Assalammualaikum Semua, lama suda Eyra tidak update ni blog,
so hari ni eyra mau share sama kamu mengenai site visit CAKARAWALA STUDIO ke
SINGAPORE. Sebenarnya site visit dah lama buat Cuma belum ada masa terluang
eyra untuk update dekat blog. Apa yang SYOK sangat dengan Singapore. Untuk
pandangan peribadi Eyra Singapore mempunyai sistem LRT yang sangat mudah
difahami perjalanannya. So jangan risau pada mulanya mungkin akan tersesat tapi
dalam masa sehari sahaja banyak kita boleh faham sistem Laluan LRT ni. Selain itu,
Eyra sangat meminati senibina yang ada di Singapore. Sangat unik dan cantik
kalau korang datang Singapore Korang sendiri akan rasa “Wah..”. Singapore ni
juga yang bestnya untuk sesiapa yang mengamalkan gaya hidup sihat. Boleh lah
duduk Singapore. Kenapa? Sbb selama kami berada di Singapore kami jarang guna
kenderaan kecuali LRT dan bas,kami hanya berjalan kaki. Best kn? Bagi pendapat
eyra Singapore adalah salah satu contoh bandar sihat dan Malaysia boleh contohi
negara Singapore dalam sistem pejalan kaki.
Sepanjang 4 hari 3 malam berada di Singapore banyak
pembangunan yang dapat dilihat. Yalah, dah belajarnya perancang bandar kan?
Kami bertolak pada waktu tengah hari ke Singapore, sampai di Singapore kami
menaiki LRT dr airport ke Bugis street untuk check in Hostel. Alhamdulilah
Hostel memuaskan hati. Kami menginap di shophouse Hostel. Apa yang best tentang
hostel nie? Yang pertama sebab dikelilingi dengan kedai-kedai jadi boleh lah
shopping untuk dijadikan cenderahati balik Malaysia. Kedua, sebab lepas kita
makan kat restoran ataupun kedai kat luar balik hostel kita boleh bakar kalori
sebab hostel kami hanya menggunakan tangga jadi sesiapa yang dapat tingkat atas
tu banyak lah kalori kena bakar kan? (termasuk eyra yang kena duduk tingkat
atas tu). Ketiga, sebab ada wifi, so buat sesiapa yang tak nak beli simkad
Singapore atau gunakan data roaming boleh lah balik hostel guna wifi tuk update
whatsapp, wechat, Instagram, facebook, bigolive, twitter dan
semualah..hahahaha.. Keempat, best sebab hostel ni ada Rooftop so boleh lah
santai-santai, relaks-relaks sambal tengok pemandangan yang cntik waktu malam
dan pagi sekitar kawasan hostel ini terletak. Kelima, best sebab dia sediakan
sudu,pinggan, gula, heater, disediakan sarapan pagi dan jajan. Banyak kan
bestnya SHOPHOUSE HOSTEL nie.
|
HOSTE; KAMI 4 HARI 3 MLM |
Seterusnya, malam tu kami ke MARINA BAY SINGAPORE. Apa bestnya kat tempat ni.
Mesti ramai dah tau kan? Tempat ni terletaknya satu bangunan yang mempunyai
senibina arkiteknya sangat unik iaitu bangunan yang kat atas sekalinya terdapat
bangunan berbentuk kapal.sangat cantik dan berhadapan dengan kita boleh tengok
satu kawasan taman yang sangat cantik iaitu garden by the bay. Apa yang cantik
tentang garden by the bay. Bukan sahaja taman biasa tetapi taman yang sangat besar,
berwarna – warni dan futuristik.kami juga boleh menyusuri sepanjang sungai
dengan berjalan kaki. Apa yang bestnya tempat ni juga adalah pejalan kakinya
saling berhubung dan mempunyai perkhidmatan basikal juga tau. Selepas itu kami
bertolak balik ke hostel dan berehat setelah satu hari yang memenatkan.
|
SENIBINA ARKITEK YG UNIK |
|
GARDEN BY THE BAY |
Hari seterusnya pula, kami ke URA pada sebelah pagi, apa itu
URA? URA tu singkatan untuk URBAN DEVELOPMENT AUTHORITY (URA). Tujuan kami ke
URA ni adalah untuk melihat bagaimana pembangunan yang akan dilaksanakan di
Singapore. Banyak ilmu yang dapat. Tentang concept plan, master plan, teknologi
Singapore, idea-idea pembangunan Singapore. Macam begini lah bila kita jadi
student Perancang bandar, untuk majukan sesuatu bandar kita kena tengok negara
yang lebih maju sebagai contoh. Okay,
lagi satu apa yang URA ni eyra sangat tertarik dengan satu lukisan yang
dihasilkan oleh seseorang.lukisan yang sangat menarik. Lepas tu dalam hati eyra
cakap, “Eh, bila lah aku sendiri nak pandai lukis macam ni” dia Cuma mengambil
masa yang singkat untuk menghafal negara Singapore dan melukisnya dan apa yang
lebih uniknya sebab Lelaki ini istimewa berbanding orang lain. Selepas ke URA
kami bertolak ke destinasi paling best. Orang kata shopping best.hahaha..
destinasi seterusnya adalah China Town. Lebih kepada adat2 cina. Kat sni kita
boleh lah nak beli ole-ole untuk keluarga tu. Semua ada kat sini. Baju,
keychain, magnet.Habis dah Shopping kami ke lokasi seterusnya iaitu Clarke
Quay.kami juga sempat solat di Masjid Omar Kampong Melaka. Tengok dari
senibinanya masjid ini seperti rumah biasa dan bestnya masjid ni dia
menyediakan mesin air yang tak perlu dibayar dan hanya perlu bersedekah sahaja
seikhlas kita. Selepas solat kami berjalan-jalan sekitar Clarke Quay. Tempat
yang sangat cantik. Clarke Quay ni adalah kawasan shopping mall da bestnya
Clarke Quay ni kita boleh menaiki river cruise. Sepanjang sungai juga
dibangunkan kawasan komersial. Menarik kan? Okay selepas tu kami balik semula
ke bugis street dan berjalan sekitar haji lanes. Haji lanes ni adalah dimana
kita boleh Nampak salah satu masjid dimana masjid ni setahu saya adalah salah
satu masjid yang dibenarkan untuk melaungkan azan dana pa bestnya masjid ni?
Lepas kita tunaikan kewajipan kita dengan Allah kita boleh pergi shopping cari
cenderahati untuk dibawa balik.makan di kawasan haji lanes dan haji lanes juga
mempunyai pasar malam.sama macam Malaysia. Dan benda yang lain dapat dilihat
masjid di kawasan haji lanes ini tidak terdapatnya tempat letak kereta jadi
kesesakan lalu lintas tidak berlaku.hmm.lepas tu eyra terfikir nak buat Masjid
kat tempat eyra (SIPITANG) buat macam Singapore..hehehe..Okay selepas tu kami
balik ke hostel dan berehat untuk destinasi seterusnya keesokkan harinya.
|
LUKISAN DI URA |
|
MASJID |
|
SALAH SATU VIEW DI CLARKE QUAY |
|
MASJID OMAR KAMPONG MELAKA |
Hari ketiga, awal pagi dah kami bergerak untuk Piknik di
Botanic garden. Kawasan yang sangat luas. Cuma tidak sanggup nak jelajah
lebih..hahaha..di Botanic garden ni kita boleh lihat ramai orang meluangkan
masa untuk beriadah, bersantai sambil bermain gitar dan pelbagai aktiviti
fizikal lagi. Seterusnya, kmi meneruskan perjalanan ke vivo Mall dan berjalan
kaki untuk ke Sentosa Island.Selain berjalan kaki kita juga boleh menaiki cable
car. Tapi biasalah student kami memilih untuk berjalan kaki beberapa kilometre
untuk sampai ke Sentosa Island. OK apa yang bestnya kat Sentosa Island ni? Kat
Sentosa Island nilah terletaknya Universel Studio, pelbagai senibina kita boleh
lihat kat Sentosa Island ni. Dan pelbagai galeri di sediakan di Sentosa
Island.Untuk Budak-budak atau dewasa yang meminati Coklat dan gula-gula di
Sentosa Island juga terdapat kedai Coklat dan gula-gula. Destinasi seterusnya
adalah Orchard road.Orchard road apa yang bestnya adalah kita boleh mengunakan pejalan
kaki yang terdapat di sepanjang jalan ataupun pejalan kaki yang terdapat di
bawah dan melalui kedai-kedai.Selain itu,Sepajang kawasan pejalan kaki di
Orchard road. Terdapat beberapa peniaga yang menjual aiskrim tetapi bukan guna
kon tu erk..guna roti atau pun wafer. Destinasi terakhir kami pada malam
terakhir di Singapore adalah Landmark Negara Singapore iaitu Merlion park. Apa
yang menarik mengenai Merlion Park? Kita boleh tengok bangunan tinggi- tinggi
area merlion park ni dan sudah semestinya Landmark negara Singapore itu sendiri
harus dan wajib ambil gambar kenang – kenangan. Di Merlion park ni juga kita
boleh bersantai bersama keluarga dan bukan itu sahaja bas dan LRT juga mudah
didapati taw..so jangan risau mengenai kenderaan.
|
VIEW BOTANIC GARDEN |
|
OECHARD ROAD |
|
SENTOSA ISLAND |
|
VIEW OF MERLION PARK
|
|
LANDMARK OF MERLION PARK |
Hari Terakhir Berada di SINGAPURA, kami memulakan langkah
kaki kami menuju ke Malay Heritage Centre. Di sini boleh kita belajar banyak
mengenai sejarah Melayu. Dan kami Berangkat balik ke Puncak alam dengan menaiki
LRT dan kemudian menaiki Bas untuk ke Imigresen Singapore dan Malaysia dan
Menaiki Bas yang di tempah khas dari Johor ke Puncak Alam Selangor. So Secara
kesimpulan kesemuanya, Singapura adalah salah satu destinasi Menarik untuk
korang semua travel dan bercuti. Maaf hana mencoret lebih pula pada hari
ini.apapun jika ada salah dari pihak eyra harap di maafkan sesungguhnya yang
baik tu datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari diri eyra sendiri. Sekian
Assalammualaikum..
|
PHOTOGRAPHER BY : ZAINUL |
Gambar terakhir tu, nampak menarik.haha. Btw, overall, cerita yg menarik. Ouh ye! Jikalau tak silap, bukan LRT tetapi MRT. Cuba cek pada kad yg kita dpt. Teruskan berkarya di dalam penulisan. Salah satu perkara yg mampu mencorak kehidupan seseorang itu adalah hasil penulisan dan pembacaan...😄
ReplyDeleteyups...perlu dibtulkan..next time akan lebih berhati2..thanks encik Z.A..gambar terakhir tu mmg menarik dan sgt suka..hahahaha
Delete