kan? Eyra bukan doctor bukan juga Nurse tapi ayah dia akan terus pengsan or apa-apa sjalh kalau kita sebagai anak datang dengan ayah kita cakap baik-baik.bukan kita tengking. Bukan kita jerit-jerit kan?kenapa? Cuma kita tak boleh paksa tapi ayah mana sanggup tengok anak dia tak bahagia?tiada..

Yang ketiga, dia kata dengan eyra yang dia betul-betul tak nak dengan perempuan tu pun. Tapi kenapa bersetuju? Kenapa tak cakap fikir dulu, kenal dulu, sebab datang dari keluarga yang kuat agama? Bagi pendapat eyra tiada isitilah dijodohkan kalau sendiri pun mau sebenarnya. Cuma perlu jujur jak..jujur, susah sangat untuk jujur? Kalau dia tak mampu tunggu 2 tahun lagi jujur eyra pun takkan paksa dan eyra pun sendiri takkan berharap apapun.

Okay ni semua pertanyaan, eyra pun tak kisah lah dia ada baca kh, family dia kh, isteri dia kh or kawan-kawan dia sekalipun baca eyra tak kisah. Kalau eyra bukan di pihak yang benar pihak sebelah sana boleh PM private pada eyra untuk bagitau kisah sebenar. Eyra menulis ni Cuma untuk dijadikan pengajaran buat orang lain bukan niat buka aib sesiapa sebab eyra pun sepanjang mengenali dia eyra tau eyra pun bukan seorang yang baik, alim dan memberi layanan yang perfect. Eyra ada kekurangan eyra dan mungkin kekurangan itu yang membuat dia tak sanggup kot nak terima eyra dan memilih yang lebih baik dari eyra. Dan eyra pun tak salahkan dia sebab terlalu banyak KEBAIKAN yang dia beri tuk eyra. Banyak bantuan dia pada eyra. Eyra akan ingat kebaikan tu sampai bila-bila.

Mesti hari ni semua tertanya-tanya kenapa eyra tulis kisah ni di Blog, tak nak move on kh? Siapa tak nak lupakan kenangan paling pahit berlaku dalam hidup semua orang nak lupakan tapi napa terkadang kita masih ingat sebab Allah nak kita lihat di sebalik dugaan perlahan-lahan Allah nampakkn ada sebab dia jauhkan diri kita daripada hidup seseorang dan percaya Allah gantikan semuanya dengan sesuatu yang tidak terduga dan untuk pengakhiran kisah eyra, ya eyra yang block dia. Block whatsapp dan facebook dia di kedua-dua akaun facebook eyra. Perempuan tu? Yang akaun facebook pertama eyra, eyra block dia juga tetapi akaun facebook kedua dia dah block awal waktu eyra add as friends. Sebab? Tanyalah dia.sebab eyra tiada langsung jawapan untuk tu. Ya tidak nafikan bila dijodohkan inshaAllah akan kekal sampai bila-bila. Memang redha Mak ayah ada. Redha Allah ada. Tapi pertanyaannya patutkah menyakitkan orang lain? Dan 01 september 2017 mereka sah diijab Kabul kan di kediaman perempuan tu dengan sekali lafaz. Alhamdulilah..semoga bahagia. Korang takkan tau sakit aku rasa sampai korang sendiri atau orang terdekat korang or anak korang sendiri kena benda yang sama. Pecayalah pada aku kifarah tu ada dan hidup kita takkan semestinya bahagia ada dugaan.dan hari ini Allah uji aku dengan beberapa bulan kehadiran engkau sebagai ujian. Aku terima ni semoga Allah beri kebahagiaan untuk ak tepat masanya. Mungkin aku tak mampu bhagiakan mak ayah aku dengan sebuah perkahwinan tapi inshaAllah aku akan hadiahkan mak ayah aku dengan segulung ijazah. Pengorbanan  25 tahun dorang untuk aku. Aku bukan seorang yang baik tapi semoga Allah jauhkan aku dari sifat MEMBERI HARAPAN PADA ORANG dan BERBAHAGIA ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN. Sesungguhnya aku percaya dendam terbaik adalah MEMAAFKAN dan cuba BERSANGKA BAIK. Mungkin Allah Tarik semua ni sebab sikap aku juga so redha dan pasrah.
So pengajaran yang dapat di ambil dari kisah eyra nie. Kita boleh percaya lelaki dan jangan serik untuk kenal Cuma ambil masa jangan cepat percaya sebab tak nak pisang berbuah dua kali orang kata dan bila dia jadi Tunang orang apa yang perlu kita buat? Tolong lah berpaling dan langkah lah dengan bergaya tiada apa yang boleh ditunggu lagi. Anggap jak apa yang dia cakap tu semua Cuma sebab “MULUT MANIS” kalau sekarang dia tak mampu pertahankan diri kau, kau fikir lah kemudian hari nanti apa jadi dengan hubungan kau, hubungan kau dengan mertua kau, takkan kemana juga. Pertahankan sesuatu yang takkan beri manfaat tu adalah sesuatu perbuatan sia-sia macamlah tunggu kapal terbang tapi tiada beli tiket..hahahhaha…
Nie nasihat eyra buat sesiapa yang tengah angau dengan “ORANG PUNYA” tu.. or lebih details dia, “BOYFRIEND/GIRLFRIEND, TUNANG, SUAMI/ISTERI ORANG” ni ada beberapa perkara eyra nak korang fikir dan korang hadam elok-elok taw.

  1. 1.       SET DIMINDA DIA MILIK ORANG

Okay cuba bayangkan diri kamu di situasi pasangan kepada “ORANG PUNYA” tu, apa perasaan kita bila orang yang sangat kita sayang, tempat kita bergantung harapan, orang yang bakal jadi ayah or ibu kepada anak kita dirampas orang? Takkan korang nak jawab kat eyra “EYRA SAYA HAPPY KALAU ORANG YANG SAYA SYG DIRAMPAS”. Tiada siapa akan jawab mcm tu kecuali orang yang betul-betul tidak sayang.

  1. 2.       FIZIKAL DAN DALAMAN DIA DISEBABKAN PASANGAN DIA

Okay apa yang eyra cuba maksudkan ni, korang tau tak kenapa suami orang tu penyayang? Bukan sebab dia memang natural macam tu, tapi isteri dia yang menjadikan dia seorang penyayang. Kenapa suami orang tu hebat berkerjaya? Kerana dia ada seorang wanita yang dipanggil isteri di belakang yang selalu mendukung dia sampai dia Berjaya. Kau? Ya Cuma menumpang kekayaan dia. Dia pandai bergaya dan smart? Sebab ada seorang wanita yang dipanggil isteri yang sanggup berdiri di belakang dia yang berkorban kecantikan dirinya, masanya untuk suaminya. Alih-alih suaminya gunakan semuanya untuk secara tidak sengaja or sengaja buat kau terpesona. Tau tak kenapa isteri orang pandai serba serbi? Tu kadang-kadang bukan sifat semulajadi tetapi semuanya kerana bimbingan seorang suami. Dorongan seorang suami sebagai contoh yang eyra boleh bagi korang tak tau sebelum ni perempuan tu boleh tak masak.korang tau tak betapa suaminya menahan tekak makan masakan isteri sampai isterinya pandai masak?..sebab tu lah katakan tidak pada TUNANG,SUAMI/ISTERI orang.

  1. 3.       BAYANGKAN BENDA TU JADI KAT MAK AYAH KITA

Kenapa mak ayah, sebab dorang adalah manusia pertama kita sayang waktu buka mata dan lahir kedunia. Bayangkan saja kalau ayah kita tu dirampas oleh seorang perempuan yang kita tak nak pun dia wujud.apa perasaan kita masa tu? Happy dapat mama baru? Tidak kita sendiri pun akan sakit hati jadi kenapa kita nak merampas ayah or bakal ayah seseorang.
Begitu juga dengan sebaliknya.

  1. 4.       KITA BUKAN SESIAPA PUN

Letakkan dalam diri kita. Kita bukan sesiapa pun sebab dia boleh jak tinggalkan kita sama macam dia buat pada suami/isteri dia.dia boleh manipulasi kita sampai kita percaya dia jodoh. Syg berkahwin dengan suami orang kita boleh elak.terpulang kepada kita. Jangan percaya pun kalau kita ni Berjaya jadi isteri kedua.jangan lupa syg dia ada 2 ruang lagi untuk di isi oleh madumu..dan waktu bercinta kau akan pandang semua manis selepas berkahwin kau akan tau nilai perkahwinan tu bukan hanya soal cinta tapi tanggungjawab dan keadilan serta hak kau.

Kalau dia tunang orang? Kau jangan berharap dia akan jadi milik kau. Sebab kalau dia betul sayang kau dia takkan bertunang pun. Dan kau pun kena fikir kalau seorang lelaki tidak mulakan sesuatu langkah ke hubungan lebih serius semua tidak akan terjadi dan lelaki tu yang tidak belajar tundukkn pandangan ni lah orang istilah kan waktu tunang kita akan Nampak banyak orang lebih baik dari tunang kita.begitulah sebaliknya dengan perempuan. Kalau boyfriend orang pula? Tidak payah lah kacau sebab kalau dia suka kau dia tidak akan jadi boyfriend orang tu dan begitu juga buat girlfriend orang.Kebaikan akan dibalas kebaikan. Kejahatan kita dibalas juga dengan kejahatan sebab roda hidup berputar hari ni kita buat orang jatuh sejatuh-jatuhnya esok lusa kalau tak jadi pada kita akan jadi pada keturunan kita.mana tau kan. Kita bukan tuhan. Kita Cuma rancang Allah tentukan semuanya. PErcayalah Allah kenalkan seseorang kepada kita ada sebab semuanya dan jangan kata ALLAH tu Kejam..jangan pernah kata sekalipun.sebab Allah lebih tau yang terbaik untuk kita.dan korang kena tau juga hubungan dengan “ORANG PUNYA” takkan kemana kekadang. Bukan kata tidak Berjaya. Berjaya tapi mampu kah kau tahan betapa peritnya berkongsi? Kalau baju korang pun korang susah nak share dengan orang apalagi suami..so berfikirlah dengan waras.

So kepada sesiapa yang tidak berkenan  pada entry ni anda boleh PM saya di FB, IG, WECHAT or direct komen di bawah. Saya menerima segala apa nasihat yang anda beri. Anda bagi tapi ingat jangan sampai menghina orang sebab kita manusia pendosa tanpa noktah. Akhir kata, yang baik tu semuanya datang dari Allah, yang buruk tu semuanya datang dari diri saya sendiri dan mohon doanya semoga Allah berikan kebaikan disebalik dugaan yang jadi pada diri eyra.amin..

Sekian. Asssalammualaikum

No comments:

Post a Comment