Saturday, October 11, 2014

Kerana dirimu begitu Berharga


 Assalammualaikum semua..
...Hello you,bonjour stalker and hola haters..
lama dah tak update blog kn?
so hari nie eyra nak jadi promoter kejap,hehehehe >_<
tengok tajuk entry eyra mcm iklan TV kn?kerana dirimu begitu berharga :)
Hari nie eyra nak share ngan korang semua mengenai barang-barang yang eyra guna tuk penjagaan diri eyra,maklumlah wanita/perempuan..bukan wanita/perempuan jak lelaki pun sama juga
semuanya pasti ada rahsia macam mana nak jaga muka dan whatever lah..hehehe
first eyra nak share dengan korang produk yang eyra guna dalam penjagaan muka eyra
even taklah biasa-biasa jak tapi alhamdulilah ciptaan Allah kan?



 Ok?nie namanya pencuci muka ANUGERAH,boleh dapatkan secara online or beli kat mana kedai-kedai yang jual produk-produk kecantikan.eyra dah guna pencuci muka nie dh dekat 1 tahun dah,alhamdulilah muka eyra bersih juga dari sebelumnya,kebaikan pencuci muka nie 
  • Menyerikan Wajah
  • Muka nampak sihat,bertenaga dan ceria.
  • muka menampakkan keyakinan setiap masa
  • orang lain mudah berurusan dengan kita.
nie lah antara kebaikannya,pencuci muka nie terbahagi kepada tiga jenis iaitu :-
  • Kulit kering (warna kuning)
  • kulit biasa (warna pink)
  • kulit bermasalah (warna hijau)
macam eyra,eyra gunakan hijau sebab eyra bermasalah dengan yang namanya JERAWAT,
terkadang jerawat nie membuatkan eyra kurang keyakinan untuk tampil di hadapan khalayak ramai.
syukur lah sepanjang eyra menggunakan pencuci muka nie jerawat eyra mula kering dan kecut kemudiaan perlahan-lahan hilang sedikit demi sedikit.tapi kenalah rajin guna,pakai dua kali sehari,
kandungan pencuci muka nie


  • Air nyah Ion
  • glyserin
  • ekstrak buah pinang
  • ekstrak sireh
  • ekstrak inai
  • ekstrak avokado
  • vitamin E
  • terdapatnya doa-doa dan selawat serta ayat- ayat al-quran 30 juzuk dibacakan semasa pembuatan pencuci muka ini.
Cara penggunaannya senang jak tuangkan pencuci muka anugerah kat tapak tangan,kemudian sapukan keseluruh wajah sambil membaca Al-Fatihah.Biarkan selama 2-3 minit kemudian basuh muka sambil membaca selawat sebanyak 3 kali. :)

macam eyra, area daerah Sipitang nie eyra akan beli kat kedai ubat siddiq dengan harga Rm20.00.
kalau sekiranya eyra ada ke kota kinabalu eyra akan beli kat sana jak sebab lebih murah
dalam harga rm18.00 begitu,biasanya eyra beli area karamunsing.

ok,yang seterusnya eyra gunakan untuk penjagaan muka juga tapi tak selalu pakai kadang-kadang sahaja eyra akan pakai sebelum masuk tidur atau pun sebelah pagi lepas bangun tidur :)


Pasti dah ramai tahu kn? ini dia thanaka,dulu benda nie sangat popular.
sekarang tak tau lagi,tapi eyra still pakai :)
Thanaka nie seperti yang anda tahu pelbagai warna,wangian dan pelbagai khasiat untuk setiap Thanaka tu..
tapi Eyra lebih selesa guna yang hijau nie sebab mengandungi dan wangian limau
sangat selesa pakai,ianya mengecutkan jerawat eyra
eyra pun lupa dah harganya mula-mula eyra beli eyra beli darpada jiran eyra
yang kali kedua eyra beli eyra beli daripada kawan kepada mama eyra..
maklum lah dah lama x pakai sebab jarang guna so susah nak habis :)

Seterusnya pula penjagaan badan eyra pula,produk nie baru eyra guna tapi eyra gemar pada wangiannya


Fruitale nama sabun nie,memang agak kurang famous tapi eyra sangat suka wangiaan dan kandungan sabun mandian nie sebab sangat manis dan kadungannya kebanyakannya berasaskan bahan-bahan organik,sabun nie ada berbagai wangian,ada strawberi,anggur dan epal hijau
sabun mandian nie kebaikannya adalah melindungi kulit kita dan melembapkan kulit :)
harganya dalam rm7 lebih tuk satu botol, itu sbb lah ada tulisan kat botol mandian nie smart saver
tak semstinya harga murah tiada kualiti kn??

Barang seterusnya nie eyra gunakan untuk penjagaan badan juga


Semua orang pun pasti akan menggunakannya kan??
nie pkara paling penting sama ada lelaki atau wanita..
bnda nie mengelakkan dari bau badan
kalau bau badan mesti orang pun tak selesa dekat dengan kita kan??
untuk wangian badan eyra,eyra gunakan jenama enchanteur
ada pelbagai sebenarnya ada warna merah,warna pink
setiap warna pelbagai wangian tapi eyra gunakan warna ungu sebab eyra suka bauan nya
bagi eyra penggunaan enchanteur deadorant nie jimat sebab nie adalah dalam bentuk stick
satu bulan pun boleh tahan pakai
ada juga dalam bentuk spray tapi eyra tak nak gunalah tak selesa 
kebaikannya wangiannya tahan lebih lama dan buat kita lebih yakin
harganya dalam RM4 lbh gitu lah..Murah tapi berkualiti..
itu lebih baik :)

Seterusnya,ini amat penting buat kaum-kaum hawa,
penjagaannya haruslah rapi.


why bnda nie amat penting untuk wanita,
sebab produk nie mnjaga keintiman kaum wanita.
eyra memilih nie sebab rasa sangat segar bila menggunakannya.
produk nie boleh di dapati di cosway
produk nie membersihkan,menyegarkan dan melindungi kawasan intim
ianya sesuai digunakan lelaki atau perempuan
harganya eyra dah lupa lah tapi kalau nak tau berkunjung lah di cawangan cosway berdekatan anda! ok?

Tu jak lah entry eyra hari nie secara kesimpulannya apapun barang yang kita guna dalam kehidupan seharian, penjagaan rohani dan dalaman juga perlu dijaga
jangan kita cantik di luar tapi di dalam indah kabar dari rupa
korang faham kan maksud eyra? biarlah kita bersederhana dan biarlah seimbang.
dalam penggunaan apa-apa produk pun kita perlu berpada-pada ikut kemampuan
apatah lagi kalau sebagai student,masih guna duit mak bapa so kena fikir-fikir lah
eyra faham kita nak tampil cantik,kemas dan bergaya
tapi lebih bangga kan kalau barang-barang yang kita beli adalah hasil daripada titik peluh kita bekerja sendiri.tak gitu?
so Hargai diri anda jangan bandingkan anda dengan orang lain kerana masing-masing ada kekurangan dan keistimewaan
hargai kecantikan anda yang ada sekarang kerana dirimu begitu berharga
jadilah seorang wanita yang cantik akhlaknya dan fizikalnya ;)
semoga entry ini memberi sedikit manfaat kepada anda..
Maaf andai ada kekurangan pada diri eyra sepanjang eyra berceloteh ini..
daa


Saturday, October 4, 2014

Pengajian Am Sem 1



Tips Bahagian Karangan PEngajian AM

  • Pendahuluan jangan terlalu panjang.
  • Pendahuluan boleh di ambil daripada soalan.
  • Terus kepada topik utama karangan.
  • Elakkan penggunaan perkataan "ANTARA"
  • Setiap isi masukkan penanda wacana
  • setiap karangan berikan empat isi
  • isi Mengandungi
     Idea ➟ Huraian Idea ➟ contoh ➟ Ulasan
  • menghurai mengikut cara yang betul
  • Esei bergantung kepada pengetahuan Am
  • Penutup bagi sesebuah esei sebaiknya menggunakan perkataan :KESIMPULANNYA"
  • Esei yang baik adalah esei yang matang.

TOPIK 1 : MALAYSIA KEKAL BERDAULAT

1.1 Konsep dan ciri Negara Berdaulat.

Negara
ღ   Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sesebuah kerajaan
ღ   Didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan.
ღ   Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap.
ღ   Diperintah oleh sebuah kerajaan.

Negara berdaulat
❀  Mempunyai penduduk mendiami  satu wilayah secara tetap.
❀  sempadan wilayah.
❀  mempunyai kerajaan memerintah.
❀  hubungan luar (hubungan diplomatik).

1.1.2 Sistem Kerajaan

Kerajaan 
♛  Badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah Negara.
♛  Merangkumi semua badan yang membuat, mentafsir, dan melaksana dasar negara tersebut.

Peranan kerajaan 


  
1.1.3 Sistem kerajaan

Kesatuan 
   Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
✎  Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.
✎  Contoh negara - negara yang mengamalkan Kerajaan Kesatuan ialah Britain, New Zealand,
 Perancis, Denmark dan Indonesia.

Persekutuan
✰  Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
✰  Kuasa pentadbirannya dan perundangan dikongsi kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
✰  Contoh Negara-Negara  yang mengamalkan Kerajaan Persekutuan ialah Malaysia, Amerika Syarikat, Brazil, Australia, dan India.

1.2 Pembentukan Malaysia

 Kemerdekaan Tanah Melayu
☂  Tunku Abdul Rahman telah membentuk Parti Perikatan.Ini telah membuka mata British untuk
membenarkan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
☂   Perpaduan antara 3 kaum iaitu Melayu,Cina dan India telah menghasilkan  Perjanjian London
yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.


Sebab Pembentukan Malaysia 



Friday, October 3, 2014

Syoknya Belajar dengan Tips yang Betul :)

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA
ok entry eyra yang nie eyra terilham selepas junior-junior eyra cerita pasal study sama eyra..
so eyra rasa nak share sama korang semua pembaca blog eyra tentang betapa syoknya belajar guna tips yang menarik..
nie yang eyra rasakan dapat membantu sedikit sebanyak dan nie yang kadang-kadang dan selalu eyra amalkanlah dan tips daripada pensyarah-pensyarah eyra :)
antara tipsnya :-

  • Belajar atau ulangkaji pada masa yang sesuai.
    Apapun yang kita buat masa lah yang paling penting,kita belajar waktu haruslah pada waktu yang tepat dan sesuai agar apa yang kita pelajari masuk dalam otak nie..hehehehe..contohnya kalau eyra,eyra tak belajar dalam jam balik sekolah sampai jam 4.30..ertinya masa petang eyra cuma belajar 1 jam sahaja..4.30 hingga 5.30 :)

  • Mencari bahan tambahan dalam semua mata pelajaran..
    sekarang nie kan maklumat di hujung jari,tak susah nak dapat maklumat.So,kita sebagai student gunalah benda yang moden tu untuk cari maklumat di hujung jari tu.kalau kita boleh menghadap laptop berjam-jam untuk laman sosial seperti facebook, twitter, wechat, whatsapp, youtube, blog dan apa-apa sajalah kenapa tak untuk belajar kan?.So tukar..kalau laman sosial 3 jam dan belajar 1 jam so kita kurangkan jam online dan tambahkan jam untuk belajar.Ok? :)

  • Membuat "Study Group"..
    Study group nie adalah antara tips berkesan sebab belajar ramai-ramai itu lebih baik daripada belajar seorang-seorang,sekurang-kurangnya boleh tukar-tukar idea dan pandangan.Pandangan dan idea setiap orang nie berlainan.

  • Membuat nota yang menarik..
    nota-nota seperti peta minda dan nota yang berwarna-warna pasti menarik mata kita untuk membaca.Nota-nota yang berwarna-warni dan menarik nie juga membuat kita tidak bosan untuk membaca nota kita berulang-ulang.Oleh itu buatlah nota kita awal-awal jangan last minutes baru nak buat.. :)

    \
  • Memberi ganjaran pada diri selepas belajar..
    nie part paling best kalau dalam belajar.contohnya kita seharian belajar sudah kita bagilah ganjaran pada diri kita seperti makan aiskrim,mandi kolam atau makan makanan kegemaran kita atau aktiviti yang kita selalu buat.Ertinyakita menghargai diri kita sendiri selepas kita dh belajar bberapa jam. :)

  • HIT DARI AWAL..ayat nie selalu berkumandang di telinga eyra semasa semester 1 di Prauniversiti.Hit dari awal. Nie salah satu tips yang bagus untuk pelajar-pelajar yang baru nak mula semester 1.jangan belajar last minutes.Belajar dan panaskan enjin bermula dari hari ini,detik ini dan saat ini. :)

Ok nie lah antara tipsnya..
sikit jak..apapun yang kita buat yang penting yang maha kuasa jangan Lupa..
ini sedikit tips jak yang mampu eyra share dengan korang..
semoga bermanfaat..amin..
daa..



COKLAT? FAT VS IMPROVES OUR MEMORY :)

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA..

hello haters and stalkers juga..
Ok hari nie eyra nak share sesuatu selepas menggeledah blog orang
akhirnya eyra menemui sesuatu yang menarik minat eyra nak share
eyra suka sangat baca blog akak nie..

sangat menarik  dia banyak memberikan tips dan tutorial mengenai blog
Ok kita kembali kepada tajuk entry eyra semula.


nampak sedap kan coklat nie?
kepada penggemar coklat nie berita baik untuk anda
coklat nie dapat meningkatkan memori dan Hafalan
nie pun eyra baca kat entry kak lyssa
Kelebihan Coklat nie..


  1. Dapat membantu meningkatkan memori dan hafalan.
  2. Dapat membantu menajamkan mata dan minda.
  3. Dapat membantu memulihkan keletihan saraf.
  4. Dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
  5. Dapat meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.

Wah..wah..wah..
untunglah orang yang suka makan coklat kan..
dapat banyak kebaikan..coklat tu menggemukkan?
ooo..tidak semestinya,
coklat nie sangat baik kalau kita nak belajar
coklat nie juga pensyarah eyra kata memberikan tenaga,contohnya,tau tak coklat cloud 9..
suka makan?
tu adalah antara coklat yang memberikan tenaga
memang akan laku dikalangan kawan - kawan eyra apabila exam tiba
sebab eanya mudah diurai dan membuatkan kita tidak lapar sepanjang menjawab kertas exam
dan kurang berasa letih..
sebab ketika itu pelbagai tenaga kita nak gunakan
mana nak guna untuk menguraikan makanan menjadi tenaga dan memerah otak menjawab kertas exam
So tuk korang yang tengah belajar or bergelar Pelajar
dan amat sesuai untuk orang yang ambil subjek Sejarah..
JOM kita ramai - ramai pajak coklat kat kedai.. >_<
Tapi INGAT!!
jangan makan lebih-lebih 
nantu penyakit lain tetiba datang :)
tu jak yang dapat eyra share..
Terima kasih for kak lyssa untuk info yang sangat berguna
maaf sekiranya ada salah dan kekurangan
daa korang
Terima kasih dah sudi luangkan masa baca entry eyra :)