Tuesday, August 22, 2017

SITE VISIT SINGAPORE

Assalammualaikum Semua, lama suda Eyra tidak update ni blog, so hari ni eyra mau share sama kamu mengenai site visit CAKARAWALA STUDIO ke SINGAPORE. Sebenarnya site visit dah lama buat Cuma belum ada masa terluang eyra untuk update dekat blog. Apa yang SYOK sangat dengan Singapore. Untuk pandangan peribadi Eyra Singapore mempunyai sistem LRT yang sangat mudah difahami perjalanannya. So jangan risau pada mulanya mungkin akan tersesat tapi dalam masa sehari sahaja banyak kita boleh faham sistem Laluan LRT ni. Selain itu, Eyra sangat meminati senibina yang ada di Singapore. Sangat unik dan cantik kalau korang datang Singapore Korang sendiri akan rasa “Wah..”. Singapore ni juga yang bestnya untuk sesiapa yang mengamalkan gaya hidup sihat. Boleh lah duduk Singapore. Kenapa? Sbb selama kami berada di Singapore kami jarang guna kenderaan kecuali LRT dan bas,kami hanya berjalan kaki. Best kn? Bagi pendapat eyra Singapore adalah salah satu contoh bandar sihat dan Malaysia boleh contohi negara Singapore dalam sistem pejalan kaki.

Sepanjang 4 hari 3 malam berada di Singapore banyak pembangunan yang dapat dilihat. Yalah, dah belajarnya perancang bandar kan? Kami bertolak pada waktu tengah hari ke Singapore, sampai di Singapore kami menaiki LRT dr airport ke Bugis street untuk check in Hostel. Alhamdulilah Hostel memuaskan hati. Kami menginap di shophouse Hostel. Apa yang best tentang hostel nie? Yang pertama sebab dikelilingi dengan kedai-kedai jadi boleh lah shopping untuk dijadikan cenderahati balik Malaysia. Kedua, sebab lepas kita makan kat restoran ataupun kedai kat luar balik hostel kita boleh bakar kalori sebab hostel kami hanya menggunakan tangga jadi sesiapa yang dapat tingkat atas tu banyak lah kalori kena bakar kan? (termasuk eyra yang kena duduk tingkat atas tu). Ketiga, sebab ada wifi, so buat sesiapa yang tak nak beli simkad Singapore atau gunakan data roaming boleh lah balik hostel guna wifi tuk update whatsapp, wechat, Instagram, facebook, bigolive, twitter dan semualah..hahahaha.. Keempat, best sebab hostel ni ada Rooftop so boleh lah santai-santai, relaks-relaks sambal tengok pemandangan yang cntik waktu malam dan pagi sekitar kawasan hostel ini terletak. Kelima, best sebab dia sediakan sudu,pinggan, gula, heater, disediakan sarapan pagi dan jajan. Banyak kan bestnya SHOPHOUSE HOSTEL nie.




HOSTE; KAMI 4 HARI 3 MLM

Seterusnya, malam tu kami ke MARINA BAY SINGAPORE. Apa bestnya kat tempat ni. Mesti ramai dah tau kan? Tempat ni terletaknya satu bangunan yang mempunyai senibina arkiteknya sangat unik iaitu bangunan yang kat atas sekalinya terdapat bangunan berbentuk kapal.sangat cantik dan berhadapan dengan kita boleh tengok satu kawasan taman yang sangat cantik iaitu garden by the bay. Apa yang cantik tentang garden by the bay. Bukan sahaja taman biasa tetapi taman yang sangat besar, berwarna – warni dan futuristik.kami juga boleh menyusuri sepanjang sungai dengan berjalan kaki. Apa yang bestnya tempat ni juga adalah pejalan kakinya saling berhubung dan mempunyai perkhidmatan basikal juga tau. Selepas itu kami bertolak balik ke hostel dan berehat setelah satu hari yang memenatkan.
SENIBINA ARKITEK YG UNIK


GARDEN BY THE BAY


Hari seterusnya pula, kami ke URA pada sebelah pagi, apa itu URA? URA tu singkatan untuk URBAN DEVELOPMENT AUTHORITY (URA). Tujuan kami ke URA ni adalah untuk melihat bagaimana pembangunan yang akan dilaksanakan di Singapore. Banyak ilmu yang dapat. Tentang concept plan, master plan, teknologi Singapore, idea-idea pembangunan Singapore. Macam begini lah bila kita jadi student Perancang bandar, untuk majukan sesuatu bandar kita kena tengok negara yang lebih maju sebagai contoh. Okay,  lagi satu apa yang URA ni eyra sangat tertarik dengan satu lukisan yang dihasilkan oleh seseorang.lukisan yang sangat menarik. Lepas tu dalam hati eyra cakap, “Eh, bila lah aku sendiri nak pandai lukis macam ni” dia Cuma mengambil masa yang singkat untuk menghafal negara Singapore dan melukisnya dan apa yang lebih uniknya sebab Lelaki ini istimewa berbanding orang lain. Selepas ke URA kami bertolak ke destinasi paling best. Orang kata shopping best.hahaha.. destinasi seterusnya adalah China Town. Lebih kepada adat2 cina. Kat sni kita boleh lah nak beli ole-ole untuk keluarga tu. Semua ada kat sini. Baju, keychain, magnet.Habis dah Shopping kami ke lokasi seterusnya iaitu Clarke Quay.kami juga sempat solat di Masjid Omar Kampong Melaka. Tengok dari senibinanya masjid ini seperti rumah biasa dan bestnya masjid ni dia menyediakan mesin air yang tak perlu dibayar dan hanya perlu bersedekah sahaja seikhlas kita. Selepas solat kami berjalan-jalan sekitar Clarke Quay. Tempat yang sangat cantik. Clarke Quay ni adalah kawasan shopping mall da bestnya Clarke Quay ni kita boleh menaiki river cruise. Sepanjang sungai juga dibangunkan kawasan komersial. Menarik kan? Okay selepas tu kami balik semula ke bugis street dan berjalan sekitar haji lanes. Haji lanes ni adalah dimana kita boleh Nampak salah satu masjid dimana masjid ni setahu saya adalah salah satu masjid yang dibenarkan untuk melaungkan azan dana pa bestnya masjid ni? Lepas kita tunaikan kewajipan kita dengan Allah kita boleh pergi shopping cari cenderahati untuk dibawa balik.makan di kawasan haji lanes dan haji lanes juga mempunyai pasar malam.sama macam Malaysia. Dan benda yang lain dapat dilihat masjid di kawasan haji lanes ini tidak terdapatnya tempat letak kereta jadi kesesakan lalu lintas tidak berlaku.hmm.lepas tu eyra terfikir nak buat Masjid kat tempat eyra (SIPITANG) buat macam Singapore..hehehe..Okay selepas tu kami balik ke hostel dan berehat untuk destinasi seterusnya keesokkan harinya.

LUKISAN DI URA

MASJID

SALAH SATU VIEW DI CLARKE QUAY

MASJID OMAR KAMPONG MELAKA

Hari ketiga, awal pagi dah kami bergerak untuk Piknik di Botanic garden. Kawasan yang sangat luas. Cuma tidak sanggup nak jelajah lebih..hahaha..di Botanic garden ni kita boleh lihat ramai orang meluangkan masa untuk beriadah, bersantai sambil bermain gitar dan pelbagai aktiviti fizikal lagi. Seterusnya, kmi meneruskan perjalanan ke vivo Mall dan berjalan kaki untuk ke Sentosa Island.Selain berjalan kaki kita juga boleh menaiki cable car. Tapi biasalah student kami memilih untuk berjalan kaki beberapa kilometre untuk sampai ke Sentosa Island. OK apa yang bestnya kat Sentosa Island ni? Kat Sentosa Island nilah terletaknya Universel Studio, pelbagai senibina kita boleh lihat kat Sentosa Island ni. Dan pelbagai galeri di sediakan di Sentosa Island.Untuk Budak-budak atau dewasa yang meminati Coklat dan gula-gula di Sentosa Island juga terdapat kedai Coklat dan gula-gula. Destinasi seterusnya adalah Orchard road.Orchard road apa yang bestnya adalah kita boleh mengunakan pejalan kaki yang terdapat di sepanjang jalan ataupun pejalan kaki yang terdapat di bawah dan melalui kedai-kedai.Selain itu,Sepajang kawasan pejalan kaki di Orchard road. Terdapat beberapa peniaga yang menjual aiskrim tetapi bukan guna kon tu erk..guna roti atau pun wafer. Destinasi terakhir kami pada malam terakhir di Singapore adalah Landmark Negara Singapore iaitu Merlion park. Apa yang menarik mengenai Merlion Park? Kita boleh tengok bangunan tinggi- tinggi area merlion park ni dan sudah semestinya Landmark negara Singapore itu sendiri harus dan wajib ambil gambar kenang – kenangan. Di Merlion park ni juga kita boleh bersantai bersama keluarga dan bukan itu sahaja bas dan LRT juga mudah didapati taw..so jangan risau mengenai kenderaan.

VIEW BOTANIC GARDEN

OECHARD ROAD

SENTOSA ISLAND

VIEW OF MERLION PARK
LANDMARK OF MERLION PARK

Hari Terakhir Berada di SINGAPURA, kami memulakan langkah kaki kami menuju ke Malay Heritage Centre. Di sini boleh kita belajar banyak mengenai sejarah Melayu. Dan kami Berangkat balik ke Puncak alam dengan menaiki LRT dan kemudian menaiki Bas untuk ke Imigresen Singapore dan Malaysia dan Menaiki Bas yang di tempah khas dari Johor ke Puncak Alam Selangor. So Secara kesimpulan kesemuanya, Singapura adalah salah satu destinasi Menarik untuk korang semua travel dan bercuti. Maaf hana mencoret lebih pula pada hari ini.apapun jika ada salah dari pihak eyra harap di maafkan sesungguhnya yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari diri eyra sendiri. Sekian Assalammualaikum..

PHOTOGRAPHER BY : ZAINUL