Assalammualaikum
lama suda Eyra nda update blog ni disebabkan dua perkara, yang pertama malas dan yang kedua belum ada masa berserta idea nak share apa dekat blog
hari ni pula tetiba rajin nak share, Eyra nak share sikit mengenai taman tema
sebenarnya bukan selalu pun pergi taman tema air ni sebab di Sabah pun memang jarang-jarang pergi
tetapi sesiapa yang berminat dan suka pergi taman tema air boleh lah ke BANGI WONDERLAND
sebab apa Bangi Wonderland?
salah satu sebabnya adalah eyra dh merasai sendiri keseronokan taman tema ni
okay sebelum bercerita lebih lanjut lagi mengenai taman tema ni kita kenali dulu latar belakangnya
eyra pun searching dulu sebelum share dekat blog sendiri..hahaha
"Bangi Wonderland Theme Park & Resort telah dibuka kepada orang ramai pada 27 Ogos 2016 dan dibina di kawasan berkeluasan 12 ekarberdekatan Bandar Seri Putra, Bangi. Taman tema ini menawarkan sejumlah 16 jenis permainan berasaskan air kepada pengunjung"
Waktu Operasi
Taman Tema Bangi Wonderland akan beroperasi seperti berikut :-
- Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
- Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah Dan Cuti Umum : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
- TUTUP pada setiap hari SELASA kecuali semasa cuti sekolah, cuti umum dan cuti sekolah Singapura
- Dewasa : RM58
- Kanak-Kanak berketinggian di bawah 130 sentimeter : RM48
- Kanak-kanak berketinggian di bawah 90 sentimeter : PERCUMA
- Golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas : Diskaun sebanyak 50 peratus
okay,yang kat atas ni serba sedikit tentang bangi wonderland lah kalau nak tau lebih lanjut lagi boleh lah searching facebook Bangi Wonderland sendiri di
https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
dan untuk pengetahuan kalau pergi bangi wonderland nie tak perlu bawa makanan sebab tidak dibenarkan dibawa masuk simpan jer makanan tu dalam kereta erk..hehehe..
jangan risau taman tema ni menyediakan pelbagai kemudahan untuk kita sebagai pengunjung.
apa lagi nak share dengan korang erk?
okay taman tema ni memang menyediakan permainan yang extreme, eyra memang suka even sebenarnya penakut juga tapi atas dasar ingin mencuba kalau nda cuba sampai bila-bila lah kita tengok jak kn? betul nda?
eyra cuba jak even sebenarnya dalam hati tu Tuhan jak yang tau macam mna takutnya
siap tutup mata lagi..hahahaha
memang pengalaman manis eyra dapat alhamdulilah dan hana sangat berterima kasih dengan abg-abg dan kakak yang sudi bawa dan sudi luangkan masa dengan eyra
kat bawah nie eyra share sikit gambar-gambar kenangan dan video yang eyra edit..
dengan kakak sebilik (kak hanis) |
Arif,Adie,Faiz |
salah satu gelagat eyra dan diorang..hehehe |
maklum eyra bukan ada Go Pro,mana ada camera kalis air so tak dapat nak rakam sangat suasana best tu macm mna so doa-doakan saya dapat rezeki yang melimpah ruah erk..hehehe.. tapi kalau nak tau best atau tidak korang kena datang sendiri ke bangi wonderland ni..okay?
sekian coretan daripada budak kuat bebel nie harap entri ni memberi sedikit maklumat untuk korang dan da manfaat..Insha Allah..
memory with them :) nice to know you all :) |
Kalau ada sumur di ladang,
bolehlah saya menumpang mandi,
kalau ada umur dan rezeki yang panjang,
bolehlah kita jelajah mana-mana tempat menarik lagi,
sekian
assalammualaikum semua
yang baik tu dtg dari Allah yang buruk tu dtg dari diri saya sendiri
video Bangi WOnderland
WUWUWU...Terbaik...Jom Baca artikel terbaru saya Eyra bah.
ReplyDeletehttp://bualpacakmalaya.blogspot.my/2017/02/5-ciri-ciri-sahabat-yang-baik-di-dalam.html
okay nnty saya baca artikel awak erk encik Pena Hitam.. thanks komennya.. ;)
ReplyDelete