Friday, May 6, 2016

WELCOME ADULTS AGE EYRA


 SALAM!
"WELCOME TO ADULTS AGE EYRA"
pertama terima kasih kepada Allah SWT sebab eyra dipanjangkan umur oleh Allah
Alhamdulilah lah syukur nikmat
even sebenarnya sedih sikit sebab untuk pertama kalinya jauh daripada family eyra tapi sangat-sangat bersyukur sebab dapat kawan-kawan yang baik dan penyayang sangat dengan eyra.
apa yang menariknya ulang tahun kelahiran tahun nie??
yang menariknya adalah perancang surprise birthday eyra sebenarnya


 tengok gambar kat atas nie, nie lah dia perancang surprise untuk birthday eyra, gila-gila terharu lah sebab dia ambil masa 2 hari untuk rancang surprise ni 
Nor Fazliana Bt Radzali diberi nama dia adalah classmates,housemates smua jenis-jenis mates kot..hahahaha..
apa yang menariknya??
menariklah sebab dah 2 hari rancang so dalam masa 2 hari tu dia buat sesuatu yang menyakitkan hati eyra sebab tak bercakap tak melayan masa birthday sekalipun tak wish...
aaaaaa..stress sebab tak tau apa masalah dia sebenarnya..hahaha
eyra tahan hati tahan mulut nak buka sebab pelik tetiba dia tak nak cakap dah lah satu rumah
dan last sekali baru eyra tau dia lah perancang surprise ni dia buat semua tu sebab nak buat surprise ni dengan melibatkan kawan-kawan lain
thanks so much sebab memahami eyra yang sangat-sangat rindu ni sebenarnya dengan family kat Sabah.
housemates-housemates eyra lah yang tahan hati dengar eyra mengadu rindu nk balik sabah
for the first time cuti tak balik langsung sampai cuti semester tapi tiap kali cuti ada jer tu benda nak buat..
ok Anyway eyra juga nak ucapkan ribuan terima kasih dengan orang yang chat wish birthday eyra,
orang yang mentioned dan post kat moment wechat,orang yang wish kat facebook tu..
thanks so much semoga segala doa korang tu dimakbulkan oleh ALLAH AWT..
dan semoga Allah membalas semua kebaikan kamu dengan eyra ni..hehehhe
dan thanks juga yang buat surprise bagi hadiah 
room mates eyra yang sudi bagi surprise dalam bilik ni..
kawan yang bagi hadiah-hadiah comel-comel ni..thanks so much taw..
eyra sangat-sangat menghargai pemberian korang..




dorang nie lah yang bantu buat surprise masa birthday aku 
so sweet taw dorang ni..hehehehe

surprise dari room mates :)

hadiah dari kawan baik :)
paling best ucapan tu jugalah perkataan DEKAN tu
harap-harap dapat lah pegang walaupun sekali

hadiah daripada housemates merangkap classmates :)
tu jak lah rasanya eyra mau sharing, mau merepek, mau mengarut..
hahahahaha
thanks for visit and read my blog
kalau ada salah silap harap dimaafkan 
daaa...



BROGA HILL



ASSALAMMUALAIKUM SEMUA!
hari nie rasa rajin sangat pula nak update blog walaupun sebenarnya assignment masih b'lambak-lambak lagi,blog sejarah pun tak update lagi dan layout studio pun x siap..
tapi memandangkan ada mood nak update blog yang lama dah x update ni so update lah memandangkan rajin nak cerita pengalaman mengenai "BROGA HILL"
Gunung Kinabalu pun sbnrnya tak daki-daki nie ttiba teringin mau pergi daki bukit broga sebab tengok orang ramai suda naik teringin juga mau mendaki gunung ni
nak dijadikan cerita eyra ajak lah kawan-kawan kelas naik bukit broga ni even sebenarnya lokasi pun tak tau,hahahaa..tengok tu perangai paling bagus eyra buat,,ajak tapi sendiri pun tak tau jalan,
nasib baik on the way nak pergi broga hill kawan seorang ni waze dia okay..alhamdulilah jam 4 pagi dah sampai kat lokasi dalam 1 jam lbh juga lah nak naik dan paling tak sangka-sangka rupanya jam-jam mcm tu dah ramai sangat naik bukit broga ni,macam-macam perangai nampak,perjalanan nak naik bukit broga tu tak lah susah sangat cuma risau sebab masa tu masih gelap lagi tapi berbaloi lah dapat naik smpai kat atas even tak sampai puncak sangat pun..hehehehe
bila dah sampai tempat landai apa yang paling terbaik saya nampak masa tu adalah saya nampak orang solat subuh kat atas tu dan pemandangan dia buat nak cakap 
"SUBHANALLAH,CANTIKNYA"
dengan angin yang sejuk awal-awal pagi mcm tu best sangat santai-santai kat atas bukit broga ni dan sebab utama kami-kami nie naik seawal 4 pagi?
sebabnya nak tengok matahari terbit jak..
kat bawah nie eyra share sikit gambar-gambar selfie kami..hahahha...
In Shaa Allah klw ada lagi orang nak bwa naik sekali nak naik sampai puncak broga hill
klw nak buat pre wedding salah satu lokasi palaing cantik broga hill nie lah asal sanggup nak naik jer..kn?
nasib baik x mampu lagi miliki camera DSLR tu kalau tak nak duduk kat broga hill tu lama-lama dan ambil gambar puas-puas sebab cantik sangat tempat tu.. hehehe..








tak nampak sangat pemandangan yang cantik tu sebab lebih fokus kepada "SELFIE"..hahahahaha..
anyway pengalaman lah bila cerita dengan kawan dia cakap macam ni
"Tu lah pengalaman namanya,dulu tak nak belajar jauh,sekarang?best kan? tak lah macam katak bawah tempurung,tengok belajar negeri orang badan makin bulat,pipi makin pau suda bah"
hahahaha..jawapannya betul lah semua tu..biasanya kalau tak biasa belajar jauh dari family sekarang baru tau rasa berdikari,rindu,susah,
dan utama dulu orang cerita-cerita saja pasal kehidupan bila masuk Universiti sekarang dah rasa sendiri dan semakin faham apa yang di maksudkan oleh orang dan cikgu mengenai alam universiti, bukan belajar tapi pengalaman pun boleh dapat kalau kita belajar jauh ni..
ok dah selesai eyra mengarut merepek
kalau ada silap atau pun salah harap di maafkan
daa..