nie dikira throwback suda sebenarnya even new year 2k17 sudakan
tapi eyra tetap juga mau cerita
sesiapa area selangor yang mau pergi mandi air terjun tapi tidak terfikir mau pergi air terjun mana
nie eyra cadangkan dengan korang satu tempat bolehlah tempat santai-santai orang bilang..
"AIR TERJUN HUTAN LIPUR KANCHING"
tunggng tblk juga ayat sbnrnya nie..hahaha..nda taulah apa nama sebenarnya tapi jangan risau kalau nda tau tempat nie boleh waze sebab masa eyra pegi pun waze saja mampu..hahaha
even sesat jugalah tapi berbaloi sebab sampai juga hajat mau mandi air terjun kn?
air terjun nie best juga tapi eyra dan kwn-kwn nda lah pergi tinggi sangat
kalau mau pergi air terjun ni kita mesti hiking sikit dulu baru jumpa air terjun so kesimpulannya dimana ada kemahuan di situ ada jalan.kn?hahahaha
ni sebenarnya last minute punya rancangan sebab mula-mula mau ke air terjun chilling tapi memandangkan rasa agak jauh dan hiking pun jauh mana sempat mau mandi air terjun kan?
so pergi lah yang dekat sikit dengan kawasan puncak alam jumpa air terjun ni
okay eyra pun nda tau mau cerita apa lagi tapi kalau mau tau best kh nda kena pergi sendiri taw..hahaha
okaylah seperti biasa eyra akan share gambar tapi nda banyak dan eyra juga akan share video sedikit suasana air terjun ni..
lama suda Eyra nda update blog ni disebabkan dua perkara, yang pertama malas dan yang kedua belum ada masa berserta idea nak share apa dekat blog
hari ni pula tetiba rajin nak share, Eyra nak share sikit mengenai taman tema
sebenarnya bukan selalu pun pergi taman tema air ni sebab di Sabah pun memang jarang-jarang pergi
tetapi sesiapa yang berminat dan suka pergi taman tema air boleh lah ke BANGI WONDERLAND
sebab apa Bangi Wonderland?
salah satu sebabnya adalah eyra dh merasai sendiri keseronokan taman tema ni
okay sebelum bercerita lebih lanjut lagi mengenai taman tema ni kita kenali dulu latar belakangnya
eyra pun searching dulu sebelum share dekat blog sendiri..hahaha
"Bangi Wonderland Theme Park & Resort telah dibuka kepada orang ramai pada 27 Ogos 2016 dan dibina di kawasan berkeluasan 12 ekarberdekatan Bandar Seri Putra, Bangi. Taman tema ini menawarkan sejumlah 16 jenis permainan berasaskan air kepada pengunjung"
Waktu Operasi
Taman Tema Bangi Wonderland akan beroperasi seperti berikut :-
Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah Dan Cuti Umum : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
TUTUP pada setiap hari SELASA kecuali semasacuti sekolah, cuti umum dan cuti sekolah Singapura
Harga Tiket Masuk
Dewasa : RM58
Kanak-Kanak berketinggian di bawah 130 sentimeter :RM48
Kanak-kanak berketinggian di bawah 90 sentimeter : PERCUMA
Golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas : Diskaun sebanyak 50 peratus
okay,yang kat atas ni serba sedikit tentang bangi wonderland lah kalau nak tau lebih lanjut lagi boleh lah searching facebook Bangi Wonderland sendiri di
dan untuk pengetahuan kalau pergi bangi wonderland nie tak perlu bawa makanan sebab tidak dibenarkan dibawa masuk simpan jer makanan tu dalam kereta erk..hehehe..
jangan risau taman tema ni menyediakan pelbagai kemudahan untuk kita sebagai pengunjung.
apa lagi nak share dengan korang erk?
okay taman tema ni memang menyediakan permainan yang extreme, eyra memang suka even sebenarnya penakut juga tapi atas dasar ingin mencuba kalau nda cuba sampai bila-bila lah kita tengok jak kn? betul nda?
eyra cuba jak even sebenarnya dalam hati tu Tuhan jak yang tau macam mna takutnya
siap tutup mata lagi..hahahaha
memang pengalaman manis eyra dapat alhamdulilah dan hana sangat berterima kasih dengan abg-abg dan kakak yang sudi bawa dan sudi luangkan masa dengan eyra
kat bawah nie eyra share sikit gambar-gambar kenangan dan video yang eyra edit..
dengan kakak sebilik (kak hanis)
Arif,Adie,Faiz
salah satu gelagat eyra dan diorang..hehehe
maklum eyra bukan ada Go Pro,mana ada camera kalis air so tak dapat nak rakam sangat suasana best tu macm mna so doa-doakan saya dapat rezeki yang melimpah ruah erk..hehehe.. tapi kalau nak tau best atau tidak korang kena datang sendiri ke bangi wonderland ni..okay?
sekian coretan daripada budak kuat bebel nie harap entri ni memberi sedikit maklumat untuk korang dan da manfaat..Insha Allah..
memory with them :) nice to know you all :)
Kalau ada sumur di ladang,
bolehlah saya menumpang mandi,
kalau ada umur dan rezeki yang panjang,
bolehlah kita jelajah mana-mana tempat menarik lagi,
sekian
assalammualaikum semua
yang baik tu dtg dari Allah yang buruk tu dtg dari diri saya sendiri