Tuesday, December 3, 2013

LAMBAIAN KAABAH [sukatan pelajaran tingkatan 4 Pendidikan islam]



ASSALAMMUALAIKUM..
terlalu panjang lah tajuk entry aku hari nie..
tpi x pe lah..
nie adalah nota secara ringkas mengenai
HAJI & UMRAH
so untuk budak2  form 4 semoga bermanfaat..
IN SHAA ALLAH
yang mampu kita kongsi kita kna kongsi..

MAKSUD HAJI

BAHASA - mengunjungi tempat yang mulia.
ISTILAH - mengunjungi BAITULLAH AL HARAM di MEKAH kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

MAKSUD UMRAH

BAHASA - Ziarah
ISTILAH - menziarahi  BAITULLAH AL HARAM di MEKAH  kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat tertentu.

secara ringkasnya haji di lakukan pada masa tertentu manakala umrah di lakukan pada bila-bila masa.


HUKUM HAJI DAN UMRAH


HAJI
UMRAH
WAJIB –  orang islam yang cukup syaratnya
                  sekali selumur hidup.
               – Orang yang bernazar.

SUNAT – dikerjakan berulang kali.
-          kanak-kanak yang beum baligh.
SUNAT -  bagi orang islam yang cukup
                  syaratnya.


MAKSUD UPAH HAJI
melakukan ibadat haji bagi  pihak orang lain

SEBAB HARUS UPAH HAJI


SEBAB
HURAIAN
     Telah meninggal dunia
Semasa hidupnya dia telah memenuhi syarat wajib untuk menunaikan haji tetapi telah meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan haji
     Tidak mempunyai keupayaan fizikal
Mengalami sakit yang tiada harapan untuk sembuh  dan terlalu tua atau telah uzur.


SYARAT ORANG YANG MENGAMBIL UPAH HAJI
> telah melakukan haji untuk dirinya.
> mengambil upah untuk seorang sahaja bagi satu musim haji

HIKMAT UPAH HAJI
  1. Peluang orang sakit dan tua mengerjakan haji.
  2. peluang anak berbakti kepada ibubapa atau keluarga yang telah meninggal dunia.
  3. mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat islam.
HIKMAT IBADAT HAJI


KEPADA INDIVIDU
KEPADA MASYARAKAT
 Ø meningkatkan keimanan
 Ø menghapuskan dosa-dosa kecil.
 Ø membersihkan jiwa daripada maksiat
 Ø melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan.
 Ø mengingati sejarah.
 Ø kecemerlangan tamadun islam.
 Ø memperbaharui iqrar kemimanan kepada ALLAH S.W.T.
 Ø saling berkenalan sesame umat islam.
 Ø membantu mempertingkatkan ekonomi umat islam.
 Ø meneguhkan hubungan persaudaraan umat islam.
 Ø membentuk pakatan bersama menghadapi musuh islam.
 Ø mengadakan perbincangan mengenai kemaslahatan ummah.

CARA MENYEMPURNAKAN IBADAT HAJI



SYARAT WAJIB HAJI
ISLAM
BALIGH
BERAKAL
BERKUASA (ISTITO'AH)
MERDEKA

MAKSUD BERKUASA
ada kesempatan masa.
ada kenderaan pergi dan balik.
selamat perjalanan pergi dan balik.
sihat tubuh badan.
cukup perbelanjaan mengerjakan haji.
cukup perbelanjaan nafkah orang yang di tinggalkan.
perempuan perlu ditemani mahram atau dua orang wanita yang boleh dipercayai.
orang buta hendaklh ada pembantunya.

MAKSUD RUKUN HAJI
Amalan yang mesti dilakukan dalam ibadah haji dan jika tertinggal salah satunya,maka hajinya tidak sah.

RUKUN HAJI
Niat ihram
wuquf
tawaf
saie
bercukur
tertib


RUKUN HAJI
HURAIAN
         1.Niat Ihram
 v  berniat menunaikan haji.
    v  dilakukan di miqat setelah memakai ihram
         2.Wuquf
 v  Berada di padang Arafah walaupun hanya sekejap di antara gelincir matahari 9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
        3.Tawaf
 v  Maksud :-  - mengelilingi Baitullah
        sebanyak 7 kali dengan
        syarat tertentu untuk
        beribadat.
        -masanya dilakukan selepas
        Wuquf (haji) dan selepas niat ihram (Umrah)
 v  Syarat :-   - Menutup aurat.
         -suci dari hadas.
         -7 kali pusingan dan bermula
        pada penjuru Hajar Aswad.
        -Kaabah di sebelah kiri.
        -di dalam Masjidil al-Haram.

        4.Saie
 v  Maksud :-  berjalan berulang alik dari bukit safa ke marwah sebanyak 7 kali.
 v  masanya dilakukan selepas tawaf.
 v  Syarat :-   ~dimulakan dari safa dan
        tamat di marwah.
        ~dilakukan 7 kali dengan yakin.
        ~dilakukan selepas tawaf rukun.
         ~dilakukan dengan perjalanan
  biasa.
        ~berniat saie di Safa.
        5.Bercukur
 v  Bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai.
 v  Masa Bercukur :-
       1.HAJI
        > selepas selesai melontar jamratul aqabah.
        >mengikut Mazhab as-Syafie,bercukur wajib dilakukan di tanah haram mekah sebelum hari nahar (hari raya korban)

        2.UMRAH
        >Setelah selesai mengerjakan saie.
        6.Tertib
 v  rukun haji hendaklah dilakukan mengikut susunan.

JENIS-JENIS TAWAF

JENIS
MAKSUD
       HUKUM
MASA
         Tawaf qudum
         Tawaf selamat dating
     Sunat
         Semasa baru sampai ke mekah.
        Tawaf Ifadah
        Tawaf rukun yang wajib ditunaikan.
       Wajib
        Selepas wuquf
        Tawaf Wada’
        Tawaf selamat tinggal.
        Wajib
        Ketika hendak meninggalkan mekah.
        Tawaf wuquf
        Tawaf yang disunatkan.
        sunat  
        Bila-bila masa.

PERBEZAAN RUKUN HAJI DAN UMRAH


RUKUN HAJI
RUKUN UMRAH
Niat melakukan haji
Niat melakukan umrah
Wuquf di arafah
Tiada wuquf
Tawaf
Tawaf
Saie
Saie
Bercukur
Bercukur
tertib
tertib

Perbezaannya secara ringkas ialah WUQUF
kerana wuquf hanya dilakukan pada waktu haji ttpi umrah tiada wuquf.

Monday, December 2, 2013

Fasa Permulaan


ASSALAMMUALAIKUM
ok hari nie
seperti yg anda tgk dan baca..
"FASA PERMULAAN"
apa fasa permulaan aku?
nk tau? fasa permulaan aku tu adalah..
mengenai TUTORIAL SHAWL..
OMG!
sgt2  berterabur aku rasa..kurang kemas lagi penampilan aku tu..
anyway slagi mampu mencuba aku akn cuba..
nie permulaan aku memuat turun video aku..
hope adalh org suka juga..
x suka endahkn jak erk..
x berminat?
abaikan jak..
Nie lh antara bnda2 aku minat..
aku suka bljr psl shawl2 nie bkn apa sbb minat nk bergaya..
klw kamu tgk gmbr aku masa kecil2 dulu pun sama juga minat gila btl nk bgaya..hahaha..
sampai2 aku gelak sendiri tgk gambar aku..
oklh nie dia link and my youtube
Semoga Terhibur..



Sunday, December 1, 2013

ILHAMKU


ASSALAMMUALAIKUM
hmm..
post saya kali nie tajuknya
"ILHAMKU"
why?
saya nak cerita serba sedikit mengenai Blog saya..
Kenapa EYRA BAH?
kn?
saya terilhamkan bnda nie bila saya fikir semula..
nama blog lama saya
GADIS UNGU
ramai dh guna ayat2 gini
so saya cuba carilh yg lbh simple dan lebih senang..
maka2
terilhamlah Eyra Bah
yang menunjukkan saya nie org mana..
dan dari mana..
perkataan "BAH" nie digunakan oleh org2 sabah..
sangat unik right?
teda di tempat lain..
so saya gunalah nama 
EYRA BAH nie sebagai nama blog saya
SAYA ORANG SABAH BAH..
hahahahaha..

saya berbangga menjadi ank Kelahiran NEGERI SABAH.. ^_^
tu jak lh..