Wednesday, November 12, 2014

Our Prom Night Day



 Assalammualaikum Semua!!
xin chào haters and bonjour stalkers
lama dah eyra tak update makanya malam nie eyra terlebih rajin untuk mengupdate
dengan semangat baru tengok blog eyra, eyra dah perbaharui..hehehehehe
Ok,apa yang eyra nak ceritakan sama korang hari nie
seperti tengok tajuk entry lah " Our Prom Night Day"
nie semua tanya jak budak Prauniversiti hingga ke peringkat Universiti dorang tau semua tentang nie,
cuba alihkan pandangan anda sekejap kat gambar kat atas..
jeling jak pun takpe,maklum lh diri nie kurang menyerlah pada malam itu..hahahahaha..
gambar kat atas tu adalah tempat di mana kami menjalankan majlis or aktiviti terakhir kami bersama-sama, alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan menyeronokkan..
nie lah kenangan terakhir eyra sama kawan-kawan seperjuagan eyra kat prauniversiti SMK Pengiran Omar Sipitang,kenangan yang termanis dan inshaAllah takkan terlupakan..
terima kasih PRAUNIVERSITI SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG SABAH
sebab telah mencorak hari-hari Eyra di Prauniversiti,akhirnya Eyra berjaya menamatkan pengajian Eyra di PraU, InshaAllah kalau di izinkan dan panjang umur eyra akan menyambung ke peringkat Ijazah pula dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, 
inshaAllah semoga impian Eyra menjadi kenyataan,Amin..
Terima kasih juga kepada Senior eyra 2012/2013 sebab mencorak hari-hari eyra di Sem 1 dengan pelbagai gelagat-gelagat abang-abang dan kakak-kakak
Terima kasih juga kepada Junior Eyra 2014/2015 sebab mewarnai hari-hari eyra di sem 3 dengan gelagat manja,lucu,penyeluru,pembuli dan keramahan adik-adik sekalian.
dan Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan eyra 2013/2014 sebab telah menjadi kawan-kawan eyra yang sangat-sangat memberi pengajaran
dalam kenakalan ada pengajarannya juga, dalam berkarenah ada kebaikannya juga.. 
dan ucapan terima kasih sangat-sangat kepada semua pensyarah yang banyak memberi semangat dan mendoakan kejayaan anak-anak didiknya nie..
hanya Allah dapat membalasnya..
agak sedikit emosi kerana eyra mulai merindui suasana PraU even di paper ulangan masih bleh jumpa sesetengah dari dorang..
lepas nie susah sudah boleh dengar "Katak" sama "biawak" eyra Bgaduh
lepas nie jarang sudah dengar suara speaker si sandung..
lepas nie susah nak dengar ketawa lalan yang kadang-kadang bikin senyum sendiri eyra mendengar..
lepas nie susah juga nak  bmanja-manja sama si pipiy
susah nak dengar sudah si hafiz ma fatin gaduh di kelas
susah nak dengar gelak ketawa kelas eyra lepas nie..
banyak lagi sebenarnya tapi kalau eyra sebut satu-satu bosan korang membaca pula nanti
kesimpulannya..
ARGH!!weh..i Already miss all about them..
ok..ok...
apa yang best di prom night nie selain bersama kawan-kawan dan junior-junior
"PRINCE AND PRINCESS PROM"
nie lah paling di nanti apabila diumumkan dan perbincangan jamuan akhir thn PraU..
semua sibuk nak menyerlah pada malam tu..
semua sibuk nak belanjakan beratus-ratus ringgit demi cantik dan menyerlah pada malam tu..
semua sibuk cari tema,semua sibuk nak kasi matching baju ma shawl/pashmina or kasut
nie lah menjadi finalis pun sangat buat rasa beruntung..
tapi pada malam tu jujur eyra katakan adui..sangat susah..terlampau ramai yang cantik dan menyerlah..
nie eyra serta kan gambar-gambar our prom night day..




 nie lah gelagat eyra sama kawan-kawan eyra sepanjang prom night day kami..
tak terlepas tu selfie tu..wajib..ahhahahaha..
nie semua adalah kawan-kawan seperjuangan eyra dan hanya ada satu gambar eyra bersama junior eyra,gara-gara eyra suka kacau tu paci,sangat bikin geram kadang-kadang taw..



 nie jak yang aku sempat bgambar,nie lah antara pensyarah-pensyarah yang sentiasa mendoakan kejayaan kmi semua anak didiknya di Prauniversiti SMK Pengiran Omar Sipitang..
ada banyak lagi sebenarnya tapi tak sempat ambil gambar mana yang mampu jak lah.. :)


hah....cantik kn?handsome kn? nie lah prince and princess prom night pada malam tu..
Tahniah korang..



dan nie lah Family aku kat Prauniversiti SMPO, our classmate Sej/Geo 2013/2014
yang 1 tahun 6 bulan kena tahan dengan karenah aku yang macam-macam nie
yang tahan sama kekasaran aku nie,yang akan bertahan dengan penangis aku nie,
dan mereka-mereka nie aku share benda yang aku minat iaitu photography, tempat aku minta-minta wayang, tempat aku bermanja, tempat aku luahkan perasaan, yang selalu sdia bahu untuk aku
yang always bagi kata-kata semangat bila aku jatuh..
i will miss so much about this class, di sini lah aku belajar dari banyak pengalaman..
alhamdulilah pengalaman ini akan lebih mematang aku pada masa akan datang
InshaAllah..amin.. :)


dan apa yang lebih membuatkan aku senyum lebar, aku dapat koleksi teddy bear lagi,
even aku tak suka nak peluk tapi aku sangat suka mengumpul sebab sangat comel
sekarang tengah mencari patung panda pula,hahahahaha
nie teddy berijazah nie aku dapat dari promnight
bukan nie saja sebenarnya aku juga dapat rama-rama dan buku nota..
alhamdulilah 
Ok,eyra pun dah penat menaip nie,korang pun mesti penat membaca kan?
so eyra akhiri dengan lagu nie
cari kat sendiri kat youtube ok??hehehehe..just taip jak
"pertemuan perpisahan adat manusia biasa,hilang dimata tapi dihati jangan lupa,berdoalah kita agar aman dan sentosa, semoga panjang umur kita akan jumpa lagi,jika salah dan silap harap dimaafkan,smoga berkat aman dapat diabadikan,segala kenangan tidak akan dilupakan,tersimpul erat dalam ingatan berkekalan"
Maaf kalau eyra ada silap dan salah sepanjang mencoret pada blog eyra nie
daa..
muaahhh..muaaahhhh